wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS D5 - Tenaga by Azrin

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.
Berikan maksud 'tenaga'
a)
Keupayaan membuat kerja
b)
Kudrat untuk hidup
c)
Keupayaan tanpa batasan
d)
Kelebihan membesar dan kuat
2.
Hanya benda hidup sahaja yang memerlukan tenaga.
a)
Benar
b)
Salah
3.
Proses hidup yang memerlukan tenaga ialah:
1) bernafas
2) bergerak
3) membesar
4) membiak
a)
1, 2 dan 3
b)
1, 3 dan 4
c)
2, 3 dan 4
d)
Semua jawapan
4.
Sumber tenaga paling utama ialah:
a)
Angin
b)
Air
c)
Matahari
d)
Makanan
5.
Tenaga yang digunakan untuk mendidihkan air ialah:
a)
tenaga cahaya
b)
tenaga haba
c)
tenaga kinetik
d)
tenaga bunyi
6.
Berikut adalah sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui, kecuali...
a)
Nuklear
b)
Bateri
c)
Bahan api fossil
d)
Biojisim
7.
Makanan yang kita makan seharian merupakan sejenis tenaga kimia.
a)
Benar
b)
Salah
8.
Tenaga boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
a)
Benar
b)
Salah
9.
Kipas yang sedang berpusing menunjukkan satu jenis bentuk tenaga iaitu...
a)
tenaga keupayaan
b)
tenaga kinetik
c)
tenaga bunyi
d)
tenaga elektrik
10.
"Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan" merupakan definisi bagi...
a)
Sumber tenaga tidak boleh diperbaharui
b)
Sumber tenaga boleh diperbaharui
11.
Rajah objek menunjukkan satu sumber tenaga yang ...
a)
Tidak boleh diperbaharui
b)
Boleh diperbaharui
12.
Rajah menunjukkan suatu bentuk tenaga iaitu...
a)
tenaga kimia
b)
tenaga bunyi
c)
tenaga keupayaan
d)
tenaga solar
13.

Tenaga bunyi daripada gitar terhasil apabila...

a)

tali gitar bergeser

b)

tali gitar terputus

c)

tali gitar bergetar

d)

tali gitar berdentum

14.
Perubahan tenaga yang berlaku dalam menyalakan radio ialah...
a)
T.elektrik --> T.cahaya + T.kinetik
b)
T.kimia --> T.elektrik + T.bunyi
c)
T.elektrik --> T.cahaya + T.bunyi
d)
T.kimia --> T.kinetik + T.bunyi
15.
Kenderaan "berteknologi hybrid" diperkenalkan bagi mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga berikut:
a)
Biojisim
b)
Bahan api
c)
Nuklear
d)
Air
16.
Uranium, Plutonium, Krypton dan Thorium adalah contoh bahan radioaktif terkenal yang hasilkan tenaga nuklear.
Antara sumber tenaga berikut, yang manakah tidak sepadan dengan nuklear?
a)
Bateri
b)
Biojisim
c)
Gas asli
d)
Petroleum
17.

Aizam bermain lastik burung. Apakah perubahan tenaga yang berlaku semasa Aizam melakukan aktivitinya?

a)

Tenaga kinetik -> tenaga keupayaan

b)

Tenaga kimia -> tenaga kinetik

c)

Tenaga keupayaan -> tenaga kinetik

d)

