WorksheetsAE015-OBJEKTIF BAB 5
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Name
Class
Date
1.
Yang manakah tidak benar tentang konsep jangka masa dalam proses pengeluaran?
a)
Dalam jangka masa panjang, firma beroperasi dengan menggunakan input berubah
b)
Jangka masa panjang ialah tempoh firma membuat perancangan untuk membesarkan saiz loji
c)
Dalam jangka masa pendek, proses pengeluaran dilakukan dengan menggabungkan input tetap dan input berubah
d)
Jangka masa pendek melibatkan tempoh setahun, manakala jangka masa panjang melibatkan tempoh lebih daripada setahun
2.
Jangka pendek merujuk kepada suatu tempoh apabila
a)
input berubah boleh diubah
b)
input tetap tidak boleh diubah
c)
input berubah tidak boleh diubah
d)
tempoh masa kurang daripada enam bulan
3.
Yang manakah tidak benar tentang fungsi pengeluaran?
a)
Kemajuan teknologi akan menambahkan pengeluaran
b)
Jumlah pengeluaran bergantung kepada kuantiti faktor pengeluaran
c)
Dalam jangka masa pendek, bahan mentah merupakan faktor berubah
d)
Dalam jangka masa panjang, fungsi pengeluaran dipengaruhi oleh pulangan mengikut skel
4.
Jangka pendek dalam fungsi pengeluaran bermakna
a)
pengeluaran dilakukan oleh firma bersaiz kecil
b)
pengeluaran dijalankan dengan menggunakan faktor tetap
c)
kedua-dua faktor tetap dan faktor berubah boleh ditambah
d)
pengeluaran dijalankan dengan menggabungkan faktor tetap dan faktor berubah
5.
Dalam jangka pendek, keluaran dapat ditambah dengan
a)
menggunakan teknologi yang lebih canggih
b)
meningkatkan penggunaan loji yang sedia ada
c)
menggalakkan firma-firma baharu masuk ke dalam industri
d)
meningkatkan keupayaan firma melalui penambahan jentera
6.
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara input buruh dengan jumlah output bagi sebuah firma dalam jangka pendek. Pulangan berkurangan bermula pada unit buruh yang
a)
ke-3
b)
ke-4
c)
ke-5
d)
ke-6
7.
Rajah di bawah menunjukkan keluk jumlah keluaran, keluk keluaran purata dan keluk keluaran sut bagi sebuah firma. Hukum pulangan berkurangan bermula selepas
a)
titik A
b)
titik B
c)
titik C
d)
titik D
8.
Dalam sebuah firma, buruh pertama mengeluarkan 60 unit barang. Apabila dua orang buruh digunakan, keluaran purata ialah 75 unit. Berapakah keluaran sut buruh yang ke-2?
a)
15 unit
b)
20 unit
c)
75 unit
d)
90 unit
9.
Apabila input berubah ditambah kepada input tetap, keluaran sut meningkat. Ini bermakna
a)
keluaran sut sama dengan keluaran purata
b)
jumlah keluaran mencapai tahap maksimum
c)
jumlah keluaran meningkat pada kadar yang semakin bertambah
d)
keluaran purata meningkat sehingga mencapai tahap maksimum
10.
Yang manakah tidak menggambarkan hukum pulangan berkurangan?
a)
Tingkat teknologi yang tetap
b)
Wujud dalam jangka panjang
c)
Terdapat input berubah dan input tetap
d)
Firma tidak boleh mengubah suai saiz loji
11.
Hukum pulangan berkurangan bermaksud
a)
keluaran purata semakin menurun apabila input berubah bertambah
b)
hasil jualan firma semakin menurun apabila keluaran bertambah
c)
jumlah keluaran akan bertambah apabila input berubah bertambah
d)
tambahan keluaran bagi tambahan satu input berubah adalah lebih rendah daripada tambahan keluaran bagi input berubah sebelumnya
12.
Rajah di bawah menunjukkan keluk keluaran purata (AP) dan keluk keluaran sut (MP). Jumlah keluaran mencapai tahap maksimum apabila penggunaan faktor berubah berada pada tingkat keluaran
a)
0Q1
b)
0Q2
c)
0Q3
d)
0Q4
13.
