wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perlembagaan Malaysia

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Undang-undang bertulis adalah sumber undang-undang di Malaysia. Berikut merupakan Undang-undang Bertulis di Malaysia KECUALI ...

a)

Undang-undang Islam

b)

Perlembagaan Persekutuan

c)

Keputusan-keputusan mahkamah

d)

Enakmen/ Ordinan

2.
Bacaan Kedua bahagian rang undang-undang dibaca secara lisan sebelum dibentangkan di Dewan Parlimen.
a)
Betul
b)
Salah
3.

Antara berikut yang manakah BENAR mengenai intipati Perlembagaan Tanah Melayu yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan.

a)

Ketua Negara adalah Perdana Menteri.

b)

Agama Islam dan agama lain adalah agama Persekutuan.

c)

Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa rasmi Perlembagaan Persekutuan

d)

Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

4.

Badan-badan utama dalam sistem pentadbiran Malaysia adalah seperti berikut KECUALI

a)

Badan perundangan.

b)

Badan peguam

c)

Badan kehakiman.

d)

Badan eksekutif.

5.

Tujuan utama Perlembagaan Malaysia adalah untuk menjaga keamanan dan kestabilan negara yang membawa maksud ...

I. Kebebasan individu biarpun terjamin tetapi dibatasi dengan undang-undang.

II. Hak Kebebasan Asasi dinikmati oleh semua rakyat.

III. Memelihara kepentingan minoriti dan majoriti.

IV. Setiap warganegara perlu akur dengan kedaulatan undang-undang.

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

I, II dan IV

d)

I, II, III dan IV

6.

Yang manakah BENAR berdasarkan gambar di atas.


I. Pelantikan ketua negara secara bergilir-gilir daripada kalangan raja-raja Melayu.

II. Segala keputusan dan tindak tanduk kerajaan harus selari dengan Perlembagaan.

III. Kerajaan pusat merupakan kerajaan berperlembagaan.

IV. Yang di-Pertuan Agung memiliki kuasa pembatal (veto).

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

7.

Kontrak sosial merujuk kepada pernyataan berikut KECUALI

a)

Persetujuan untuk hidup saling berdampingan dan menghormati satu sama lain.

b)

Permuafakatan di antara pemimpin-pemimpin daripada pelbagai etnik.

c)

Menekankan tentang hak-hak keistimewaan semua kaum.

d)

Diwakili oleh parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC.

8.

Antara perkara dan tanggungjawab yang dikongsi oleh persekutuan dan negeri seperti dalam Senarai Bersama ialah __________.

a)

Biasiswa

b)

Keselamatan dalam negara

c)

Undang-undang sivil dan jenayah

d)

Kewarganegaraan

9.

Manakah yang benar mengenai struktur pentadbiran di dalam sesebuah kementerian?

I. Pegawai Daerah

II. Ketua Setiausaha

III. Setiausaha Politik

IV. Timbalan Menteri

a)

i, ii dan iv

b)

i,ii dan iii

c)

i,iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

10.

Manakah antara berikut adalah asas kepada pembentukan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963?

a)

Laporan Suruhanjaya Reid

b)

Perlembagaan Kesatuan Malaya

c)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

d)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

11.

i. Bertanggungjawab di bawah Kementerian yang

berkenaan

ii. Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan Enakmen Negeri

iii. Mempunyai peruntukan kewangan sendiri dan kuasa

autonomi


Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas?

a)

Badan Berkanun

b)

Suruhanjaya Tetap

c)

Suruhanjaya Sementara

d)

Badan Tidak Berkanun

12.

Perkara mengenai Pertahanan, Keselamatan Dalam Negeri dan Kewarganegaraan terletak dibawah kuasa.....

a)

Kerajaan Negeri

b)

Bersama

c)

Perdana Menteri

d)

Kerajaan Persekutuan

13.

Di Malaysia, sistem ________________ terbahagi kepada dua bentuk pentadbiran kerajaan iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

a)

Raja Berperlembagaan

b)

Konfederasi

c)

Demokrasi Berparlimen

d)

Persekutuan

14.
Siapakah yang memegang kuasa tertinggi di Malaysia?
a)
Majlis Raja-raja
b)
Mahkamah Agung
c)
Perlembagaan Malaysia
d)
Yang di-Pertuan Agong
15.

Berikut adalah peranan dan kuasa yang telah dipertanggungjawabkan seperti yang termaktub dalam Senarai Jadual Ke-9 Perlembagaan Malaysia KECUALI...

a)

Senarai Kerajaan Pusat

b)

Senarai Kerajaan Tempatan

c)

Senarai Kerajaan Negeri

d)

Senarai Bersama

16.

Selain Majlis Raja-Raja, Majlis Kewangan Kebangsaan, Majlis Tanah Kebangsaan, dan Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan, institusi yang manakah juga berperanan menyalurkan hubungan di antara Kerajaan Pusat dan Negeri?

a)

Dewan Negara

b)

Setiausaha Kerajaan Negeri

c)

Kementerian

d)

Pejabat Daerah

17.

i. Mempunyai kuasa membuat undang-undang kecil

ii. Memberikan kemudahan sosial dan perbandaran

iii. Diberi autonomi untuk mentadbir wilayah sendiri


Penyataan berikut adalah bersesuaian dengan bidang kuasa...

a)

Kerajaan Negeri

b)

Kerajaan Pusat

c)

Kerajaan Tempatan

d)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

18.

Apakah tujuan utama Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Jun 1956?

a)

Memperoleh Kemerdekaan 31 Ogos 1957

b)

Alternatif kepada pembubaran Kesatuan Malaya (Malayan Union)

c)

Menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

d)

Membanteras Kegiatan Komunis dan aancaman subversif

19.

Konsep Ketertinggian Perlembagaan adalah seperti berikut KECUALI...

a)

Undang-undang yang tertinggi dalam Persekutuan

b)

Undang-undang lain boleh terbatal jika bercanggah dengan kepentingan Perlembagaan

c)

Undang-undang boleh dipinda atas persetujuan majoriti dua per tiga kerusi Parlimen

d)

Undang-undang Perlembagaan mengatasi undang-undang lain yang baharu dan hendak digubal

20.

i. Boleh menguruskan hal ehwal agama sendiri

ii. Menubuhkan dan menyelenggara institusi-institusi berkaitan keagamaan

iii. Memperoleh, mempunyai harta dan memegang pentadbiran berdasarkan undang-undang


Penyataan di atas ialah berkaitan dengan __________

a)

Kebebasan Berhimpun

b)

Kebebasan Beragama

c)

Kebebasan Pilihan Raya

d)

Kebebasan Berpersatuan