wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T5/B9

Total questions: 44

Worksheet time: 44mins

Name
Class
Date
1.
Perikatan Kuasa Tengah (1882):
Jerman
Austria-Hungary 
Itali 
Rajah di atas merujuk kepada perikatan negara di Eropah yang wujud pada akhir abad ke-19.  Apakah implikasi pembentukan pakatan tersebut? 
T5 ms 230-231 (SPM 2006)
a)
A. Perebutan bahan mentah
b)
B. Peningkatan ekonomi dunia 
c)
C. Permulaan persaingan kuasa
d)
D. Pembentukan perpaduan sejagat
2.
Pada 28 Jun 1914, peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary berlaku. Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa tersebut?
T5 ms 230 (SPM 2010)
a)
A. Perang Dingin
b)
B. Perang Saudara
c)
C. Perang Dunia Pertama
d)
D. Pembentukan Pakatan Bertiga
3.
Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918. Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut ?
T5 ms 231(SPM 2013)
a)
A. Menguji senjata
b)
B. Permintaan Britain
c)
C. Mempertahankan Serbia
d)
D. Menyekat ideologi komunis
4.
Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah?  
 Tahun:   1914-918

 Peperangan: Perang Dunia Pertama
     
T5 ms 231 (SPM 2011)
a)
A. Keperluan bahan mentah meningkat
b)
B. Kerjasama antara etnik diperkukuhkan
c)
C. Pakatan tentera dibentuk
d)
D. Pemerintahan beraja tamat
5.
Pakatan Bertiga: USD 125 bilion
Pakatan Kuasa Tengah: USD 60 bilion
Jadual di atas menunjukkan perbelanjaan dalam Perang Dunia Pertama. Antara berikut yang manakah kesan ekonomi kepada negara yang menganggotai  pakatan tersebut?  
I Kadar inflasi meningkat
II Beban hutang bertambah
III Penganugerahan bertambah
IV Nilai mata wang meningkat          
T5 ms 231SPM 2005
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV 
c)
C. II dan III 
d)
D. III dan IV
6.
Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919?
T5 ms 231(SPM 2009)
a)
A. Memupuk keamanan dunia 
b)
B. Mengeratkan hubungan perdagangan
c)
C. Menggalakkan kerjasama pendidikan
d)
D. Meningkatkan kerjasama kebudayaan
7.
Apakah faktor pembubaran Liga Bangsa? T5 ms 231 (SPM 2005)
a)
A. Kemelesetan ekonomi dunia 
b)
D. Pengisytiharan kemerdekaan kebanyakan negara
c)
C. Kegagalan menghalang peperangan 
d)
B. Perluasan pengaruh komunis
8.
Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara di Asia Tenggara ?
 T5 ms 231(SPM 2004)
a)
A. Kuasa raja dipulihkan
b)
B. Kerajaan republik dibentuk
c)
C. Semangat kebangsaan meningkat
d)
D. Wujud pelbagai aliran politik
9.
Rajah 5 menunjukkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman
Kesan Perang Dunia Pertama Terhadap Jerman: 
Kehilangan tanah jajahan 
Bayaran pampasan tinggi 
Apakah tindakan Jerman untuk menghadapi kesan tersebut?    
T5 ms 232 (SPM 2014)
a)
A. Mendapatkan sokongan rakyat
b)
B. Memperbesar angkatan tentera
c)
C. Mengukuhkan kedudukan ekonomi
d)
D. Menggabungkan wilayah-wilayah kecil 
10.
Pada tahun 1929, Jerman mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kegagalan  Amerika Syarikat menyediakan pinjaman.  
Apakah tindakan kerajaan Jerman untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah  tersebut?    
T5 ms 232 (SPMU 2014)
a)
A. Mendapatkan pinjaman luar
b)
B. Mewujudkan kerjasama serantau
c)
C. Memperkuat bidang ketenteraan
d)
D. Melaksanakan pilihan raya 
11.
Tokoh berikut adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles,  yang ditandatangani pada tahun 1919.
Apakah bukti tuduhan tersebut?    
T5 ms 232 SPM (2010)
a)
A. Memperbesar angkatan tentera
b)
B. Menakluki wilayah Itali 
c)
C. Menyertai Kuasa Bersekutu
d)
D. Mengamalkan pemerintahan diktator
12.
Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun1939 apabila Jerman menyerang Poland.
Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
 I Pembunuhan Franz Ferdinand di Sarajevo
 II Perkembangan kuasa imperialis baharu III Kegagalan Perjanjian Versailles
 IV Kemelesetan ekonomi dunia              
T5 B9 ms 231-23 (2SPM 2016)
a)
A. I dan II 
b)
B. I dan IV
c)
D. III dan IV
d)
C. II dan III
13.
Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) bermula di Eropah?
T5 ms 233 (SPM 2007)
a)
A. Rusia memasuki Berlin
b)
B. Jerman menyerang Poland
c)
C. Itali menceroboh Perancis
d)
D. Austria mengancam Serbia
14.
Petikan berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua  
"Pada 1 September 1939, Hitler (Jerman) mara ke sempadan Poland
Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain dan Perancis menyertai perang."     
Sumber : B.H Liddell Hart
History of the Second
  World War, Da Capo Press 1990
 Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut ? T5 ms 233     SPM 2015
a)
A. Menguji kekuatan tentera
b)
B. Mempertahankan keselamatan
c)
C. Merampas kembali wilayah
d)
D. Menyekat pengaruh komunis
15.
Peristiwa berikut berlaku semasa Perang Dunia Kedua
Tarikh:   6 dan 8 Ogos 1945

