NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsSejarah Bab 2 - Tingkatan 2
Total questions: 25
Worksheet time: 18mins
Name
Class
Date
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Perindustrian?
a)
Zaman perubahan di eropah daripada moden kepada kuno
b)
Zaman perubahan ekonomi perlombongan kepada perusahaan
c)
Zaman perubahan ekonomi pertanian kepada perusahaan
d)
Zaman kejatuhan golongan istana di eropah
2.
Apakah sistem pentadbiran yang digunakan oleh British setelah berlakunya dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu Bersekutu?
a)
Sistem wakil dan konsul British
b)
Sistem Residen
c)
Sistem Pegawai Negeri
d)
Sistem ketua kampung
3.
Mengapakah keadaan politik di negeri-negeri melayu seringkali tidak stabil dari segi pentadbiran?
a)
Berlaku masalah kepimpinan & perebutan kuasa dalam pemimpin dan pembesar
b)
Berlaku ketidakpuasan hati rakyat dengan golongan pemimpin
c)
Negeri-negeri Melayu tidak strategik untuk pentadbiran
d)
Berlakunya masalah pergaduhan rakyat merusuh istana
4.
Berikut adalah kekayaan hasil bumi di negeri-negeri Melayu membawa dasar campur tangan kecuali
a)
Emas
b)
Berlian
c)
Bijih Timah
d)
Arang Batu
5.
Revolusi Perindustrian ialah zaman perubahan zaman pertanian kepada zaman perusahaan dan perkilangan.
a)
Betul
b)
Salah
6.
Apakah peranan Negeri-Negeri Selat dalam negeri-negeri Melayu?
a)
Mengawal perairan di negeri melayu dan kapal dagang
b)
Perlabuhan entrepot yang mengendalikan perdagangan
c)
Memberi bantuan kewangan kepada negeri-negeri Melayu
d)
Menjaga negeri-negeri melayu khususnya yang dibawah British
7.
Mengapakah British memerlukan Bijih Timah dalam Revolusi Perindustrian?
a)
Sebagai aksesori kecantikan wanita
b)
Perusahaan membina kapal selam
c)
Perusahaan kapal terbang
d)
Perusahaan mengetin makanan
8.
Mengapakah Terusan Suez pada tahun 1869 dianggap penting pada zaman Revolusi Perindustrian?
a)
Merupakan jalan bagi menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa
b)
Pusat perjumpaan kapal-kapal dagang dari seluruh dunia
c)
Menjadi laluan kapal-kapal disebabkan jarak perjalanan yang pendek
d)
Kawasan perang bagi angkatan marin British
9.
Apakah kesan daripada penciptaan kapal wap?
a)
Kapal wap berjaya mempercepatkan perjalanan dari Eropah ke Asia Tenggara
b)
British berjaya menjadi negara angkatan tentera laut
c)
Kapal wap menjadi kapal ganti untuk perperangan
d)
Ekonomi British mula merosot setelah penciptaan kapal wap
10.
Perjanjian Pangkor 1874 merugikan sultan dan pembesar Perak kerana
a)
Pembesar dan Sultan tidak dibenarkan memungut cukai di Perak
b)
Sultan dan pembesar tidak boleh memerintah daerah di Perak
c)
Perjanjian Pangkok menyebabkan sultan dan pembesar tidak dibayar gaji
d)
Hanya sultan dan pembesar sahaja yang boleh mengutip cukai
11.
Apakah faktor yang telah mempercepatkan lagi berlakunya dasar campur tangan di Tanah Melayu?
a)
Desakan daripada pedagang-pedagang British
b)
Berlakunya serangan antara negara Asia dengan negara eropah
c)
Berlakunya rampasan kapal-kapal dagang oleh rakyat Melayu
d)
Negeri-negeri melayu tidak membeli barang dagangan dari British
12.
Apakah kesimpulan yang boleh anda buat daripada kejatuhan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura ke atas British?
a)
Raja kehilangan hak mengutip cukai
b)
British mengamalkan dasar campur tangan
c)
Wujudnya hubungan perdagangan yang pesat antara negeri tersebut
d)
Tanah Melayu berada di bawah kekuasaan British
13.
