wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pengajian Am P1-1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Yang manakah merupakan tugas yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam negara yang berdaulat?
I Menyediakan kemudahan ekonomi
II Menentukan arah tadbir urus baik negara
III Memastikan keselamatan setiap penduduk terjamin
IV Memastikan setiap penduduk mempunyai pendapatan tetap
a)
A. I dan II
b)
B. I dan III
c)
C. II dan IV
d)
D. III dan IV
2.
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
a)
A. Semua pindaan yang dilaksanakan mesti mendapat persetujuan dua pertiga Majlis Parlimen
b)
B. Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menolak pindaan perlembagaan
c)
C. Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
d)
D. Menjadi panduan kepada semua undang-undang
3.
Yang manakah benar tentang pembahagian kuasa perundangan yang disenaraikan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?
a)
A
b)
B.
c)
C.
d)
D.
4.
Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap badan perundangan?
a)
A. Melantik Peguam Negara
b)
B. Melantik Perdana Menteri
c)
C. Memperkenankan Rang Undang-Undang
d)
D. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
5.
Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seseorang ahli Dewan Rakyat mengambil tindakan mengosongkan kerusinya?
a)
A. Dilantik sebagai Menteri Besar
b)
B. Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah
c)
C. Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri
d)
D. Dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara
6.
Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
a)
A. Khalwat
b)
B. Mengamalkan ajaran sesat
c)
C. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
d)
D. Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian
7.
Yang manakah padanan yang benar tentang klasifikasi perundangan?
I Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
II Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak
III Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung
a)
A. II- Ordinan, I - Enakmen, III - Akta
b)
B. II-Ordinan, III- Enakmen, I - Akta
c)
C. I- Ordinan, II - Enakmen, III-Akta
d)
D. III-Ordinan, II-Enakmen, I-Akta
8.
I. Proses kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
II. Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri
III. Kementerian merangka dasar Rang Undang-undang
Susun perkara-perkara di atas mengikut urutan yang betul dalam proses penggubalan undang-undang negara.
a)
A. III,II,I
b)
B. I, III, II
c)
C. III, I, II
d)
D. II, I, III
9.
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah
a)
A. diluluskan oleh Majlis Parlimen
b)
B. disahkan oleh Badan Kehakiman
c)
C. diwartakan sebagai Warta Kerajaan
d)
D. diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
10.
Pihak yang manakah perlu dirujuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membuat kajian dan persempadanan semula bahagian pilihan raya?
I  Perdana Menteri
II  Majlis Raja-Raja
III  Yang Dipertuan Agong
IV  Yang Dipertua Dewan Rakyat
a)
A. I dan III
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. II dan IV
11.
Yang manakah ciri untuk memastikan tadbir urus baik dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam perkhidmatan awam?
I  Proses kerja yang jelas
II  Tahap keilmuan yang tinggi
III  Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara
IV  Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja
a)
A. I dan III
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. II dan IV
12.
**Menjadi pemangkin perubahan yang berani dalam penyampaian sektor awam dan swasta
**Menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian
Tugas di atas dilaksanakan oleh
a)
A. Unit Inovasi Khas (UNIK)
b)
B. Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
c)
C. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
d)
D. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
13.
** Merumus dan melaksana Dasar Percukaian Negara
** Menubuh dan menyusun semula syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan
Tugas di atas dilaksanakan oleh
a)
A. Bank Negara Malaysia
b)
B. Perbendaharan Malaysia
c)
C. Unit Perancang Ekonomi
d)
D. Jabatan Perkhidmatan Awam
14.
Pemberian peruntukan tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan adalah berdasarkan
a)
A. tahap kemajuan
b)
B. panjang jalan raya
c)
C. jenis pihak berkuasa tempatan
d)
D. keluasan kawasan pentadbiran
15.
Yang manakah kepentingan tadbir urus yang baik kepada sesebuah negara?
a)
A. Mengurangkan kos hidup rakyat
b)
B. Memperkasa daya saing negara dalam pelbagai bidang
c)
C. Menjamin peluang pekerjaan yang banyak diwujudkan
d)
D. Mengurangkan beban kerajaan dalam mengurus pentadbiran negara