WorksheetsAE015-OBJEKTIF BAB 4
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Name
Class
Date
1.
Utiliti ialah kepuasan yang diperoleh pengguna daripada
a)
penggunaan sesuatu barang
b)
purata penggunaan barang
c)
pertambahan penggunaan barang
d)
pengurangan penggunaan barang
2.
Yang manakah benar tentang hukum utiliti sut berkurangan?
a)
Jumlah utiliti rendah apabila lebih banyak barang digunakan
b)
Jumlah utiliti semakin berkurang apabila lebih banyak barang digunakan
c)
Tambahan utiliti semakin berkurang apabila lebih banyak barang digunakan
d)
Utiliti maksimum tercapai apabila pengguna berhenti menggunakan sesuatu barang
3.
Jika jumlah utiliti bertambah dengan kadar yang semakin berkurang kesan pertambahan penggunaan sesuatu barang, maka utiliti sut adalah
a)
positif dan bertambah
b)
positif tetapi berkurang
c)
negatif dan berkurang
d)
negatif tetapi bertambah
4.
Jadual di bawah menunjukkan jumlah utiliti bagi barang W, X, Y dan Z. Utiliti sut berkurangan berlaku bagi barang
a)
W
b)
X
c)
Y
d)
Z
5.
Apabila jumlah utiliti mencapai tahap maksimum, maka
a)
utiliti sut sifar
b)
utiliti sut juga maksimum
c)
utiliti sut menurun dan negatif
d)
utiliti sut menurun dan positif
6.
Seorang pengguna yang menggunakan satu barang akan mencapai keseimbangan apabila
a)
harga yang dibayar melebihi utiliti sut
b)
harga yang dibayar sama dengan utiliti sut
c)
harga yang dibayar kurang daripada utiliti sut
d)
harga yang dibayar sama dengan jumlah utiliti
7.
Jadual di bawah menunjukkan jumlah utiliti dan kuantiti penggunaan barang X oleh seorang pengguna. Jika harga barang X ialah RM2 per unit, berapakah kuantiti barang X yang akan dibeli oleh pengguna?
a)
3 unit
b)
4 unit
c)
5 unit
d)
6 unit
8.
Jadual di bawah menunjukkan utiliti sut yang diperoleh seorang pengguna daripada penggunaan barang X. Jika barang X diberi secara percuma, berapakah jumlah utiliti yang diperoleh pengguna tersebut pada tingkat keseimbangan?
a)
20 util
b)
28 util
c)
32 util
d)
36 util
9.
Keseimbangan pengguna bagi dua barang dicapai apabila
a)
jumlah utiliti sama untuk semua barang
b)
utiliti sut per ringgit bagi setiap barang adalah sama
c)
jumlah utiliti per ringgit bagi setiap barang adalah sama
d)
utiliti sut per ringgit sama dengan jumlah pendapatan yang dibelanjakan oleh pengguna
10.
Apabila harga barang X jatuh, pengguna akan
a)
menambahkan penggunaan barang X dan utiliti sut menurun
b)
mengurangkan penggunaan barang X dan utiliti sut menurun
c)
menambahkan penggunaan barang X dan utiliti sut meningkat
d)
mengurangkan penggunaan barang X dan utiliti sut meningkat
11.
Jadual menunjukkan hubungan antara kuantiti dengan jumlah utiliti bagi penggunaan barang M dan barang N. Jika pendapatan tidak terhad, berapakah jumlah utiliti maksimum yang akan diperoleh pengguna tersebut?
a)
81 util
b)
93 util
c)
96 util
d)
98 util
12.
Jadual menunjukkan utiliti sut yang diperoleh seorang pengguna daripada tepung, sawi dan marjerin apabila semua pendapatannya dibelanjakan. Pengguna tersebut dapat memaksimumkan kepuasan dengan
a)
menambahkan penggunaan sawi dan mengurangkan penggunaan tepung
b)
menambahkan penggunaan sawi dan mengurangkan penggunaan marjerin
c)
mengurangkan penggunaan sawi dan menambahkan penggunaan marjerin
d)
mengurangkan penggunaan tepung dan marjerin serta menambahkan penggunaan sawi
13.
Jadual di bawah menunjukkan utiliti sut dan harga yang dibayar oleh seorang pengguna bagi penggunaan barang W, X dan Y. Bagi memaksimumkan kepuasan, pengguna tersebut hendaklah
a)
tidak mengubah pembeliannya
b)
menambahkan pembelian barang W dan barang Y
c)
menambahkan pembelian barang W dan mengurangkan pembelian barang Y
d)
mengurangkan pembelian barang W dan menambahkan pembelian barang Y
14.
Seorang pengguna rasional yang mempunyai sejumlah pendapatan tertentu dapat memaksimumkan kepuasannya apabila
a)
jumlah ringgit yang dibelanjakan atas setiap barang adalah sama
b)
utiliti sut daripada unit terakhir setiap barang yang dibeli adalah sama
c)
jumlah utiliti sut per ringgit yang diperoleh daripada setiap barang adalah sama
d)
utiliti sut per ringgit daripada unit terakhir setiap barang yang dibeli adalah sama
15.
