NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsAE025-Objektif Bab 1: Pengenalan Makroekonomi
Total questions: 24
Worksheet time: 27mins
Name
Class
Date
1.
Manakah antara pernyataan berikut merupakan analisis makroekonomi?
a)
Analisis penentuan harga barangan dan perkhidmatan
b)
Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi keseimbangan pengeluaran sesuatu produk
c)
Analisis faktor yang mempengaruhi keseimbangan harga barang dan perkhidmatan
d)
Analisis kegiatan sektor isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar dalam mempengaruhi ekonomi sesebuah negara
2.
Berikut merupakan matlamat makroekonomi sesebuah negara kecuali
a)
menjamin kestabilan harga
b)
mencapai tingkat guna tenaga penuh
c)
mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi
d)
mengagihkan pendapatan secara sama rata
3.
Manakah yang berikut BUKAN pernyataan berkaitan dasar makroekonomi?
a)
Dasar harga minimum dilaksanakan untuk membantu industri.
b)
Kemasukan pelabur asing akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
c)
Devaluasi akan digunakan untuk membaiki defisit imbangan perdagangan.
d)
Kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk mengurangkan masalah pengangguran.
4.
Sebuah negara dikatakan telah mencapai guna tenaga penuh apabila
a)
penawaran agregat melebihi permintaan agregat
b)
penawaran agregat kurang daripada permintaan agregat
c)
keluaran negara nominal sama dengan keluaran negara benar
d)
keluaran negara sebenar sama dengan keluaran negara potensi
5.
Manakah antara berikut BUKAN pemboleh ubah makroekonomi?
a)
Tingkat harga umum
b)
Imbangan pembayaran
c)
Pertumbuhan ekonomi
d)
Pertumbuhan penduduk
6.
Isu perbincangan utama makroekonomi adalah berkaitan dengan
a)
faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran sesuatu produk dan struktur pasaran
b)
pendapatan isi rumah dan faktor penentuan harga barang dan perkhidmatan
c)
proses bagaimana harga barang dan perkhidmatan cenderung berubah menuju ke tingkat keseimbangan
d)
bagaimana sektor isi rumah, firma, kerajaan dan negara asing mempengaruhi kegiatan ekonomi secara keseluruhan
7.
Antara berikut yang manakah TIDAK boleh digunakan untuk mengukur prestasi pencapaian ekonomi?
a)
Pendapatan Negara Potensi
b)
Inflasi
c)
Pengangguran
d)
Imbangan Pembayaran
8.
Apabila ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh, jenis pengangguran yang masih wujud dalah ekonomi ialah
a)
pengangguran teknologi
b)
pengangguran kitaran
c)
pengangguran bermusim
d)
pengangguran geseran
9.
Antara berikut yang manakah BUKAN kepentingan pencapaian guna tenaga penuh?
a)
Keluaran Negara dan kebajikan masyarakat mencapai tingkat maksimum pada tingkat guna tenaga penuh
b)
Berlaku ketidakcekapan dalam pengeluaran dan pembaziran sumber-sumber ekonomi jika guna tenaga penuh tidak tercapai
c)
Pengangguran yang serius dalam ekonomi mungkin menyebabkan ketidakstabilan politik dan sosial
d)
Pendapatan Negara sebenar melebihi pendapatan negara potensi
10.
Berikut adalah matlamat dasar makroekonomi yang ingin dicapai oleh sesebuah negara, KECUALI
a)
mengekalkan kestabilan tingkat harga umum
b)
mencapai pertumbuhan ekonomi yang berterusan
c)
mengawal aktiviti pemonopoli
d)
memperbaiki imbangan pembayaran
11.
Apabila ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh
a)
Keluaran negara boleh terus ditambah
b)
tingkat guna tenaga berada pada paras yang rendah
c)
pengangguran terdiri daripada pengangguran geseran
d)
ekonomi tidak menghadapi tekanan inflasi
12.