Peristiwa:Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Mengapakah Amerika Syarikat mengambil tindakan demikian?
T5 ms 233 (SPM 2008) 
a)
A. Menguji kekuatan senjata
b)
B. Mengingkari Perjanjian Versailles
c)
C. Mengelakkan perang berpanjangan
d)
D. Mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
16.
Apakah masalah yang dihadapi oleh negara bekas tanah jajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua?
 
I.Membangunkan sektor ekonomi
II. Mewujudkan perpaduan kaum
III. Membentuk sempadan negara
IV. Menghapuskan warisan penjajah    
T5 ms 234 (SPM 2006)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
17.
Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin.  
• Blok kapitalis
 
• Blok komunis

Apakah ciri blok kapitalis ?
 I. Mengamalkan pemerintahan demokratik
 II. Mengamalkan sistem satu parti
 III. Memiliknegarakan perniagaan
 IV. Menjamin kebebasan individu    
T5 ms 235 (SPM 2013)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III 
d)
D. III dan IV
18.
Mengapakah Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara Israel ?
 T5 ms 239 (SPM 2004)
a)
A. Menjaga pendirian majoriti negara Islam
b)
B. Tidak mempunyai kepentingan ekonomi
c)
C. Tidak diiktiraf oleh negara sekutu Malaysia
d)
D. Bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
19.
Malaysia menentang dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan. Apakah tindakan Malaysia terhadap negara tersebut?    
T5 ms 239 (SPM 2009)
a)
A. Menamatkan perlindungan politik
b)
B. Menghalang hubungan perdagangan
c)
C. Memutuskan hubungan diplomatik
d)
D. Menyekat bantuan kemanusiaan
20.
Mengapakah Malaysia menjalinkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Britain
 T5 ms 240 (SPM 2004)
a)
A. Memperoleh bahan mentah
b)
B. Memerlukan pasaran modal
c)
C. Meningkatkan teknologi pertanian
d)
D. Mendapatkan bantuan ketenteraan
21.
Hubungan Luar Negara Malaysia  
Negara-negara Komanwel  
Negara-negara Berkecuali  
Negara-negara Selatan

Apakah tujuan Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara di atas ?  
 I Menjamin keselamatan
 II Mengukuhkan ekonomi
 III Mengadakan pakatan ketenteraan
 IV Memantapkan struktur pentadbiran        
T5 ms 240 (SPM 2004)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV 
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
22.
Jadual berikut berkaitan dengan Dasar Luar Malaysia tahap 1.
 Tahap 1 (1957-1970):
 
• Dasar Pro- Barat      
• Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan tentera Komanwel  

Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar tersebut?  
 I Keperluan pasaran
 II Sikap diskriminasi
 III Persamaan ideologi
 IV Ancaman keselamatan
 