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti dengan utiliti sut bagi barang X dan barang Y. Seorang pengguna yang rasional membeli 3 unit barang X pada harga RM3 per unit. Pengguna tersebut juga membeli 2 unit barang Y. Berapakah harga per unit barang Y?
a)
RM4
b)
RM6
c)
RM9
d)
RM12
16.
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti dengan jumlah utiliti bagi barang A dan barang B. Jika harga barang A ialah RM2 per unit, harga barang B ialah RM4 per unit dan peruntukan perbelanjaan pengguna ialah RM24, kepuasan pengguna dapat dimaksimumkan apabila pengguna membeli
a)
3 unit barang A dan 2 unit barang B
b)
6 unit barang A dan 3 unit barang B
c)
4 unit barang A dan 4 unit barang B
d)
2 unit barang A dan 5 unit barang B
17.
Seorang pengguna akan memperoleh utiliti maksimum daripada sejumlah pendapatan yang ada apabila keadaan keseimbangan berikut tercapai bagi barang A, B dan C :
MUA/PA = MUB/PB = MUC/PC dengan
MU = Utiliti sut
P = Harga
A, B, C = Barang A, B dan C
Jika harga barang C naik dan faktor lain diandaikan tetap, pengguna tersebut dapat mengekalkan keseimbangannya dengan
MUA/PA = MUB/PB = MUC/PC dengan
MU = Utiliti sut
P = Harga
A, B, C = Barang A, B dan C
Jika harga barang C naik dan faktor lain diandaikan tetap, pengguna tersebut dapat mengekalkan keseimbangannya dengan
a)
mengurangkan pembelian barang A
b)
mengurangkan pembelian semua barang
c)
menambahkan pembelian barang A dan barang B
d)
menambahkan pembelian barang A dan mengurangkan pembelian barang B
18.
Jika utiliti sut per ringgit barang W lebih kecil daripada utiliti sut per ringgit barang X, pada tingkat pendapatan RM50, pengguna tersebut boleh memaksimumkan kepuasannya dengan
a)
mengekalkan penggunaan barang W dan mengurangkan penggunaan barang X.
b)
mengurangkan penggunaan barang W dan mengekalkan penggunaan barang X.
c)
mengurangkan penggunaan barang W dan menambahkan penggunaan barang X.
d)
menambahkan penggunaan barang W dan mengurangkan penggunaan barang X.
19.
Seorang pengguna menghadapi keadaan berikut:
MUA/PA < MUB/PB < MUC/PC
dengan,
MU = Utiliti sut
P = Harga
A, B, C = Barang A, B dan C
Apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna tersebut untuk memaksimumkan utilitinya?
MUA/PA < MUB/PB < MUC/PC
dengan,
MU = Utiliti sut
P = Harga
A, B, C = Barang A, B dan C
Apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna tersebut untuk memaksimumkan utilitinya?
a)
Menambahkan penggunaan barang A sahaja
b)
Mengurangkan penggunaan barang A dan barang B, dan menambahkan penggunaan barang C
c)
Mengurangkan penggunaan barang B dan barang C, dan menambahkan penggunaan barang A
d)
Menambahkan penggunaan barang A dan barang B, dan mengurangkan penggunaan barang C
20.
Jadual di bawah menunjukkan utiliti sut yang diperoleh seorang pengguna daripada penggunaan barang Y dan barang Z. Jika harga barang Y ialah RM3 per unit, harga barang Z ialah RM1 per unit dan jumlah perbelanjaan ialah RM20, berapakah jumlah utiliti untuk mencapai keseimbangan pengguna?
a)
112 util
b)
119 util
c)
222 util
d)
229 util
21.
Sekiranya barang M dan barang N diberi secara percuma, kepuasan maksimum akan tercapai apabila
a)
MUM/PM = MUN/PN
b)
MUM = MUN = 0
c)
TUM = TUN = 0
d)
MUM = MUN = Pendapatan
22.
Jika utiliti sut per ringgit barang M lebih besar daripada utiliti sut per ringgit barang N, pengguna boleh memaksimumkan utiliti dengan
a)
mengurangkan pembelian kedua-dua barang
b)
mengurangkan pembelian barang M dan menambahkan pembelian barang N
c)
mengurangkan pembelian barang N dan menambahkan pembelian barang M
d)
mengurangkan pembelian barang N dan mengekalkan pembelian barang M
23.
Yang manakah dapat diperoleh daripada keluk utiliti sut?
a)
Keluk kos sut
b)
Keluk kos purata
c)
Keluk penawaran individu
d)
Keluk permintaan individu
24.
Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan disebabkan oleh
a)
hukum permintaan
b)
keseimbangan pengguna
c)
hukum utiliti sut berkurangan
d)
hukum pulangan berkurangan
25.
Jadual di bawah menunjukkan utiliti sut yang diperoleh seorang pengguna daripada penggunaan barang P dan barang Q. Jika harga barang P ialah RM4 per unit, harga barang Q ialah RM8 per unit dan jumlah pendapatan ialah RM40, berapakah kuantiti barang P dan barang Q yang dapat memaksimumkan utiliti pengguna tersebut?
a)
3 unit barang P dan 1 unit barang Q
b)
4 unit barang P dan 3 unit barang Q
c)
5 unit barang P dan 5 unit barang Q
d)
6 unit barang P dan 1 unit barang Q
100 %
