wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 1 TMK

Total questions: 42

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.
Di antara kesan buruk pada sistem .................... adalah masa produksi yang panjang dan keuntungan yang sedikit.
a)
Tidak berkomputer
b)
Berkomputer
2.
Kita hanya dapat mencari sumber-sumber yang terhad di internet.
a)
BENAR
b)
PALSU
3.
Kos menggunakan internet adalah lebih mahal berbanding kaedah komunikasi yang lain.
a)
BENAR
b)
PALSU
4.
** Akta mencuri atau menyalin perisian tanpa kebenaran **
Aktiviti ini dikategoorikan sebagai ?
a)
Pencuri komputer
b)
Penipuan komputer
c)
Serangan komputer
d)
Pelanggaran hakcipta
5.
Yang manakah benar mengenai undang-undang komputer?
a)
melindungi dari penceroboh
b)
garis panduan kpd pengguna komputer
c)
Mencegah penyalahgunaan komputer
d)
Ia adalah untuk semua
6.
................. melindungi idea, ciptaan, karya sastera, nama, model perniagaan,proses industri, kod program komputer dan banyak lagi.
a)
Undang-undang siber
b)
Undang-undang harta intelek
c)
Hakcipta
d)
Firewall
7.
................... adalah orang perseorangan atau kumpulan yang mempunyai kebolehan dalam melepasi perisian tapisan laluan sistem komputer.
a)
Pengaturcara
b)
Penggodam
c)
Penjenayah
d)
Pemalar
8.
Peraturan yang berkaitan dengan penggunaan internet dan teknologi komunikasi dalam talian.
a)
Etika komputer
b)
Undang-undang siber
c)
Hakcipta
d)
Harta Intelek
9.
UNDANG-UNDANG SIBER adalah panduan bagi pengguna komputer manakala ETIKA KOMPUTER adalah peraturan untuk mengawal pengguna komputer.
a)
BENAR
b)
PALSU
10.
Bagi mengelakkan kecurian komputer, kita sepatutnya.............
a)
menggunakan kunci 
b)
membuat salinan data
c)
menggunakan antispyware
d)
firewall
11.
Susun semula prosedur untuk mengimbas virus :
i. Imbas fail yang dipilih
ii. Pilih program antivirus
iii. tunggu imbasan hingga selesai dan keputusan akan dipapar
iv. Pilih fail / kawasan yang ingin diimbas
a)
i, ii, iii, iv
b)
ii, iv, i, iii
c)
iii, i, iv, ii
d)
iv, ii, i, iii
12.
Komputer yang telah diserang virus, cecacing atau Trojan Horse mempunyai petanda seperti berikut KECUALI :
a)
Ingatan utama semakin besar
b)
Program dan fail hilang
c)
Fail-fail rosak
d)
Ruang simpanan / ingatan semakin penuh
13.
Ia merupakan sebuah program komputer yang mengumpul maklumat pengguna tanpa pengetahuan pengguna.
a)
Antivirus
b)
Antispyware
c)
File Manager
d)
Spyware
14.
Syarikat ABC meminta nasihat anda untuk melindungi rangkaian dan data sulit dari diceroboh pihak luar. Yang manakah prosedur yang sepatutnya akan anda cadangkan kepada Syarikat ABC?
a)
Antivirus
b)
Antispyware
c)
Sandaran Data
d)
Dinding Api
15.
...................... merupakan satu kaedah keselamatan yang menghalang capaian tidak sah dengan melaksanakan proses penyulitan dan penyahsulitan.
a)
Sandaran data
b)
Antispyware
c)
Firewall
d)
Kriptografi
16.
Pendidikan jarak jauh atau pembelaran atas talian seperti forum, kuiz dan ujian memerlukan teknologi .............. untuk menjayakannya.
a)
Multimedia
b)
Sistem
c)
Internet
d)
Pangkalan data
17.
E-mel, pelayar web, wechat dan whatsapp merupakan beberapa contoh perisian aplikasi untuk komunikasi atas talian.
a)
BENAR
b)
PALSU
18.
Yang manakah dapat mengawal masalah kandungan kontroversi?
a)
Pasang antivirus
b)
Guna senarai perkataan terlarang
c)
Guna perisian utiliti
d)
Membuat sandaran data
19.
Komputer membantu kita untuk membuat kerja dengan lebih efisyen dengan menggunakan ................
a)
Antivirus
b)
Program aplikasi
c)
OS
d)
File manager
20.
Kebanyakan agensi kerajaan memaparkan maklumat semasa melalui .............. untuk memudahkan dan mempercepatkan penyebaran maklumat kepada masyarakat.
a)
Blog
b)
Telesidang
c)
Laman web
d)
Online Chat
21.
Dalam bidang perubatan "telemedicine" sangat penting untuk mengurus rekod pesakit dan membantu doktor dan pengamal perubatan menjalankan kajian mengenai penyakit.
a)
BENAR
b)
PALSU
22.
Komputer ialah alat elektronik yang berupaya untuk ………………………..., memproses data, menghasilkan maklumat serta menyimpan data dan maklumat
a)
menerima input
b)
menghasilkan input
c)
menerima output
d)
menghasilkan input dan output
23.
Rajah di atas menunjukkan cara komputer memproses data. Apakah X?
a)
Melihat data
b)
Menyemak data
c)
Mencetak data
d)
Memproses data
24.
Perisian ialah …………………..
a)
peralatan yang disambung kepada unit sistem.
b)
program atau arahan yang memberitahu komputer apa yang harus dilakukan.
c)
data yang telah diproses menjadi sesuatu yang bermakna.
d)
fakta mengenai sesuatu benda atau orang.
25.
Apakah fungsi peranti ini?
a)
Memaparkan data atau maklumat
b)
Memasukkan data dan arahan ke dalam komputer
c)
Memilih program dan menggerakkan objek pada paparan
d)
Mencetak data atau maklumat.
26.
……………….. berfungsi memaparkan data atau maklumat. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.
a)
Unit sistem
b)
Tetikus
c)
Monitor
d)
Papan kekunci
27.
Data ialah …………. yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses.
a)
storan
b)
input
c)
output
d)
maklumat
28.
Rajah menunjukkan bahagian hadapan  sebuah unit sistem.
Apakah nama pemacu berlabel Q?
a)
pemacu cakera optik
b)
pemacu cakera liut
c)
pemacu cakera keras
d)
pemacu kilat
29.
Tempat untuk menyimpan data dan maklumat untuk digunakan pada masa hadapan dikenali sebagai …………….. 
a)
storan
b)
input
c)
output 
d)
perisian
30.
Berikut merupakan jenis-jenis peranti input kecuali
a)
Pencetak
b)
Pengimbas
c)
Pen Cahaya
d)
Papan Kekunci
31.
Jika anda diminta untuk membuat sebuah karangan, perisian yang paling sesuai digunakan ialah?
a)
Hamparan elektronik
b)
Persembahan
c)
Pemproses Perkataan
d)
Antivirus
32.
Antara yang berikut, manakah yang bukan sistem pengoperasian?
a)
Linux
b)
Ubuntu
c)
Microsoft Office
d)
Windows 10
33.
Teks, audio, imej dan video termasuk dalam kategori
a)
Fail
b)
Data
c)
Utiliti
d)
Maklumat
34.
Peranti storan merupakan alat yang digunakan untuk ________________ data.
a)
Menyimpan
b)
Memasukkan
c)
Memadam
d)
Memproses
35.
Simbol MB mewakili ukuran data ___________
a)
Megabit
b)
Megabait
c)
Megapixel
d)
Megabox
36.
“program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna”  

