NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsSoalan Pakej Percutian Mac ( KHB Tingkatan 3)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Name
Class
Date
1.
Rajah menunjukkan satu komponen elektronik. Komponen ini terdiri dari perumah dan soket. Di bahagian permukaannya terdapat tanda separa bulatan yang dikenali sebagai.....
a)
notch
b)
hemisfera
c)
IC
d)
Picu
2.
Rajah 2 menunjukkan suis mikro.Antara berikut yang manakah BETUL jika pematerian dilakukan pada kaki COM dan NC?
a)
Suis ini dalam keadaan hidup jika lengan ditekan.
b)
Arus akan mengalir dalam litar apabila punatnya tidak dilepaskan
c)
Suis ini berfungsi sebagai suis tekan buka
d)
Suis ini berfungsi sebagai suis tekan tutup.
3.
Antara yang berikut yang manakah BUKAN merupakan contoh mikrofon?
a)
Mikrofon jenis magnet
b)
Mikrofon jenis karbon
c)
Mikrofon jenis gegelung bergerak
d)
Mikrofon jenis pemuat
4.
Antara berikut, manakah merupakan fungsi tranduser dalam mikrofon?
a)
mengalirkan arus elektrik
b)
mengesan gelombang bunyi
c)
membenarkan angin masuk ke dalam mikrofon
d)
menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi
5.
Antara berikut yang manakah merupakan bahagian dalam pembesar suara?
a)
Manik karbon
b)
Gegelung dawai
c)
Tranduser
d)
Plat elektrod
6.
Lukisan skematik merupakan lukisan yang menggambarkan susunan dan kedudukan komponen bagi sesuatu projek melalui simbol.Maklumat yang boleh diperolehi dari lukisan skematik adalah seperti berikut KECUALI:
a)
Komponen
b)
Cara penyambungan
c)
Kutub magnet
d)
Punca tamatan
7.
Rajah 3 menunjukkan sejenis IC.Berdasarkan rajah tersebut, apakah fungsi kaki bernombor 5?
a)
Picu
b)
Bumi
c)
ambang
d)
Voltan kawalan
8.
Langkah keselamatan yang TIDAK BETUL semasa menggunakan mikrofon adalah...
a)
Jauhkan mikrofon dari punca magnet
b)
Jangan keluarkan bateri daripada mikrofon jika tidak digunakan
c)
elakkan mikrofon dari dihentak.
d)
Elakkan mikrofon daripada tiupan angin kuat.
9.
Manakah yang betul mengenai IC MUZIK?
a)
IC Muzik ada 4 kaki
b)
Menyerupai kapasitor
c)
menghasilkan irama muzik.
d)
nombor dibadannya selalu bermula dengan CT
10.
Bilangan pin IC akan bertambah apabila fungsi IC bertambah.
a)
betul
b)
salah
Reset