Bagi membendung inflasi melalui Dasar Fiskal. kerajaan seharusnya
a)
menaikkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
b)
menurunkan cukai dan menaikkan perbelanjaan kerajaan
c)
menaikkan cukai dan perbelanjaan kerajaan secara serentak
d)
menurunkan cukai dan perbelanjaan kerajaan secara serentak
13.
Bagi memulihkan ekonomi daripada masalah kemelesetan melalui Dasar Fiskal, kerajaan seharusnya
a)
menaikkan cukai sahaja
b)
menaikkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
c)
mengurangkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
d)
mengurangkan cukai dan menaikkan perbelanjaan kerajaan
14.
Langkah berikut ialah Dasar Kerajaan dalam mempengaruhi kegiatan ekonomi dari aspek sebelahan permintaan KECUALI
a)
galakkan pelaburan
b)
menaikkan perbelanjaan kerajaan
c)
menurunkan kadar bunga
d)
menaikkan bekalan wang dalam ekonomi
15.
Antara langkah berikut yang manakah akan mempengaruhi tingkat penawaran agregat dalam ekonomi?
a)
Menaikkan kadar bunga
b)
Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
c)
Mengurangkan penawaran wang dalam ekonomi
d)
Mengurangkan cukai import untuk bahan-bahan mentah
16.
Tujuan utama pendapatan negara diukur adalah untuk
a)
membuat perbandingan taraf hidup dengan negara lain
b)
membuat perbandingan tingkat kebajikan antara dua tempoh
c)
membuat penilaian tentang prestasi ekonomi
d)
mengesan perubahan struktur ekonomi
17.
Guna tenaga penuh tercapai apabila
a)
Keluaran Negara benar menyamai Keluaran Negara harga semasa
b)
Keluaran Negara benar menyamai Keluaran Negara sebenar
c)
Keluaran Negara nominal menyamai Keluaran Negara benar
d)
Keluaran Negara sebenar menyamai Keluaran Negara potensi
18.
Dasar sebelahan penawaran melibatkan langkah-langkah berikut KECUALI
a)
penurunan cukai pendapatan
b)
penurunan kadar bunga
c)
insentif yang mengalakkan penyelidikan dan pembangunan
d)
penurunan cukai import
19.
Antara berikut yang manakah BUKAN langkah kawalan langsung untuk mengawal kegiatan ekonomi?
a)
Penetapan upah minimum
b)
Penetapan harga minimum
c)
Tarif import
d)
Insentif pelaburan semula
20.
Dasar manakah dapat memulihkan ekonomi daripada kemelesetan dan tidak menyebabkan kenaikan tingkat harga?
a)
Dasar fiskal
b)
Dasar kewangan
c)
Kawalan langsung
d)
Dasar sebelahan penawaran
21.
Dasar sebelahan penawaran bertujuan meningkatkan output dan kecekapan pengeluaran akan menyebabkan
a)
penawaran agregat dan output akan bertambah tanpa berlaku inflasi
b)
permintaan agregat dan output akan bertambah, tingkat harga umum akan meningkat
c)
kedua-dua penawaran agregat dan permintaan agregat akan naik, tingkat harga umum jatuh
d)
penawaran agregat bertambah, permintaan agregat jatuh dan harga umum jatuh
22.
Jadual menunjukkan guna tenaga dan jumlah tenaga buruh bagi sebuah negara. Berapakah kadar pengangguran negara tersebut?
a)
5.9%
b)
6.8%
c)
7.1%
d)
8.3%
23.
Jadual menunjukkan Indeks Harga Pengguna sebuah negara bagi tahun 2004 dan 2005. Hitungkan kadar inflasi negara tersebut bagi tahun 2005.
a)
5.0%
b)
7.5%
c)
9.5%
d)
15.0%
24.
Rajah menunjukkan perubahan Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi dan sebenar melalui masa. Jangka masa yang manakah menggambarkan ekonomi sedang mengalami kemelesetan?
a)
Dari P ke Q
b)
Dari Q ke R
c)
Dari S ke T
d)
Dari T ke U
Reset