Yang manakah menunjukkan hubungan antara hukum pulangan berkurangan dengan fungsi pengeluaran?
a)
Tingkat teknologi tidak tetap
b)
Terdapat input tetap dan input berubah
c)
Semua input merupakan input tetap
d)
Semua input merupakan input berubah
14.
Jika keluaran sut melebihi keluaran purata, ini bermakna bahawa
a)
keluaran purata sedang menurun
b)
keluaran purata sedang meningkat
c)
keluaran purata menurun dan kemudian meningkat
d)
keluaran purata meningkat dan kemudian menurun
15.
Yang manakah benar tentang kos implisit?
a)
Kos yang dibayar oleh firma untuk membeli bahan mentah
b)
Kos yang dibayar bagi faktor pengeluaran yang dimiliki oleh firma
c)
Kos yang tidak dihitung dalam menentukan jumlah kos pengeluaran firma
d)
Kos bagi faktor pengeluaran yang tidak melibatkan kos lepas apabila digunakan dalam proses pengeluaran
16.
Yang manakah merupakan kos implisit?
a)
Sewa bangunan
b)
Upah kepada buruh asing
c)
Pembelian bahan mentah daripada firma lain
d)
Firma melabur dengan menggunakan wang simpanan dalam bank
17.
Rajah di bawah menunjukkan keluk-keluk kos. Kos tetap per unit pada tingkat output 0Q ialah
a)
QL
b)
QK
c)
JK
d)
KL
18.
Jumlah kos jangka pendek bagi sebuah firma adalah seperti berikut:
TC = 500 + 10Q
dengan,
Q = Tingkat output (unit)
TC = Jumlah kos (RM)
Berapakah kos berubah purata bagi firma tersebut jika firma mengeluarkan 70 unit output?
TC = 500 + 10Q
dengan,
Q = Tingkat output (unit)
TC = Jumlah kos (RM)
Berapakah kos berubah purata bagi firma tersebut jika firma mengeluarkan 70 unit output?
a)
RM10
b)
RM20
c)
RM25
d)
RM30
19.
Kos berubah bagi sebuah firma ialah kos yang
a)
dibayar kepada input tetap
b)
wujud dalam jangka pendek sahaja
c)
bertambah apabila output bertambah
d)
ditanggung oleh firma walaupun output adalah sifar
20.
Kos tetap ialah RM1500 dan kos purata ialah RM250 pada tingkat keluaran 30 unit. Berapakah kos berubah purata?
a)
RM50
b)
RM150
c)
RM200
d)
RM350
21.
Rajah di bawah menunjukkan keluk kos tetap dan keluk kos berubah bagi sebuah firma. Berapakah kos purata pada tingkat keluaran 100 unit?
a)
RM13
b)
RM29
c)
RM42
d)
RM55
22.
Jarak antara keluk kos purata dengan keluk kos berubah purata semakin kecil kerana
a)
kos sut semakin meningkat
b)
operasi firma semakin cekap
c)
jumlah kos semakin menurun
d)
kos tetap purata semakin menurun
23.
Yang manakah tidak benar tentang konsep kos pengeluaran jangka pendek?
a)
Jumlah kos terdiri daripada kos tetap dan kos berubah
b)
Kos purata merupakan tambahan kos bagi setiap unit keluaran
c)
Kos tetap purata sentiasa menurun apabila keluaran bertambah
d)
Kos sut adalah sama dengan perubahan kos berubah pada setiap tingkat keluaran
24.
Yang manakah bukan kos tetap?
a)
Susut nilai barang modal
b)
Kos belian bahan mentah
c)
Faedah atas pinjaman bank
d)
Gaji kakitangan pentadbiran
25.
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat keluaran dengan jumlah kos dan kos berubah purata. Jika kos tetap ialah RM3200, berapakah kos berubah purata pada tingkat keluaran 8 unit?
a)
RM3225
b)
RM3625
c)
RM4800
d)
RM7360
26.
Rajah di bawah menunjukkan keluk jumlah kos tetap (TFC) dan keluk jumlah kos berubah (TVC). Jumlah kos untuk mengeluarkan 12 unit output ialah
a)
RM1400
b)
RM3500
c)
RM7000
d)
RM10 500
27.
Rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut, keluk kos purata dan keluk kos berubah purata bagi sebuah firma. Jumlah kos tetap ialah
a)
RM15
b)
RM600
c)
RM2200
d)
RM2800
28.
