wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.
Pak Cik Samad ________________ penduduk asal Kampung Permatang.
a)
bukan
b)
tidak
2.
Seluruh kawasan pedalaman itu ______________ mendapat bekalan air yang bersih.
a)
kelak
b)
sudah
3.
Kelakuan budak lelaki yang berbaju kuning itu kelihatan ______________ ganjil.
a)
agak
b)
paling
4.
_______________ kah mesyuarat bulanan Persatuan Penduduk Taman Indah akan diadakan?
a)
Bagaimanakah
b)
Bila
5.
Gelas kaca yang dipegang oleh Adik Ijan _______________ terhempas ke lantai.
a)
langsung
b)
nyaris
6.
Nazirah dan keluarganya _____________ berpindah ke Pulau Pinang pada bulan hadapan.
a)
akan
b)
telah
7.
Saya _____________ ingat akan pesan ibu dan ayah agar berbudi bahasa dan menghormati orang lain.
a)
saling 
b)
sentiasa
8.
Pak Amin _____________ ke kebun kerana dia membawa parang dan cangkul.
a)
barangkali
b)
langsung
9.
Pengetahuan kita akan bertambah luas jika kita ___________ berbahasa asing.
a)
cekap
b)
fasih
10.
Pemandu kereta itu disaman oleh seorang anggota polis kerana memandu dengan _____________.
a)
laju
b)
tangkas
11.
Ukiran bunga-bungaan pada kerusi kayu itu sangat ____________ buatannya.
a)
halus
b)
licin
12.
Walaupun Encik Baharum tidak berpelajaran tinggi, beliau mempunyai pengalaman yang _____________ dalam selok-belok perniagaan.
a)
besar
b)
luas
13.
Rumah di hujung kampung itu tidak berpenghuni lagi kerana sudah _____________. 
a)
lama
b)
usang
14.
Mak Long Hajar merebus ubi kayu itu hingga ______________.
a)
empuk
b)
lembut
15.
Kita perlu bersenam supaya tubuh badan kita sentiasa _____________ dan cergas.
a)
kukuh
b)
sihat
16.
Ketua kampung berasa kesal kerana kempen kitar semula yang diadakan mendapat sambutan yang ______________ daripada penduduk.
a)
dingin
b)
sejuk
17.
Pasu bunga di ____________ ruang tamu rumah Puan Mariani itu dihadiahkan oleh rakannya dari Sarawak.
a)
pinggir
b)
sudut
18.
Murid baharu itu diminta oleh Cikgu Athirah supaya duduk di __________ Fadilah.
a)
tengah
b)
belakang
19.
Beberapa buah negeri di pantai ___________ semenanjung seperti Kelantan dan Terengganu telah dilanda banjir.
a)
barat
b)
timur
20.
Murid berpandangan apabila terdengar suara orang berbisik-bisik di ___________ rumah.
a)
luar
b)
samping