Tenaga keupayaan -> tenaga bunyi

18.
Petroleum dan gas asli terhasil daripada:
a)
Mendakan hidupan dasar laut
b)
Mendakan hidupan atas darat
19.
Arang batu terbentuk hasil daripada:
a)
Mendakan hidupan dasar laut
b)
Mendakan hidupan atas darat
20.
Mengapakah bahan api fossil masih digunakan untuk menjana tenaga elektrik walaupun ia mendatangkan pencemaran udara?
a)
Bahan api fossil mudah didapati tetapi mahal
b)
Bekalan tidak mencukupi dan mahal
c)
Bekalan masih banyak dan murah
d)
Bekalan tidak banyak tetapi murah
21.
Mengapakah sumber tenaga diperbaharui jarang digunakan sekarang walaupun ia banyak mendatangkan kebaikan?
1) Memerlukan kos belanja yang tinggi
2) Bekalan sumber tidak dapat disimpan
3) Bekalan sumber tidak stabil & bergantung kepada keadaan
4) Kemahiran & tenaga manusia tidak mencukupi
a)
1, 2 dan 3
b)
1, 2 dan 4
c)
1, 3 dan 4
d)
2, 3 dan 4
22.
Tenaga keupayaan --> tenaga kinetik
Situasi yang sesuai menunjukkan perubahan tenaga di atas ialah:
a)
Kipas berpusing
b)
Kereta bergerak
c)
Persembahan orkestra
d)
Meluncur papan gelongsor
23.
Kita perlu menggunakan tenaga dengan bijak dan berhemah atas sebab berikut, kecuali:
a)
menjimatkan kos
b)
mengelakkan pembaziran
c)
memastikan objek berfungsi lama
d)
mengurangkan pencemaran
24.
Antara objek berikut, yang manakah menyimpan tenaga kimia?
a)
Televisyen
b)
Dinamo
c)
Akumulator
d)
Panel suria
25.
Antara sumber tenaga berikut, yang manakah boleh diganti apabila kehabisan?
a)
Gas asli
b)
Angin
c)
Petroleum
d)
Arang batu
26.
Manakah amalan berikut yang tidak menunjukkan penggunaan tenaga dengan bijak / berhemah?
a)
Membiarkan televisyen terpasang semasa tidur
b)
Berkongsi kenderaan
c)
Menggunakan pengangkutan awam
d)
Menutup suis selepas menggunakan alat elektrik
27.
Definisi (maksud) bagi sumber tenaga tidak boleh diperbaharui ialah...
a)
Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan
b)
Tenaga yang tidak boleh dijana daripada sumber yang terhad / tidak diperoleh secara berterusan
28.
Tinja dan tulang haiwan, kayu api, ranting reput, daun kering dan sisa organik yang lain adalah sumber tenaga jenis ...
a)
Bahan api fossil
b)
Arang batu
c)
Biojisim
d)
Makanan
29.
Stesen janakuasa hidroelektrik di beberapa buah empangan yang dimiliki syarikat TNB membekalkan tenaga elektrik ke bangunan dan perumahan dengan menggunakan sumber tenaga daripada ...
a)
Matahari
b)
Air
c)
Angin
d)
Nuklear
30.
"Teknologi hijau", "teknologi hibrid" dan "teknologi inverter" adalah antara hasil usaha diperkenalkan ahli-ahli saintis untuk...
a)
Membazirkan tenaga
b)
Menjimatkan tenaga
c)
Menghabiskan tenaga
d)
Mengubah bentuk tenaga
31.
- tenaga haba
- tenaga elektrik
Apakah alat yang menggunakan tenaga di atas?
a)
pengisar makanan
b)
cerek elektrik
c)
televisyen
d)
kipas
32.
Manakah peralatan berikut yang menghasilkan tenaga haba dan tenaga itu digunakan dalam aktiviti kehidupan seharian?
a)
lampu
b)
radio
c)
kipas
d)
seterika
33.

Apakah perubahan tenaga yang berlaku dalam Rajah ini?

a)

tenaga kimia --> tenaga keupayaan --> tenaga kinetik

b)

tenaga kimia --> tenaga kinetik --> tenaga keupayaan

c)

tenaga keupayaan --> tenaga kimia --> tenaga kinetik

d)

tenaga kinetik --> tenaga kimia --> tenaga haba

34.
Apakah perubahan tenaga yang berlaku apabila aktiviti 'skydiving' ini dilakukan?
a)
tenaga kinetik --> tenaga keupayaan
b)
tenaga keupayaan --> tenaga kinetik
c)
tenaga kimia --> tenaga kinetik
d)
tenaga kimia --> tenaga keupayaan
35.

Manakah antara aktiviti berikut yang menunjukkan perubahan tenaga yang sama seperti aktiviti 'skydiving' dalam rajah?

a)

memasang unggun api

b)

lumba lari pecut atas trek

c)

meluncur salji dari puncak bukit

d)

menyanyi atas pentas

36.

Persediaan kemahiran A.I ('artificial intelligence) dan IR4.0 (revolusi industri 4.0) digiatkan untuk tujuan berikut KECUALI.....

a)

meningkatkan kualiti hidup manusia

b)

mengatasi cabaran dan masalah global

c)

mengabaikan penjimatan sumber tenaga

d)

meningkatkan penggunaan tenaga lebih cekap dan berhemah

37.

Rajah menunjukkan situasi upacara pembakaran mercun buluh di Jepun. Apakah perubahan bentuk tenaga yang berlaku dalam situasi itu?

a)

tenaga kimia --> tenaga haba --> tenaga bunyi + tenaga cahaya

b)

tenaga haba --> tenaga kimia --> tenaga keupayaan --> tenaga kinetik --> tenaga bunyi + tenaga cahaya

c)

tenaga kimia --> tenaga haba --> tenaga kinetik --> tenaga keupayaan --> tenaga bunyi + tenaga cahaya

d)

tenaga kinetik --> tenaga haba --> tenaga bunyi + tenaga cahaya

38.

Rajah menunjukkan 8 keping panel suria yang dipasang di atas bumbung rumah. Tujuan utama pemasangan panel suria ini adalah untuk membekalkan tenaga elektrik pada :

a)

mesin pendingin hawa

b)

alat pemanas air

c)

gajet elektronik

d)

lampu dan kipas rumah

39.

Apakah perubahan bentuk tenaga yang berlaku dalam Rajah di atas?

a)

tenaga kimia --> tenaga kinetik --> tenaga bunyi

b)

tenaga kimia + tenaga kinetik --> tenaga bunyi

c)

tenaga kimia --> tenaga kinetik + tenaga bunyi

d)

tenaga kimia + tenaga kinetik + tenaga bunyi

40.

Rajah menunjukkan simbol amaran radioaktif yang selalu terdapat pada objek yang menggunakan tenaga nuklear. Pernyataan berikut menjelaskan keburukan bahan nuklear kecuali ...

a)

merupakan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui

b)

boleh menyebabkan penyakit kanser

c)

menghasilkan tenaga yang mesra alam

d)

boleh menyebabkan bencana alam