wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Sendi Nama

Total questions: 30

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok. 
a)
dengan
b)
akan
c)
pada
d)
untuk
2.
Abang Zaki mengambil gambar kami __________ menggunakan kamera Nikon.  
a)
dari
b)
pada
c)
kepada
d)
daripada
3.
Angin Monsun Timur Laut dijangka akan bertiup kencang __________ bahagian utara. 
a)
ke
b)
di
c)
pada
d)
hingga
4.
Kelawar keluar mencari makanan __________ waktu malam
a)
di
b)
pada
c)
hingga
d)
daripada
5.
Tudung saji itu digantung __________ dinding bersebelahan dengan bilik emak
a)
di
b)
pada
c)
dalam
d)
dengan
6.
Nadia memasukkan sampah __________ dalam tong sampah. 
a)
di
b)
ke
c)
pada
d)
dengan
7.
Aimee berjalan kaki ke sekolah __________ adiknya, Aina pada setiap pagi. 
a)
bagi
b)
demi
c)
antara
d)
dengan
8.
Kak Kiah membuat sebiji kek coklat __________ hari jadi anaknya
a)
bagi
b)
dem
c)
untuk
d)
kepada
9.
Para remaja dinasihati supaya tidak terpengaruh ____________ budaya barat yang tidak bermoral. 
a)
dengan
b)
terhadap
c)
kepada
d)
pada
10.
Encik Amir menjolok buah rambutan yang tinggi itu __________ galah. 
a)
untuk
b)
pada
c)
dengan
d)
kepada
11.
Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ___________ Sabah dan Sarawak. 
a)
daripada
b)
hingga
c)
sampai
d)
dari
12.
Sepasang baju kurung  biru itu dibelinya _____________ ibu di kampung.
a)
akan
b)
untuk
c)
kepada
d)
daripada
13.
Mereka sedang berbincang ____________ kenaikan harga barang-barang keperluan harian. 
a)
tentang
b)
akan
c)
untuk
d)
sejak
14.
Mak Cik Mimah termenung sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ________  anaknya yang menuntut di Mesir. 
a)
oleh
b)
akan
c)
dengan 
d)
kepada
15.
Borang cadangan itu hendaklah dimasukkan ___________ dalam peti yang  berwarna hitam. 
a)
di
b)
ke
c)
pada
d)
dengan
16.
Projek perumahan Mega sudah terbengkalai ____________ tiga tahun yang lalu. 
a)
dari
b)
sejak
c)
hingga
d)
sampai
17.
Menara Berkembar Petronas terdiri ______________ dua buah bangunan yang sama bentuknya. 
a)
dari
b)
pada
c)
dengan
d)
daripada
18.
Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung ____________ daya usaha kita sendiri. 
a)
oleh
b)
pada
c)
kepada
d)
daripada
19.
Perompak bank itu menyerah diri __________ pihak polis petang semalam. 
a)
kepada
b)
dengan
c)
pada
d)
ke
20.
”Hadiah itu __________ kamu, Zetty, ” kata Salina. 
a)
pada
b)
untuk
c)
dengan
d)
kepada
21.
Murid-murid Tahun 6 Ceria sedang berkumpul  __________ padang sekolah. 
a)
di
b)
ke
c)
dari
d)
pada
22.
Tabung uji itu jatuh __________ lantai lalu pecah. 
a)
di
b)
ke
c)
pada
d)
kepada
23.
”Kami akan pergi ke rumahnya __________ pukul 4.00 petang,” kata Shah kepada Razman. 
a)
kepada
b)
hingga
c)
pada 
d)
di
24.
Adik Airil sayang __________ Si Comel, kucing Siam yang dihadiahkan oleh Kak Noni. 
a)
dengan
b)
akan
c)
pada
d)
untuk
25.
Paras air sungai Kelantan sentiasa dicatat ____________ semasa ke semasa .
a)
dari
b)
pada
c)
kepada
d)
daripada
26.
Kita harus bersikap belas kasihan ___________  binatang. 
a)
akan
b)
bagi
c)
untuk
d)
terhadap
27.
Haziq tidak pernah menghubungi kami ___________ berpindah ke bandar Ipoh. 
a)
demi
b)
bila
c)
pada
d)
semenjak
28.
Dia menyusun batu-bata itu satu ____________ satu di bawah rumahnya. 
a)
demi
b)
untuk
c)
pada
d)
kepada
29.
Skim pinjaman buku teks disediakan ____________ pelajar yang kurang mampu. 
a)
demi
b)
bagi
c)
akan
d)
pada
30.
Encik Rasdi gemar ___________ muzik irama tradisional sebagai halwa telinga
a)
akan
b)
untuk
c)
pada
d)
hingga