Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KEBARANGKALIAN 1

Total questions: 15

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.
Diberi bahawa set P ialah {1, 2, 3, 4 , 5, 6, 7, 8, 9, 12, 24}.  Satu nombor dipilih secara rawak daripada unsur-unsur set P.  
Cari kebarangkalian bahawa nombor yang dipilih ialah satu faktor bagi 12.
a)
4 / 11
b)
5 / 11
c)
6 / 11
d)
7 / 11
2.
Sekumpulan 36 orang murid telah mengambil bahagian dalam suatu ujian.  Seorang murid telah dipilih secara rawak dari kumpulan itu, Kebarangkalian memilih seorang murid yang gagal dalam ujian itu ialah 1/9.  Cari bilangan murid yang lulus dalam ujian tersebut,
a)
4
b)
9
c)
27
d)
32
3.
Sebuah kilang mempunyai 27 orang pekerja tempatan dan beberapa orang pekerja asing.  Seorang pekerja dipilih secara rawak dari kilang tersebut,  Kebarangkalian memilih seorang pekerja tempatan ialah 3/7,  cari bilangan pekerja asing di kilang tersebut,
a)
27
b)
36
c)
42
d)
63
4.
Sebuah kotak mengandungi 100 biji bola hitam dan 22 biji bola putih,  Sebiji bola dipilih secara rawak daripada kotak itu,  Cari kebarangkalian bahawa bola yang dipilih ialah bola putih.
a)
1 / 122
b)
1 / 22
c)
11 / 50
d)
11 / 61
5.
Sebuah kotak mengandungi 8 biji bola biru dan beberapa biji bola hijau.  Sebiji bola dipilih secara rawak daripada kotak itu. Kebarangkalian memilih sebiji bola hijau ialah 1/3.  cari bilangan bola hijau dalam kotak itu.
a)
4
b)
5
c)
11
d)
16
6.
Sebuah kotak mengandungi 24 batang pen merah dan beberapa batang pen hitam, Sebatang pen dipilih secara rawak daripada kotak itu. Kebarangkalian memilih sebatang pen merah ialah 3/8.  Cari jumlah bilangan pen di dalam kotak itu,
a)
40
b)
64
c)
72
d)
80
7.
Rajah dibawah menunjukkan 10 huruf yang ditulis pada 10 keping kad.  
K    A    L    K    U    L    A    T    O   R 
Sekeping kad dipilih secara rawak.  
Cari kebarangkalian bahawa kad berlebel L dipilih.

a)
1/4
b)
1/5
c)
2/5
d)
3/10
8.
Rajah menunjukkan satu set 7 kad nombor.
 2    3    5    9    25    27    29
Satu kad dipilih secara rawak .  cari keberangkalian bahawa satu kad kuasa dua sempurna dipilih.
a)
2/7
b)
3/7
c)
4/7
d)
6/7
9.
Sebuah bekas mengandungi 10 biji bola merah dan 21 biji bola hijau,  Azman memasukkan lagi 8 biji bola merah dan 1 biji bola hijau kedalam bekas itu.  Sebiji bola dipilih secara rawak daripada kotak itu.  Apakah kebarangkalian bahawa sebiji bola merah dipilih?
a)
1/5
b)
4/5
c)
9/20
d)
18/31
10.
Dalam satu kumpulan yang terdiri daripada 60 orang murid, 35 daripadanya ialah murid lelaki.  Kemudian, 5 orang murid perempuan menyertai kumpulan itu.  Jika seorang murid dipilih secara rawak daripada kumpulan itu, nyatakan kebarangkalian bahawa seorang murid perempuan dipilih.
a)
1/2
b)
1/12
c)
6/13
d)
8/13
11.
Sebuah kotak mengandungi 8 biji guli hitam, 6 biji guli kuning dan beberapa guli biru.  Sebiji guli dipilih secara rawak dari kotak itu.  Kebarangkalian memilih sebiji guli kuning ialah 1/3.  Cari kebarangkalian memilih sebiji bola biru.
a)
1/9
b)
2/9
c)
2/3
d)
4/9
12.
Sebuah kotak mengandungi 90 batang pen yang terdiri daripada pen hitam dan pen merah.  Sebatang pen dipilih secara rawak daripada kotak itu.  Kebarangkalian memilih sebatang pen hitam ialah 2/3.  Berapakah bilangan pen hitam yang perlu dikeluarkan daripada kotak itu supaya kebarangkalian sebatang pen hitam dipilih menjadi 1/2 ?
a)
15
b)
30
c)
45
d)
60
13.
Dalam satu latihan menembak, Encik Syafiq membuat banyak percubaan untuk mengenai sasaran.  Kebarangkalian tembakannya mengenai sasaran dalam satu percubaan ialah 2/5.  Dalam 120 percubaan, berapa kalikah tembakan Encik Syafiq dijangka mengenai sasaran ?
a)
24
b)
48
c)
72
d)
96
14.
Lee ada sejumlah 50 biji guli yang berwarna putih, hitam dan merah.  12 daripada guli itu ialah guli putih.  Jika sebiji guli dipilih secara rawak, kebarangkalian memilih sebiji guli hitam ialah 3/10.  Cari bilangan guli yang berwarna merah.
a)
12
b)
15
c)
23
d)
27
15.
Dalam satu kumpulan 100 orang sukarelawan, 35 daripadanya ialah perempuan.  Kemudian seramai 15 orang sukarelawam lelaki meninggalkan kumpulan itu.  Jika seorang sukarelawan dipilh secara rawak daripada kumpulan itu, nyatakan kebarangkalian bahawa sukarelawan yang dipilih itu adalah lelaki.
a)
1/2
b)
10/17
c)
13/20
d)
13/17