Pada tahun 1848, seorang pembesar telah membawa masuk ramai orang Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di Larut. Siapakah pembesar tersebut?
a)
Raja Abdullah
b)
Ngah Ibrahim
c)
Raja Yusof
d)
Long Jaafar
14.
Seorang warganegara British berbangsa Cina yang bernama Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Pahang. Apakah implikasi peristiwa tersebut?
a)
Kedaulatan negeri Pahang terancam
b)
Sultan Ahmad menerima Residen British
c)
Pelabur Eropah dibawa masuk untuk memajukan Pahang
d)
Hugh Clifford dilantik menjadi wakil British
15.
Secara keseluruhannya, dasar campur tangan ini tidak akan terjadi sekiranya tidak berlaku perebutan kuasa dalam kalangan pemerintah.
a)
Betul
b)
Salah
16.
Berikut ialah faktor penubuhan Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan kecuali
a)
Krisis kewangan Pahang
b)
Faktor keselamatan
c)
Perkongsian perkhidmatan pakar
d)
Menguasai pentadbiran
17.
Apakah isu yang sering dibincangkan dalam setiap kali persidangan Durbar
a)
Menggubal undang-udang
b)
Kebajikan orang Melayu
c)
Ekonomi yang tidak seimbang di negeri Melayu
d)
Masalah kaum di negeri melayu
18.
Berikut ialah perjanjian Dato' Kelana dengan British bagi mengukuhkan pengaruhnya di Sungai Ujong kecuali
a)
Diiktiraf pemerintah British
b)
British menempatkan Residen di Sungai Ujong
c)
Dato’ Bandar tidak dibenarkan menetap di Negeri Sembilan
d)
British mempunyai kuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi
19.
Pada peringkat awal pelaksanaan sistem Residen di negeri-negeri Melayu, beberapa kelemahan ketara telah dikenal pasti.Apakah kelemahan yang dimaksudkan? (m/s:45)
a)
Kekaburan bidang tugas Residen
b)
Pentadbiran British di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
c)
Petadbiran di setiap negeri terlalu seragam
d)
Residen ditindas oleh Gabenor Jeneral British
20.
Berikut ialah ahli persidangan Raja-Raja Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1897 kecuali
a)
Empat orang Residen
b)
Konsul British
c)
Raja-raja Melayu
d)
Pesuruhjaya Tinggi
21.
Perjanjian Pangkor ditandatangani di atas kapal British, H.M.S Pluto. Antara berikut meurpakan syarat perjanjian kecuali
a)
Menteri Larut membiayai segala usaha mengembalikan keamanan
b)
Raja Abdullah dilantik sebagai Sultan Perak
c)
Sultan menerima residen British yang akan menasihati baginda kecuali agama dan adat
d)
Pembesar berkuasa penuh mengutip cukai di Perak
22.
Apakah tuntutan Sultan Idris dari Perak dalam Persidangan Durbar kali kedua?
a)
Pembahagian kuasa Residen Jeneral
b)
Pemulihan kuasa Raja-raja Melayu
c)
Pengurangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
d)
Pemberian pampasan yang tinggi kepada raja-raja
23.
Perang Klang ditamatkan oleh British dengan menggunakan kapal perang H.M.S Rinaldo dengan membedil Kuala Selangor bagi membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi.
a)
Salah
b)
Betul
24.
Pada 7 November 1873, sebuah kapal dagang British dirompak malah semua pedagang British telah dibunuh. Apakah kesan langsung pertistiwa ini terhadap Selangor?
a)
British melantik Frank Swettenham sebagai Residen
b)
British menguasai bijih timah di Selangor
c)
British menyerang petempatan lanun
d)
British mula campur tangan di Selangor
25.
Wakil British mempunyai kuasa seperti seorang pegawai Konsul iaitu mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain.
a)
Betul
b)
Salah
Reset
