wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains- Tahun 5

Total questions: 30

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.
Bagaimankah landak melindungi diri dari musuh ?
a)
duri tajam
b)
cangkerang keras
c)
sisik keras
2.
Bagaimanakah buaya melindungi diri daripada musuh ?
a)
berduri tajam
b)
sisik keras
c)
cangkerang keras
3.
Bagaimakah ulat gonggok melindungi diri daripada musuh ?
a)
menggulungkan diri
b)
menyamar
c)
memutuskan anggota badan
4.
Bagaimanakah ikan bilis melindungi diri daripada musuh ?
a)
hidup bersendirian
b)
hidup berkumpulan
c)
menyamar
5.
Bagaimanakah beruang melindungi diri daripada cuaca melampau ?
a)
bulu tebal
b)
lapisan lemak
c)
bermigrasi
6.
Bagimana burung bangau berlindung daripada cuaca melampau ?
a)
berhibernasi
b)
bermigrasi
c)
hidup dalam kumpulan
7.
Apakah yang dimaksudkan dengan rantai makanan ?
a)
hubungan makanan antara hidupan
b)
gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat
c)
hubungan antara pengguna dengan pengguna
8.
Bagaimana kucing, harimau dan lembu menjaga anak ?
a)
membawa anak di dalam kantung 
b)
menyusukan anak
c)
membawa anak di dalam mulut
9.
Bagaimana buaya dan ikan tilapia menjaga anak ?
a)
memberi anak makan
b)
menyerang musuh
c)
membawa anak di dalam mulut
10.
Bagaimanakah ikan paus melindungi diri daripada cuaca melampau ?
a)
bermigrasi
b)
berhibernasi
c)
berendam
11.
Antara berikut, manakah kemahiran proses sains?
a)
Meramal
b)
Melakar spesimen
c)
Melukis graf
d)
Membuat tujuan
12.
Antara berikut, manakah bukan kemahiran manipulatif sains?
a)
Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan betul
b)
Menggunakan perhubungan ruang dan masa dalam penyiasatan sains
c)
Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
d)
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul
13.
Mengapa cermin tingkap dan suis kipas perlu dihidupkan apabila masuk ke dalam bilik sains
a)
Supaya kipas dapat bergerak
b)
Supaya bilik sains mempunyai suasana terang
c)
Supaya dapat melihat pemandangan di luar
d)
Supaya berlaku pengaliran udara yang bersih
14.
Bagaimana kamu menyalakan penunu bunsen dengan cara yang betul?
a)
Menggunakan percikan api
b)
Menggunakan kertas berbara
c)
Menggunakan pemetik api
d)
Mengggunakan kanta pembesar
15.
Bahan buangan cecair hendaklah dibuang ke dalam___________________.
a)
Tong sampah
b)
Singki dengan paip mengalir
c)
Singki 
d)
Longkang berhampiran
16.
Arin mempunyai rambut yang panjang, apakah yang perlu dilakukan pada rambutnya semasa menjalankan penyiasatan agar kemalangan dapat dihindarkan?
a)
Memakai rambut palsu
b)
Membiarkan rambut panjang
c)
Mengikat rambut dengan kemas
d)
Tidak mengikuti penyiasatan tersebut
17.
Haiwan sering diancam oleh musuh yang terdapat di sekelilingnya. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan tingkah laku khas. Antara berikut, manakah ciri-ciri khas?
a)
Menggulungkan diri
b)
Cengkerang keras
c)
Hidup dalam kumpulan
d)
Memasukkan anggota badan
18.
Apakah ciri khas bagi ikan buntal untuk melindungi dirinya daripada musuh?
a)
Sisik keras
b)
Duri tajam
c)
Tanduk 
d)
Cengkerang keras
19.