Pernyataan ini merujuk kepada,
a)
Perkakasan komputer
b)
Keselamatan komputer
c)
Virus komputer
d)
Perisian komputer
37.
Yang mana bukan perisian anti virus
a)
Panda
b)
Kaspersky
c)
Avira
d)
Firefox
38.
Masyarakat di seluruh dunia menggunakan internet setiap hari untuk urusan seperti berikut kecuali
a)
Berkomunikasi dalam talian
b)
Membeli-belah bagi barangan dan perkhidmatan
c)
Berehat sambil mandi manda di laut
d)
Mengakses pelbagai sumber maklumat, berita, dan penemuan penyelidikan
39.
Kesemua di bawah adalah laman  media sosial  kecuali
a)
Google Play
b)
Facebook
c)
Twitter
d)
Instagram
40.
Apakah port yang paling sesuai untuk X
a)
Port rangkaian
b)
Port paralel 
c)
Port serial
d)
Port audio
41.
Komputer dalam rangkaian boleh dihubungi melalui pelbagai media kecuali
a)
Kabel
b)
Gelombang radio
c)
Bluetooth
d)
CD-ROM
42.
Perkataan komputer dalam bahasa Latin bermaksud
a)
Pengiraan
b)
Pendaraban
c)
Perjumlahan
d)
Penambahan