wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T4/B1

Total questions: 28

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.
Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam
T4 ms 5 (SPM 2015)
a)
A. Kebebasan mengamalkan sebarang agama
b)
B. Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi
c)
C. Kesejahteraan semua lapisan rakyat
d)
D. Ketinggian tatasusila masyarakat
2.
Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun.  Apakah ciri kehidupan tersebut?
T4 ms 5 (SPM 2009)
a)
A. Kebebasan beragama
b)
B. Kesejahteraan hidup
c)
C. Kemajuan ekonomi
d)
D. Ketinggian moral
3.
Sistem pemerintahan di Mesopotamia berasaskan sistem beraja. Apakah bentuk sistem beraja tersebut ?
T4 m/s 12 (SPM 2013)
a)
A. Oligarki
b)
B. Demokrasi
c)
C. Aristokrasi
d)
D. Teokrasi
4.
Mengapakah Kod Undang-Undang Hammurabi penting kepada masyarakat Mesopotamia? T4 ms 14 (SPM 2004)
a)
A. Menggalakkan mobiliti sosial
b)
B. Merekodkan urusan pentadbiran
c)
C. Mengukuhkan organisasi masyarakat
d)
D. Mencatatkan harta golongan bangsawan
5.
Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang pelbagai bentuk.  Apakah kepentingan pintu gerbang dalam tamadun tersebut?
T4 ms 11 (SPM 2011)
a)
A. Lambang kekayaan
b)
B. Panduan laluan kapal
c)
C. Sempadan empayar
d)
D. Simbol keganasan
6.
Apakah faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan Mesopotamia ?
T4 ms 11 (SPM 2004)
a)
A. Penguasaan Parsi   
b)
B. Perluasan tamadun Indus
c)
C. Rampasan kuasa golongan pendeta
d)
D. Kemusnahan Taman Tergantung Babylon
7.
Apakah sumbangan Imhotep terhadap Tamadun Mesir Purba.
T4 ms 21 (SPM 2011)
a)
A. Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan
b)
B. Memajukan teknologi bidang pertanian
c)
C. Menggubal undang-undang
d)
D. Mencipta sistem tulisan
8.
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan dalam Tamadun Mesir Purba. Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi
Apakah sistem tulisan tersebut ?
T4 ms 20 (SPM 2010)
a)
A. Hieroglif
b)
B. Ideogram
c)
C. Cuneiform
d)
D. Piktograf
9.
Antara yang berikut, yang manakah sumbangan tamadun Mesir Purba?
T4 ms 21-22 (SPM 2007)
 I. Kolar kuda
 II. Pedati beroda
 III. Sistem kalendar
 IV. Tulisan hieroglif
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
10.
Pada tahun 1922, pengkaji Mesir Purba Howard Carter menemui mayat Tutankhamun II yang diselaputi emas. Merujuk pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
T4 ms 20 (SPM 2006)
a)
A. Upacara pemujaan semangat
b)
B. Konsep kehidupan selepas mati
c)
C. Percaya kepada kelahiran semula
d)
D. Amalan penyembahan nenek moyang
11.
Kedua-dua bandar berikut terdapat dalam tamadun Indus
                       • Mohenjo Daro  
       • Harappa
 Apakah faktor kemajuan bandar tersebut? T4 B1 ms 27 (SPMU 2016)
a)
A. Penambahan penduduk
b)
B. Penguasaan ilmu geometri
c)
C. Perubahan struktur organisasi
d)
D. Perkembangan sistem pengangkutan
12.
Masyarakat dalam Tamadun Indus ( 2000 sebelum Masihi ) berjaya membina bandar terancang  tertua di dunia. Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang adalah  disebabkan oleh  
T4 ms 27 (SPM 2015)
 I. Amalan sikap terbuka
 II. Pertembungan dengan budaya lain
 III. Perluasan wilayah pemerintahan
 IV. Kejayaan kegiatan penjelajahan
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
13.
Mohenjo-Daro dan Harappa adalah bandar terancang terawal di dunia. Mengapakah masyarakat Tamadun Indus berjaya membina bandar terancang tersebut?
 T4 ms 27 (SPM 2014)
a)
A. Perluasan ajaran agama
b)
B. Sistem pemerintahan teokrasi
c)
C. Sumbangan golongan bangsawan
d)
D. Pertembungan dengan tamadun luar
14.
Apakah kesan pengamalan sifat terbuka dalam masyarakat Indus?
T4 ms 27 (SPM 2010)
a)
A. Perluasan pengaruh
b)
B. Pertukaran teknologi
c)
C. Penyebaran agama Hindu
d)
D. Perkembangan bidang penulisan
15.
Perkembangan yang pesat dalam perancangan bandar berlaku pada sekitar tahun 2000 S.M. dalam  Tamadun Indus.  Apakah faktor yang mendorong perkembangan tersebut?
T4 ms 27 (SPM 2009)
a)
A. Kemahiran ilmu geometri
b)
B. Kejayaan kegiatan penerokaan
c)
C. Keluasan kawasan pemerintahan
d)
D. Kegiatan keagamaan
16.
Masyarakat Indus telah menjalinkan hubungan    perdagangan dengan masyarakat Mesopotamia.  Apakah bukti arkeologi yang menyokong pernyataan di atas?
T4 ms 26 (SPM 2006)
a)
A. Cap mohor
b)
B. Batu bersurat
c)
C. Tembikar tanah
d)
D. Gendang gangsa
17.
Tulang Oracle berkaitan dengan tamadun awal di China.
Apakah yang berkaitan dengan tulang tersebut?
T4 ms 31 
a)
A. Pengenalan sistem tulisan
b)
B. Peningkatan status masyarakat
c)
C. Pengenalan sistem perundangan
d)
D. Peralatan untuk berperang
18.
Apakah kepentingan kandungan karya The Art Of War yang ditulis oleh Sun Tzu kepada masyarakat hari ini?
T4 ms 33 (SPM 2008)
a)
A. Menerangkan sistem pemerintahan
b)
B. Mengatur strategi perniagaan
c)
C. Menentukan bentuk hubungan luar
d)
D. Membantu pelaksanaan peperiksaan awam
19.
Andaikan anda seorang pembesar pada zaman Dinasti Chou di China.
Apakah yang anda lakukan untuk membuktikan kesetiaan anda kepada raja?T4 ms 31 (SPM 2007)  
I. Melafazkan taat setia
II. Menyerahkan ufti
III. Melindungi rakyat
IV. Memberi bantuan ketenteraan
a)
A. I dan II
b)
B. II dan III
c)
C. I dan IV
d)
D. III dan IV
20.
Pada Zaman Dinasti Chou di China, pembesar mesti taat setia kepada raja.  Bagaimanakah pembesar membuktikan kesetiaan mereka?
T4 ms 31 (SPMU 2015)
a)
A. Mengawal kawasan istana   
b)
B. Menyerahkan hasil pertanian
c)
C. Menggubal undang-undang wilayah
d)
D. Memberikan bantuan ketenteraan
21.
Gambar 1 berkaitan dengan simbol Yin dan Yang.  
Apakah maksud simbol tersebut ?
T4 m/s 33 (SPM 2013)
a)
A. Mandat dari syurga
b)
B. Pemujaan roh nenek moyang
c)
C. Unsur alam yang saling melengkapi
d)
D. Ramalan peristiwa yang akan berlaku
22.
Peta 1 : Lokasi Tamadun Awal Dunia
Apakah Tamadun X dan Tamadun Y ?
T4 B1 ms 9 (SPM 2016 )
a)
A. Hwang Ho dan Indus
b)
B. Mesir dan Hwang Ho
c)
C. Indus dan Mesopotamia
d)
D. Mesopotamia dan Mesir
23.