Bagaimana tanduk pada kerbau digunakan untuk melindungi dirinya daripada musuh?
a)
Akan menggunakan tanduk untuk mengeluarkan bisa
b)
Akan menggunakan tanduk untuk menyamar
c)
Akan menggunakan tanduk untuk menakutkan musuh
d)
Akan menggunakan tanduk untuk menyerang dan mencederakan musuh
20.
Haiwan X mempunyai ciri khas Y untuk melindungi diri daripada musuh. Haiwan X melindungi badannya yang lembut dengan memasukkan badan pada ciri khas Y. Apakah ciri khas Y?
a)
Kulit keras
b)
Badan keras
c)
Cengkerang keras
d)
Sisik keras
21.
Tenggiling mempunyai ciri khas sisik keras untuk melindungi diri. Walaubagaimanapun, tanpa tingkah laku Z, pertahanan diri tenggiling tidak lengkap. Apakah tingkah laku Z?
a)
Menggulungkan diri
b)
Memasukkan anggota badan
c)
Hidup dalam kumpulan
d)
Memutuskan anggota badan
22.
Siput mempunyai tingkah laku khas memasukkan anggota badan untuk melindungi diri. Walaubagaimanapun, tanpa ciri khas X, pertahanan diri tenggiling tidak lengkap. Apakah Ciri khas Z?
a)
Menggulungkan diri
b)
Sisik keras
c)
Cengkerang keras
d)
Duri tajam
23.
Cicak memutuskan ekor untuk melindungi diri apabila diserang musuh. Bagaimana ekor yang terputus membantu cicak melindungi diri?
a)
Memberi makan kepada musuh
b)
Mengelirukan musuh membolehkan cicak melarikan diri
c)
Menyakitkan musuh mengakibatkan musuh melarikan diri
d)
Mengurangkan kemungkinan diserang
24.
Ikan bilis dan gajah merupakan haiwan yang hidup dalam kumpulan, bagaimana tingkah laku khas hidup dalam kumpulan membantu haiwan tersebut melindungi diri daripada musuh?
a)
Melindungi bahagian badan yang lembut
b)
Mengelak diri daripada dikesan musuh
c)
Haiwan melindungi ahlinya dan mengurangkan kemugkinan diserang
d)
Menyakitkan musuh apabila diserang
25.
Haiwan perlu melindungi diri daripada cuaca melampau. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri khas dan tingkah laku khas. Apakah ciri khas pada ikan paus dapat bertahan dalam cuaca sejuk?
a)
Berhibernasi
b)
Lapisan lemak tebal
c)
Bulu tebal
d)
Bermigrasi
26.
Burung bangau bermigrasi untuk mengelak daripada cuaca sejuk melampau. Bagaimana tingkah laku khas bermigrasi membantu burung bangau daripada sejuk melampau?
a)
Memanaskan badan kemudian kembali ke tempat asal semula
b)
Mendapatkan bekalan makanan untuk dibawa kembali ke tempat sejuk
c)
Mengelak daripada musuh cuaca sejuk 
d)
Mendapatkan makanan di tempat yang lebih panas
27.
Bonggol unta dan bison membolehkan kedua-dua haiwan ini dapat hidup sehingga dua minggu tanpa makanan. Apakah keistimewaan bonggol tersebut? 
a)
Dapat menyimpan barang keperluan
b)
Dapat menyimpan air dan lemak
c)
Dapat menyimpan makanan
d)
Dapat melindungi diri
28.
Semasa cuaca panas, badak sumbu gemar berendam di dalam air. Mengapa?
a)
Menyejukkan badan
b)
Memanaskan badan
c)
Membekukan badan
d)
Mewarnakan badan
29.
antara berikut, haiwan manakah yang sama ciri litupan badanya dengan haiwan di dalam gambar
a)
kura-kura
b)
ular
c)
ikan paus
d)
penyu
30.
Planet yang paling panas di Sistem Suria ialah…
a)
Utarid
b)
Zuhrah
c)
Musytari
d)
Zuhal