wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KAMUS ISTILAH 1

Total questions: 50

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.
Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal manusia.
a)
Alam musyahadah
b)
Alam ghaib
c)
Alam Syahadah
d)
Alam barzakh
2.
Agama, kepercayaan atau ajaran yang diciptakan oleh manusia sendiri, hasil daripada pemikiran mereka tanpa bimbingan wahyu.
a)
Agama langit
b)
Agama budaya
c)
Agama samawi
d)
Agama hanif
3.

Keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah adalah sebagai pencipta, pemilik dan pentadbir alam.

a)

Uluhiyyah

b)

Rububiyyah

c)

Rabbaniyyah

d)

Syumuliyyah

4.

Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah S.W.T

a)

Kejadian semulajadi

b)

Fitrah tuhan

c)

Fitrah beragama

d)

Kehendak manuela

5.

Perkara luarbiasa yg berlaku kpd umat islam tanpa diusahakan / pertolongan drpd Allah.

a)

Karamah

b)

Istidraj

c)

Irhas

d)

Maunah

6.

Perkara luarbiasa yg boleh dipelajari dgn bantuan kuasa jahat spt jin

a)

Karamah

b)

Istidraj

c)

Sihir

d)

Irhas

7.

Perkara luarbiasa yg berlaku kpd org yg bakal dilantik sbg rasul.

a)

Karamah

b)

Istidraj

c)

Irhas

d)

Maksum

8.

Perkara luarbiasa yg berlaku kpd org derhaka kpd Allah dgn tujuan utk menyesatkan lagi dirinya.

a)

Karamah

b)

Irhas

c)

Maunah

d)

Istidraj

9.

Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perbuatan, perkataan, pengakuan atau sifat Rasulullah.

a)

al-Quran

b)

al-Ijmak

c)

al-Qias

d)

al-Sunnah

10.

Catatan wahyu yang sedikit bilangan yang diturunkan kepada Nabi Syis 50, Idris 30, Ibrahim 10, Musa 10.

a)

Naskhah

b)

Mushaf

c)

Suhuf

d)

Kitab

11.

Fahaman yang menolak hadis sebagai sumber hukum dalam Islam.

a)

Anti sosial

b)

Anti hadis

c)

Ajaran sesat

d)

Ajaran Syiah

12.

Badan pemerintahan – badan yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir negara

a)

Badan Pentadbiran

b)

Badan Eksekutif

c)

Badan Perundangan

d)

Badan Pengurusan

13.

Badan perundangan – sebuah badan yang berkuasa membuat, mengubal, meminda atau memansuhkan undang-undang

a)

Badan Legislatif

b)

Badan Pentadbiran

c)

Badan Kehakiman

d)

Badan Pengurusan

14.

Perbendaharaan negara Islam

a)

Baitulmal

b)

Baitul hikmah

c)

Baitul jannah

d)

Baitul ibadah

15.

Orang yang cukup kuat ingatan untuk mengingati sesuatu yang didengarinya

a)

Thabat

b)

Rawi

c)

Dhabit

d)

Thiqah

16.

Sistem yang melibatkan interaksi antara sesuatu komuniti (haiwan, tumbuhan) dengan alam persekitaran yang tidak bernyawa.

a)

Ekonomi

b)

Ekosistem

c)

Sistem solar

d)

Sistem kondensasi

17.

Sesuatu yang diterima daripada Rasulullah s.a.w sama ada berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan baginda.

a)

Wahyu

b)

Risalah

c)

Hadis

d)

Berita

18.

Suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarak yang berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.

a)

Ijmak

b)

Ijtihad

c)

Fatwa

d)

Fikah

19.

Bangsa atau negara yang menjalankan politik untuk menjajah negara lain

a)

Imperialis

b)

Materialis

c)

Sosialis

d)

Komunis

20.

Mencurahkan segala daya upaya yang ada (bersungguh-sungguh) untuk memerangi musuh Allah, musuh negara serta mempertahankan agama dan kebenaran

a)

JIhad

b)

Ijtihad

c)

Qadha

d)

Hakim

21.

Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t ialah (a)  

22.

Sangat berkira untuk membelanjakan wang kepada perkara kebaikan : (a)  

23.

Pengganti nabi dalam urusan menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia : (a)  

24.

Perceraian yang berlaku atas kemahuan isteri dengan membayar ganti rugi kepada suami : (a)  

25.

Kepercayaan atau perbuatan karut yang bercanggah dengan ajaran Islam : (a)  

26.

Ingkar dan tidak percaya kepada tuhan : (a)  

27.

fahaman / falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tertinggi : (a)  

28.

Sifat-sifat terpuji dan mulia seperti tolong menolong dan sebagainya : (a)  

29.

Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan, jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika dilakukan tidak mendatangkan dosa : (a)  

30.

Para nabi dan rasul terpelihara daripada melakukan sebarang dosa kecil atau dosa besar serta perkara-perkara yang boleh mencacatkan kemuliaan baginda sebagai utusan pilihan Allah : (a)  

31.

Menggunakan kemahiran dan kepakaran untuk memperolehi keuntungan peribadi dengan cara yang salah : (a)  

32.

Fahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan terjadinya segala sesuatu di dunia ini : (a)  

33.

Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dalam pasaran tertentu : (a)  

34.

Manusia lelaki pilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain : (a)  

35.

Tempat balasan azab yang dikhaskan untuk orang yang mengingkari perintah Allah semasa hidup didunia : (a)  

36.

Satu usaha yang dilakukan untuk mendapatkan wang atau harta dengan cara yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak : (a)  

37.

Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang nyata : (a)  

38.

Hukuman dan kesalahan yang telah ditetapkan oleh syarak melalui al-Quran dan al-Hadis kerana kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota tubuh badan dan nyawa manusia : (a)  

39.

Para rasul yang memiliki tahap kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi rintangan dan tentangan daripada umatnya ketika menyampaikan ajaran dan seruan kepada umatnya : (a)  

40.

Bunga atau pertambahan dalam urusan pinjaman hutang piutang atau pertukaran barangan sejenis atau pertambahan bayaran balik hutang akibat penangguhan bayaran : (a)  

41.

Fahaman bahawa urusan dunia seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan agama : (a)  

42.

Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang dengan bantuan daripada syaitan dan boleh dipelajari : (a)  

43.

Catatan wahyu yang sedikit bilangannya yang diturunkan kepada Nabi Syis sebanyak 50, Nabi Idris 30, Nabi Ibrahim 10 dan Nabi Musa 10 suhuf : (a)  

44.

Menyekutukan Allah dengan sesuatu dari segi sifat zat atau perbuatan : (a)  

45.

Tempat yang indah dan penuh keseronokan untuk orang-orang taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t semasa mereka di dunia : (a)  

46.

Berserah diri kepada ketentuan Allah s.w.t setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu : (a)  

47.

Perintah Allah s.w.t. yang mesti dilaksanakan, jika dilaksanakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan berdosa : (a)  

48.

Mengakui hanya Allah yang Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak : (a)  

49.

Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah samada perbuatan, perkataan, pengakuan atau sifat-sifat Rasulullah s.a.w : (a)   -

50.

Kalam Allah s.w.t yang bermukjizat serta diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab : (a)