wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Penilaian Tatabahasa II

Total questions: 40

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Akif hanya menghitung hari untuk menuai padi yang sedang ________________.

a)

merimbun

b)

menghijau

c)

merendang

d)

menguning

2.

Puan Mastura _______________ gulai itik masak lemak dengan menggunakan senduk untuk diberikan kepada jiran baharunya.

a)

mencedok

b)

mencebok

c)

mencekup

d)

menggaul

3.

Saya dan keluarga melihat kerja-kerja __________ buah strawberi ketika bercuti di Tanah Tinggi Cameron.

a)

mencabut

b)

memotong

c)

memetik

d)

mencantas

4.

Abang terpaksa ____________ basikal ketika pulang dari sekolah kerana tayar basikalnya pancit.

a)

menolak

b)

menuntun

c)

menonton

d)

mengheret

5.

Perlawanan bola tampar antara pasukan Zamrud dan pasukan Delima itu terpaksa ___________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

digantung

b)

dihabiskan

c)

disudahkan

d)

ditangguhkan

6.

Jalan yang gelap gelita itu menyukarkan Radzi untuk terus ___________ kereta.

a)

memandu

b)

menunggang

c)

menuntun

d)

menolak

7.

Puan Zalikha mengeluh sendirian apabila melihat bilik anak gadisnya yang __________________ itu.

a)

rebah-rempah

b)

lintang-pukang

c)

pontang-panting

d)

tunggang-langgang

8.

Jalan menuju ke sekolah yang terletak di kawasan pedalaman itu __________________ seperti ular kena palu.

a)

kacau-bilau

b)

simpang-siur

c)

bengkang-bengkok

d)

lintang-kedak

9.

Kanak-kanak yang bermain di taman permainan itu kelihatan _____________ pulang kerana hari telah lewat petang.

a)

berdedai-dedai

b)

berpusu-pusu

c)

bertolak-tolak

d)

berduyun-duyun

10.

Latihan memanah haruslah dilakukan secara konsisten sehingga pemanah_______________ serasi dengan teknik memanahnya.

a)

baik-baik

b)

betul-betul

c)

baru-baru

d)

terang-terang

11.

Walaupun Azmi _________________ melakukan kesalahan memeras ugut di sekolah, dia tetap menafikannya.

a)

jelas-jelas

b)

mentah-mentah

c)

senang-senang

d)

terang-terang

12.

Tugas ___________ istana ialah membantu dan menghiburkan tuan puteri raja di istana.

a)

pari-pari

b)

gadis-gadis

c)

dayang-dayang

d)

gundik-gundik

13.

_____________ bayu pada malam itu sungguh nyaman dan menenangkan jiwanya.

a)

Gegaran

b)

Kocakan

c)

Hempasan

d)

Hembusan

14.

Malaysia bercadang untuk memperluas ____________ ekonomi melalui pembangunan industri sukan negara.

a)

sasaran

b)

jaringan

c)

bahagian

d)

rangkaian

15.

Buah manggis mempunyai ____________ nutrisi pemakanan yang tinggi.

a)

kandungan

b)

cantuman

c)

panduan

d)

rangkuman

16.

Azizah bersedia menerima tempahan bakul rotan pelbagai saiz mengikut kehendak _____________.

a)

penonton

b)

pelanggan

c)

peladang

d)

permintaan

17.

Sikap _____________ yang menjual makanan ringan di luar pagar sekolah perlu dipantau oleh pihak berkuasa.

a)

pekerja

b)

pembekal

c)

penjaja

d)

pemborong

18.

Tugas sebagai _____________ memerlukan ilmu pengetahuan yang luas agar penyampaian dan pengajaran dapat difahami oleh murid-murid.

a)

pemimpin

b)

pentaksir

c)

pendidik

d)

penceramah

19.

Kita sebagai orang bawahan tidak boleh mengeluarkan apa pun kenyataan kerana tertakluk pada peraturan yang telah ditetapkan.

a)

kenyataan apa pun

b)

apa kenyataan sekalipun

c)

apa-apa pun kenyataan

d)

apa pun kenyataan

20.

Kebanyakan palajar-pelajar membawa bekal dari rumah setelah kes keracunan makanan berlaku beberapa kali di kantin sekolah mereka.

a)

Kebanyakan pelajar

b)

Banyak pelajar-pelajar

c)

Pelajar-pelajar kebanyakan

d)

Kebanyakan pelajar-pelajar

21.