T5 ms 240-241 SPM  
a)
A. I dan II 
b)
B. I dan IV 
c)
C. II dan III 
d)
D. III dan IV 
23.
Pada tahun 1970an Malaysia telah mengubah dasar luar daripada proBarat kepada dasar berkecuali?Mengapakah perubahan tersebut berlaku?     
T5 B9 ms 241 (SPM 2016)
a)
A. Kejatuhan harga komoditi
b)
B. Kemerosotan pengaruh Britain
c)
C. Desakan daripada pedagang asing
d)
D. Mematuhi arahan kuasa besar dunia 
24.
Dasar Luar Malaysia
Sebelum 1971 → Pro Barat
Selepas 1971 
→  Berkecuali
Jadual di atas menunjukkan perubahan dasar luar Malaysia.  
Mengapakah berlaku perubahan dasar di atas?    
T5 ms 241(SPM 2005)
a)
A. Suasana yang aman di Vietnam
b)
B. Bantuan pertahanan dari Komanwel
c)
C. Pengaruh Britain di Timur berkurangan
d)
D. Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu ditandatangani
25.
• Britain  
• Austaralia
 
• New Zealand
 Apakah tujuan Malaysia menandatangani perjanjian pertahanan dengan negara di atas?  T5 ms 243     SPM 2005
a)
A. Membeli peralatan perang
b)
B. Menjamin keselamatan negara
c)
C. Memulihkan hubungan diplomatik
d)
D. Meningkatkan kemasukan pelabur asing
26.
Tempat: Kuala Lumpur
Sukan:   Komanwel

Tahun:  1998

Apakah tujuan Malaysia menganjurkan temasya sukan di atas ? T5 ms 244    SPM 2004
a)
A. Mengukuhkan semangat perpaduan
b)
B. Melambangkan kekuatan negara peserta 
c)
C. Memupuk kerjasama antara negara anggota
d)
D. Menunjukkan kecekapan mengendalikan sukan dunia
27.
Apakah sumbangan Malaysia untuk menghapuskan Dasar Apartheid di Afrika Selatan?  T5 ms 244/246 (SPM 2004)
a)
A. Membantah campur tangan asing
b)
B. Mencadangkan pemerintah yang baru
c)
C. Menggugurkan keahliannya dalam Komanwel
d)
D. Mengesyorkan penglibatan tentera Komanwel
28.
Mengapakah Rancangan Colombo penting kepada negara anggota Komanwel?
 T5 ms 244 (SPM 2006)
a)
A. Membiayai pengajian pelajar
b)
B. Memajukan sektor pertanian
c)
C. Menggalakkan aktiviti pelancongan
d)
D. Menyediakan kemudahan perubatan
29.
Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989.  
Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut ?    
T5 ms 244 (SPM 2013)
a)
A. Penyelarasan bantuan teknikal
b)
B. Menyediakan dana pendidikan
c)
C. Mengatasi masalah pencemaran
d)
D. Membanteras penyalahgunaan dadah
30.
Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia 
• Komanwel  
• Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
 
• Negara-Negara Selatan 

Apakah faedah yang Malaysia peroleh dalam pertubuhan tersebut?  
 I Ekonomi maju
 II Keselamatan terjamin
 III Identiti bangsa mantap
 IV Kawasan perairan terkawal    
T5 ms 243 & 250 (SPM 2014)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
31.
Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) , Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.  Apakah sumbangan tersebut?
 I. Menentang dasar Aparteid
II. Menghantar pasukan pemerhati
III. Membebaskan negara yang dijajah
IV. Menyarankan penggunaan dinar emas
T5 ms 246 (SPM 2008/2012)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III daan IV
32.
Gambar berikut menunjukkan penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat kekejaman tentera Israel.
Bagaimanakah Malaysia membantu untuk mengurangkan penderitaan tersebut?
 T5 ms 24 (SPM 2011)
a)
A. Menghantar bantuan ketenteraan
b)
B. Menganjurkan persidangan antarabangsa
c)
C. Meningkatkan kerjasama kebudayaan
d)
D. Menambahkan pelaburan pelbagai sektor 
33.
Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan OIC pada tahun 1971. Antara matlamat penubuhan pertubuhan tersebut adalah untuk
T5 ms 251 (SPM 2010)
a)
A. Mengekalkan keamanan dunia
b)
B. Meningkatkan perhubungan sosiobudaya 
c)
C. Mengekalkan perdamaian antara negara Islam
d)
D. Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
34.
Jadual 4 berkaitan dengan Pertubuhan Persidangan Islm (OIC).  
Tahun: 2002

