wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS D4 - TEKNOLOGI by Azrin

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.
Antara yang berikut, manakah aktiviti yang tidak melibatkan teknologi?
a)
Mendayung sampan
b)
Mendengar radio
c)
Memetik bunga
d)
Mengayuh basikal
2.
[TIDAK DAPAT MELIHAT OBJEK SENI & HALUS]
Maklumat di atas menunjukkan salah satu had keupayaan manusia. Antara alat teknologi berikut, manakah yang mampu mengatasi had keupayaan manusia di atas?
a)
periskop
b)
stetoskop
c)
mikroskop
d)
teleskop
3.
Jamie ingin mencerap gugusan bintang di angkasa lepas tetapi Jamie mempunyai had keupayaan yang mana dia tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh. Alat manakah yang membantu mengatasi had keupayaan Jamie?
a)
Kanta pembesar
b)
Periskop
c)
Mikroskop
d)
Teleskop
4.
Manakah padanan yang betul?
ALAT                           FUNGSI
A. Komputer - Melihat objek yang seni
B. Jentera kren - Bergerak tempat jauh dengan cepat
C. Kalkulator - Mengira nombor yang banyak
D. Teleskop - Mengangkat benda yang sangat berat
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
5.
Rajah menunjukkan satu alat teknologi. Apakah had keupayaan manusia yang berkaitan dengan alat ini?
a)
Tidak dapat mendengar denyutan jantung dalam badan
b)
Tidak dapat bercakap dengan seseorang yang berada jauh jaraknya
c)
Tidak dapat mengingat maklumat yang terlalu banyak
d)
Tidak dapat melihat objek yang berada jauh jaraknya
6.
Manakah situasi berikut yang tidak mampu dilakukan oleh manusia?
a)
Memikul seguni beras
b)
Mendengar bunyi guruh
c)
Melihat kuman dengan mata kasar
d)
Menghidu bau masakan di kedai
7.
Antara alat berikut, yang manakah mampu mengatasi had keupayaan otak manusia?
a)
Pemain piring hitam
b)
Fon kepala
c)
Komputer
d)
Mesin taip
8.
Bidang teknologi manakah alat stetoskop digunakan?
a)
Pertanian
b)
Pembinaan
c)
Pengangkutan
d)
Perubatan
9.
Alat teknologi ini dicipta & lazimnya dipakai oleh orang kelainan upaya di telinga mereka untuk mengatasi had keupayaan .....
a)
merasa
b)
melihat
c)
menyentuh
d)
mendengar
10.
Manakah antara alat teknologi berikut yang digunakan dalam bidang pertanian?
a)
jam randik
b)
picagari
c)
sabit
d)
jangka suhu
11.
Yang manakah had keupayaan manusia?
a)
Membaca tulisan pada kamus
b)
Melihat bulan di langit
c)
Menonton tayangan di TV pada jarak yang sesuai
d)
Memerhatikan bahagian badan seekor belalang
12.
Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak mampu dilakukan oleh tubuh badan manusia?
a)
Memanjat
b)
Berenang
c)
Melompat
d)
Terbang
13.
Manakah antara berikut bukan fungsi otak manusia?
a)
Mengingati sesuatu
b)
Menaakul
c)
Berfikir
d)
Merasa
14.
Berikut adalah pemerhatian diperolehi apabila murid kelas 4 Zealot melakukan 4 jenis aktiviti.
JENIS AKTIVITI        BILANGAN BERJAYA
1) Mengingati 10 nombor telefon : 0
2) Melompat dan menyentuh syiling : 0
3) Membaca tulisan kecil dari jauh : 0
4) Mendengar bisikan perlahan : 0
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
a)
Mata dan telinga manusia kurang sempurna
b)
Manusia tidak mampu mengingati banyak benda
c)
Manusia tidak mampu melompat tinggi
d)
Manusia mempunyai had keupayaan dalam melakuka aktiviti
15.
Berikut merupakan senarai alatan:
P: batu
Q: ayam
R: unggun api dan kepulan asap
S: dram
Manakah yang pernah digunakan sebagai alat komunikasi pada zaman dahulu?
a)
P dan Q
b)
Q dan R
c)
Q dan S
d)
R dan S
16.
Orang Mesir purba menggunakan kayu-kayu pengguling untuk menggerakkan batu-batu besar serta berat untuk pembinaan piramid (seperti dalam Rajah). Pengguling yang digunakan menjadi asas dalam ciptaan .....
a)
simen
b)
cangkul
c)
roda dan gandar
d)
konkrit dan keluli
17.
Apakah sumbangan ciptaan alat dan mesin pertanian kepada petani?