Kain batik yang baru ibu jahit itu kepunyaan nenek.

a)

ibu jahitkan

b)

ibu menjahit

c)

dijahit oleh ibu

d)

ibu jahit

22.

Tanggungjawab yang diamanahkan ini akan dipikul oleh kami dengan sebaik-baiknya.

a)

kami pikul

b)

kami pikulkan

c)

dipikulkan oleh kami

d)

dipikul oleh kami

23.

Semua para pelajar tekun menyalin nota yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas.

a)

Para pelajar-pelajar

b)

Semua pelajar

c)

Semua pelajar-pelajar

d)

Semua para pelajar

24.

Penagih dadah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan memiliki dadah dan pil kuda sebanyak 250 gram.

a)

menjatuhi hukuman gantung

b)

jatuhkan hukuman gantung

c)

dijatuhkan hukuman gantung

d)

dijatuhi hukuman gantung

25.

Kereta yang Philip naiki itu tersadai di tepi Lebuh Raya Pantai Timur kerana kehabisan minyak.

a)

Philip naik

b)

Philip menaiki

c)

dinaiki oleh Philip

d)

Philip naiki

26.

Ibu menyuruh adik membeli tomato sos di kedai Pak Zahid.

a)

belikan sos tomato

b)

belikan tomato sos

c)

membeli sos tomato

d)

membeli tomato sos

27.

Pemuda yang sedang melukis gambar kartun itu kartunis terkenal. Pola bagi ayat berikut ialah

a)

Frasa Nama + Frasa Kerja

b)

Frasa Nama + Frasa Nama

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

28.

Lelaki tua yang berpakaian compang-camping itu dibenci oleh orang kampung. Subjek yang terdiri daripada Frasa Nama dalam ayat berikut ialah

a)

lelaki tua

b)

lelaki tua yang berpakaian

c)

dibenci oleh orang kampung

d)

lelaki tua yang berpakaian campang-camping itu

29.

Pilih predikat yang terdiri daripada frasa nama dalam ayat di bawah.

a)

Kayu yang besar itu diangkat oleh Pak Tua.

b)

Cikgu Nawawi tegas dalam hal disiplin pelajar.

c)

Ayah saya ialah orang yang penyabar sekali.

d)

Pelari tersohor negara berlari sambil membawa obor.

30.

Pilih predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dalam ayat di bawah ini.

a)

Buku yang diminta oleh guru itu berwarna hijau.

b)

Buah mempelam di dalam peti sejuk itu busuk baunya kerana telah rosak.

c)

Doktor Kamal petugas semasa misi bantuan menyelamat mangsa-mangsa bencana gempa bumi di Bali.

d)

Ramai sukarelawan Malaysia ke Myanmar bagi membantu umat Islam di sana.

31.

Sikap ibu bapa yang mengajar anaknya menjaga kebersihan diri dan persekitaran sejak kecil harus dipuji kerana

a)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

b)

kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang

c)

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

d)

mencegah lebih baik daripada mengubati

32.

Peribahasa di bawah menggambarkan sikap rajin berusaha sehingga membuahkan kejayaan kecuali

a)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

b)

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

c)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

d)

yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang

33.

Semangat kerjasama yang erat antara anggota masyarakat di kawasan perumahan itu dapat digambarkan melalui peribahasa di bawah kecuali

a)

bagai aur dengan tebing

b)

muafakat membawa berkat

c)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

d)

hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

34.

Hampir semua pelajar telah menyiapkan kerja kursus Sejarah.

a)

ayat tunggal susunan biasa

b)

ayat tunggal susunan songsang

35.

Cantik sekali paras wajah penyanyi popular itu.

a)

ayat tunggal susunan biasa

b)

ayat tunggal susunan songsang

36.

Anak cendiakawan terulung itu sudah tentu bijak.

a)

ayat tunggal susunan biasa

b)

ayat tunggal susunan songsang

37.

Cikgu Saloma sedang mengajar di dalam kelas 3 Pintar.

a)

Ayat tunggal susunan biasa

b)

Ayat tunggal susunan songsang

38.

Membaca buku Nasir di pusat sumber sekolah.

a)

ayat tunggal susunan biasa

b)

ayat tunggal susunan songsang

39.

"Di manakah Alias tinggal?" tanya Cikgu Suana

a)

Ayat perintah

b)

Ayat tanya

c)

Ayat seruan

d)

Ayat penyata

40.

Tolong buang sampah itu di tempat pembuangan sampah.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat tanya

c)

Ayat penyata

d)

Ayat seruan