Apakah nama sungai di Tamadun Mesir Purba dan sungai di Tamadun Hwang Ho?

T4 B1 ms9 (SPM 2016)

a)

A. Sungai Kuning dan sungai Tigris

b)

B. Sungai Tigris dan Sungai Indus

c)

C. Sungai Nil dan Sungai Kuning

d)

D. Sungai Indus dan Sungai Nil

24.
Jadual 1 merujuk kepada lokasi tamadun awal dunia.
MesopotamiaLembah Sg.Tigris dan Sg. Euprates
Mesir PurbaLembah Sg.Nil
IndusLembah Sg. Indus
Mengapakah tamadun tersebut tertumpu di lembah sungai?
(T4/B1 ms 8)
I Mempunyai tanah yang subur
II Mengekalkan warisan tradisi
III Mendapat mandat tuhan
IV Memudahkan perhubungan
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
25.
Mengapakah masyarakat Lembah Indus membina bandar terancang seperti berikut? (T4/B1 ms 24)
⋅Mohenjo Daro
⋅Harappa
a)
Lokasi strategik
b)
Penduduk ramai
c)
Bidang geometri yang maju
d)
Sumber alam yang banyak
26.
Rajah 1 berkaitan dengan ciri-ciri tamadun. (T4/B1 ms 6)
Apakah X?
a)
Kemajuan sistem perhubungan
b)
Hubungan antara kerajaan
c)
Kehidupan berorganisasi
d)
Perkembangan ekonomi
27.

Buku berikut ditulis oleh Sun Tzu.

The Art of War

Apakah perkara yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat hari ini dari buku tersebut? T4 ms 33 SPM 2018

a)

Sejarah awal manusia

b)

Rahsia kejayaan perniagaan

c)

Maklumat sistem pemerintahan

d)

Penerangan sistem kepercayaan

28.

"Tinggalan bandar Mohenjo - Daro buat pertama kalinya ditemui oleh R.D Banerji pada tahun 1921".

Sumber : http//archeology.about.com/od/mterms/qt/mohenjo_daro.htm

Antara yang berikut, yang manakah tinggalan bandar tersebut?T4 ms 24 SPM 2018

a)

Tempat mandi awam

b)

Pusat latihan tentera

c)

Taman tergantung

d)

Aqueduct