Tempat: Kuala Lumpur

Peristiwa:   Persidangan Luar Biasa Menteri-Menteri Luar   Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)  

Apakah isu yang diketengahkan dalam persidangan tersebut?  
T5 ms 252 (SPM 2008)
a)
A. Mewujudkan kerjasama ketenteraan
b)
B. Memerangi penyalahgunaan dadah
c)
C. Memulihara alam sekitar
d)
D. Menentang keganasan 
35.
Pergerakan Negara –Negara Berkecuali ( NAM )  
• Ditubuhkan pada bulan September 1961
• Dianggotai oleh negara di Asia , Afrika dan Amerika Selatan

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pergerakan di atas?  
 I Mengekalkan keamanan dunia
 II Menggalakkan kerjasama teknologi
 III Mengukuhkan kerjasama pertahanan IV Menggalakkan hubungan negara anggota          
T5 ms 249 (SPM 2005)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
36.
• Persatuan Negara-Negara Asia  Tenggara (ASA) - 1961  
•  Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) - 1967

 Dua-dua pertubuhan di atas mempunyai matlamat yang sama iaitu
T5 ms 253-256 (SPM 2007)
a)
A. menyelaraskan sistem pentadbiran
b)
B. mengadakan pakatan ketenteraan
c)
C. mewujudkan kebudayaan serantau
d)
D. menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang
37.
MAPHILINDO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Apakah matlamat penubuhannya ?
T5 B9 ms 254 (SPMU 2016)
a)
A. Meningkatkan persefahaman
b)
B. Menghapuskan ancaman komunis
c)
C. Memajukan kegiatan perdagangan
d)
D. Membentuk pakatan tentera serantau
38.
Jadual 3 berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ( ASEAN ) Tahun:  1971
Tempat: Kuala Lumpur

Peristiwa:  Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean

Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut ?
T5 B9 ms 258 (SPMU 2016)
a)
A. Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris ( RELC )
b)
B. Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
c)
C. Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN )
d)
D. Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM)
39.
Mesyuarat Menteri - Menteri Luar ASEAN telah berlangsung di Kuala Lumpur pada November 1971.
Apakah kesan daripada mesyuarat di atas? T5 ms 258 (SPM 2005)
a)
A. Pengisytiharan ZOPFAN
b)
B. Penentangan keganasan di Israel
c)
C. Penekanan kepada industri berat
d)
D. Perjanjian kerjasama ketenteraan
40.
Maklumat berikut berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) 
Tahun:  1992 
Perisytiharan:     Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN  (AFTA)

Apakah tujuan perisytiharan di atas?
I Memupuk kerjasama ekonomi
II Memansuhkan sekatan dagangan
III Mengawal keselamatan perairan
IV Mewujudkan syarikat perdagangan    
T5 ms 258 (SPMU 2014)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
41.
Telefon→ Internet
Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan perkembangan teknologi tersebut kepada Malaysia?  
 I. Peningkatan kadar celik huruf
 II. Perkembangan globalisasi
 III. Pembentukan masyarakat berpengetahuan
 IV. Penyebaran maklumat dalam masa yang singkat    
T5 ms261 (SPM 2006)  
a)
A. I,II dan III
b)
B. I,II dan IV
c)
C. II,III dan IV
d)
D. I,III dan IV
42.
Peta 1 menunjukkan kawasan Koridor Raya Multimedia
Mengapakah kerajaan mewujudkan koridor tersebut?
T5 ms 261 (SPM 2012)
a)
A Membangunkan wilayah pembangunan baru
b)
B Mewujudkan keseimbangan ekonomi
c)
C Merancakkan perkembangan perindustrian
d)
D Membentuk masyarakat yang bermaklumat
43.
Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua.
Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun?
(T5/B9 ms 233)
a)
Membentuk pertubuhan serantau
b)
Mengisytiharkan ZOPFAN
c)
Menaja kegiatan subversif
d)
Melakukan serangan bom atom
44.
Rajah 6 berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara
MAPHILINDO
⋅Malaysia
⋅Filipina
⋅Indonesia
Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara-negara tersebut?
(T5/B9 ms 254)
a)
Menghapuskan komunis
b)
Menamatkan persengketaan
c)
Menyelaras kawasan sempadan
d)
Membentuk kerjasama ketenteraan