Yang manakah benar tentang pelbagai konsep kos?
a)
Kos sut melebihi kos berubah purata sebesar kos purata
b)
Kos tetap purata melebihi kos berubah purata sebesar kos purata
c)
Kos purata melebihi kos tetap purata sebesar kos berubah purata
d)
Kos berubah purata sentiasa melebihi kos purata dalam jangka pendek
29.
Jika kos berubah purata melebihi kos sut semasa keluaran sedang meningkat, ini bermakna
a)
kos purata adalah minimum
b)
kos purata semakin meningkat
c)
kos berubah purata semakin meningkat
d)
kos sut menurun dan kemudian meningkat
30.
Persilangan antara keluk kos sut dengan keluk kos purata berlaku pada
a)
kos sut minimum
b)
kos purata menurun
c)
kos purata minimum
d)
kos purata meningkat
31.
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti output dengan jumlah kos berubah bagi sebuah firma. Jika jumlah kos pada tingkat output sifar ialah RM120, kos sut akan sama dengan kos purata pada tingkat output
a)
melebihi 30 unit
b)
antara 10 unit dengan 15 unit
c)
antara 15 unit dengan 20 unit
d)
antara 20 unit dengan 25 unit
32.
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara output dengan kos berubah purata bagi sebuah firma. Kos sut pada tingkat keluaran 3 unit ialah
a)
RM29
b)
RM50
c)
RM65
d)
RM75
33.
Rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut, keluk kos purata dan keluk kos berubah purata bagi sebuah firma. Berapakah kos tetap firma tersebut?
a)
RM50
b)
RM90
c)
RM126
d)
RM175
34.
Faktor pengeluaran yang digunakan dan jumlah kos yang ditanggung oleh seorang pengeluar ditunjukkan dalam jadual di bawah. Hitung kos eksplisit dan kos implisit
a)
RM6000 kos eksplisit dan RM23 000 kos implisit
b)
RM9000 kos eksplisit dan RM20 000 kos implisit
c)
RM20 000 kos eksplisit dan RM9000 kos implisit
d)
RM23 000 kos eksplisit dan RM6000 kos implisit
35.
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat keluaran dengan jumlah kos bagi sebuah firma. Kos tetap purata dan kos berubah purata pada tingkat keluaran 4 unit ialah
a)
RM500 kos tetap purata dan RM125 kos berubah purata
b)
RM125 kos tetap purata dan RM125 kos berubah purata
c)
RM125 kos tetap purata dan RM135 kos berubah purata
d)
RM125 kos tetap purata dan RM75 kos berubah purata
36.
Sebuah firma dapat mencapai tingkat output optimum apabila
a)
kos purata jangka pendek adalah minimum
b)
kos purata jangka panjang adalah minimum
c)
kos berubah purata adalah minimum
d)
kos sut adalah minimum
37.
Kos purata jangka panjang semakin menurun apabila firma menambahkan output kerana
a)
faktor tetap telah digabungkan dengan cekap
b)
firma mendapat faedah daripada ekonomi bidangan dalaman
c)
persaingan antara firma menyebabkan firma bertambah cekap
d)
firma dapat menghalang kemasukan firma baharu ke dalam industri
38.
Yang manakah bukan faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan dalaman?
a)
Penggabungan antara firma pemasangan kereta
b)
Pentadbiran yang berkesan
c)
Penyelidikan teknik pengeluaran dalam firma
d)
Memperoleh pinjaman dengan kadar faedah yang rendah
39.
Jadual di bawah menunjukkan tiga saiz loji yang dimiliki oleh sebuah firma dan kos purata jangka pendek. Kos purata jangka panjang pada tingkat keluaran 5 unit ialah
a)
RM11.50
b)
RM13.50
c)
RM14.00
d)
RM15.00
40.
Rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang bagi sebuah firma. Apakah yang menyebabkan keluk kos purata jangka panjang beralih dari LAC0 ke LAC1?
a)
Keberkesanan strategi pemasaran
b)
Kecekapan pengurusan dan pentadbiran
c)
Keupayaan firma untuk mempelbagaikan keluaran
d)
Wujud kemudahan bekalan input di kawasan perindustrian
100 %