I - meningkatkan hasil pertanian
II - mengurangkan pencemaran alam
III - memanjangkan tempoh hayat petani
IV  - memudahkan dan mempercepatkan kerja pertanian
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I dan IV
d)
III dan IV
18.
*Manusia dapat bergerak ke tempat jauh dengan cepat, selamat dan selesa
*Kerja mengangkut barangan dari satu tempat ke tempat lain yang jauh menjadi mudah dan cepat
Maklumat berikut menunjukkan sumbangan perkembangan teknologi dalam bidang...
a)
Komunikasi
b)
Pembinaan
c)
Pengangkutan
d)
Pertanian
19.
Antara berikut, manakah yang menunjukkan BUKAN kesan buruk teknologi?
a)
Pencemaran alam sekitar
b)
Penyusutan sumber semulajadi
c)
Pemusnahan bakteria dan virus bahaya
d)
Pemusnahan habitat semulajadi
20.
Manakah yang menunjukkan kesan buruk yang utama dalam penggunaan internet?
a)
Masalah perbelanjaan tinggi
b)
Pencemaran alam sekitar
c)
Kesihatan pengguna terjejas
d)
Pengaruh unsur-unsur tidak sihat
21.
Apakah kesannya jika manusia menggunakan bahan semulajadi secara tidak berhemah semasa menghasilkan pelbagai teknologi?
I - pemusnahan habitat semulajadi
II - penyusutan sumber semulajadi
III - pertumbuhan ekonomi merosot
IV - perkembangan teknologi terhehas
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I dan IV
d)
III dan IV
22.
Rajah menunjukkan maklumat diperolehi daripada hasil ciptaan teknologi. Manakah antara alat berikut yang berkaitan dengan ciptaan teknologi yang ditunjukkan dalam rajah?
a)
telefon
b)
bas
c)
picagari
d)
khemah
23.
Nyatakan satu kesan sampingan alat pengangkutan bermotor terhadap alam sekitar.
a)
Menyebabkan pencemaran bunyi yang mengganggu kawasan kejiranan & penempatan manusia
b)
Menyebabkan pencemaran air akibat tumpahan minyak dan bahan kimia
c)
Menyebabkan pencemaran udara akibat pembebasan asap dan gas
d)
Menyebabkan pencemaran tanah
24.
Aimi duduk di bahagian belakang kelas. Dia menghadapi masalah untuk membaca tulisan gurunya di papan tulis. Apakah yang patut Aimi lakukan supaya dia dapat mengatasi masalahnya?
a)
Memakai fon kepala
b)
Memakai cermin mata
c)
Menggunakan kanta pembesar
d)
Menggunakan teropong
25.
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan TEKNOLOGI?
a)
Aplikasi pengetahuan sains dalam memajukan bidang komunikasi sahaja
b)
Aplikasi pengetahuan sains untuk mencipta alatan canggih
c)
Aplikasi pengetahuan sains untuk menghasilkan alatan yang mahal
d)
Aplikasi pengetahuan sains untuk mengatasi had keupayaan manusia
26.
Bulu tangkis Armin tersangkut pada bumbung laman rumahnya. Apakah yang boleh Armin lakukan untuk mendapatkan kembali bulu tangkisnya?
a)
Memanjat dinding
b)
Melompat sendiri
c)
Menggunakan tangga
d)
Melontar batu supaya bulu tangkis jatuh
27.
Manakah antara peralatan berikut yang membantu manusia untuk memahami Sistem Suria?
a)
periskop
b)
mikroskop
c)
stetoskop
d)
teleskop
28.
Berikut adalah kebaikan teknologi yang boleh dimanfaatkan oleh manusia, kecuali .....
a)
memudahkan dan meningkatkan hasil pertanian
b)
memendekkan masa perjalanan jarak jauh
c)
menjadikan manusia yang kaya-raya
d)
mengesan penyakit lebih awal dan cepat
29.
Manakah antara berikut yang tidak relevan (tiada kaitan) dengan kesan buruk teknologi?
a)
Mencemarkan alam sekitar dan hasilkan bencana alam
b)
Menyebabkan kepincangan masalah sosial
c)
Mengurangkan hasil sumber semula jadi
d)
Menaikkan taraf hidup menjadi lebih selesa dan mudah
30.
Pilih pernyataan yang SALAH:
A: komputer dicipta untuk membolehkan manusia memproses dan menyimpan maklumat dengan berkesan
B: alat telekomunikasi dicipta supaya manusia dapat berkomunikasi sesama sendiri dengan mudah dan cepat
C: kenderaan bermotor mampu menyelesaikan masalah kesan rumah hijau, pemanasan global dan pencemaran dengan mudah
D: mesin imbasan CT digunakan untuk mengesan penyakit bahagian dalam badan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D