wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MAHIR TATABAHASA

Total questions: 25

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.
Air di dalam tempayan itu ________ kerana adik terlupa hendak menutup kepala paip.
a)
melimpah
b)
meruap
c)
memercik
d)
membuak
2.
Pak Deli menunggang motosikalnya dengan berhati-hati semasa menuruni Bukit Padang Terendak yang ________ itu.
a)
senget
b)
landai
c)
curam
d)
tegak
3.
Jayakumar sedang berlari sambil ________ baton kepada Mazlan yang berada di hadapannya.
a)
 menyangkutkan
b)
menghulurkan
c)
memasukkan
d)
mengalungkan
4.
Jan Nee dan kawan-kawannya sungguh tertarik apabila melihat beberapa ________ buah anggur yang berbuah dengan lebat di Ladang Anggur Perdana itu.
a)
cekak
b)
ikat
c)
tandan
d)
gugus
5.
Anggota polis yang menjalankan operasi mencegah pendatang tanpa izin itu sedang mengadakan ________ terhadap buruh-buruh yang tinggal di rumah kongsi tersebut.
a)
kaji selidik
b)
pandu uji
c)
soal siasat
d)
soal selidik
6.
Wak Karman ________ di tengah panas matahari untuk menanam anak pokok pisang emas itu.
a)
ringan tulang
b)
mencuri tulang
c)
berputih tulang
d)
membanting tulang
7.
Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Selayang itu sedang menanam tumbuhan ________ sebagai hiasan di sepanjang Jalan Mulia itu.
a)
renek
b)
ketot
c)
kerdil
d)
halus
8.
Puan Ratna sedang ________ kulit buah limau bali itu untuk dijadikan pencuci mulut selepas makan tengah hari.
a)
menghiris
b)
mengupas
c)
menetak
d)
memotong
9.
Adik hanya berjaya mengisi ________ sahaja air ke dalam botol itu semasa sukaneka itu.
a)
separa
b)
sebahagian
c)
separuh
d)
sesetengah
10.
________ itu sedang bertungkus lumus memindahkan mangsa-mangsa banjir itu ke pusat pemindahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
a)
Sukarelawan
b)
Peragawati
c)
Seniman
d)
Angkasawan
11.
Pemain penyerang pasukan Datuk Bahaman yang cedera itu ________ ke luar padang untuk diberikan rawatan.
a)
dijunjung
b)
dijulang
c)
dipangku
d)
diusung
12.
Pada musim kemarau, Pak Sahak akan ________ air dari sungai untuk menyiram sayur-sayuran di kebunnya.
a)
menatang
b)
menjinjing
c)
mengelek
d)
mengandar
13.
Rahayu dan abangnya membantu ibu mereka ________ daging ayam itu untuk membuat sate.
a)
mencolok
b)
merodok
c)
mencucuk
d)
menjolok
14.
 Pak Cik Harun menggunakan sebatang galah yang panjang untuk ________ buah kelapa sawit yang telah masak di kebunnya.
a)
mencantas
b)
mengait
c)
memetik
d)
mengambil
15.
Mak Cik Temah sedang ________ buluh untuk membuat nyiru dengan berhati-hati supaya tangannya tidak terluka.
a)
melarik
b)
menghiris
c)
meraut
d)
mengikis
16.
Penjaga gol hoki pasukan Malaysia sedang ________ bola yang dipukul Pakistan daripada membolosi pintu golnya.
a)
menampan
b)
mengasak
c)
menyerang
d)
mengelecek
17.
Mak Lijah lebih gemar ________ pulut menggunakan dapur kayu kerana rasanya yang lebih enak.
a)
merebus
b)
mencelur
c)
mengukus
d)
menjerang
18.
Pihak polis terpaksa menutup Jalan Pinang itu kerana sebuah lori telah ________ di jalan tersebut.
a)
terpelanting
b)
terbalik
c)
terbaring
d)
terentang
19.
Pesawat MAS itu ________ dengan lajunya di atas landasan sebaik-baik sahaja mendapat arahan daripada menara kawalan.
a)
berlungsur
b)
melungsuri
c)
melungsur
d)
melungsurkan
20.
Pemain penyerang pasukan Kedah itu sedang ________ bola untuk mengelirukan penjaga gol pasukan Selangor.
a)
melaga-laga
b)
melibas-libas
c)
mengacu-acu
d)
mengacah-acah
21.
Orang ramai di dalam bank itu segera ________ apabila perompak itu melepaskan tembakan.
a)
menurun
b)
meniarap
c)
menyendiri
d)
menelentang
22.
Suntikan itu bertujuan untuk meningkatkan ________ badan.
a)
daya tahan
b)
daya kuda
c)
daya cipta
d)
daya seribu
23.
Mak Busu _______ hantaran untuk majlis perkahwinan anak sulungnya
a)
mengubah
b)
menenun
c)
menganyam
d)
menggubah
24.
Ular itu menyorok di dalam lubang di ________ pokok.
a)
pangkal
b)
dalam
c)
samping
d)
antara
25.
Mak Minah meminta cucunya mengurut ________ tengkuknya yang berasa lenguh.
a)
atas
b)
belakang
c)
hadapan
d)
bawah