wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Simpan kira merupakan proses
a)
merekod urus niaga dalam dua akaun yang berbeza
b)
mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan
c)
merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan bergu
d)
menyediakan maklumat kewangan untuk membuat keputusan, perbandingan dan perancangan
2.
Pada 1 Januari 1996, Encik Samad telah membeli sebidang tanah pada harga RM15 000. Pada 31 Disember 2003, harga pasaran tanah tersebut telah meningkat kepada RM50 000. Catatan dalam buku perniagaan masih menunjukkan harga tanah sebagai RM15 000. Ini merujuk kepada prinsip
a)
pemadanan
b)
kos sejarah
c)
tempoh perakaunan
d)
wang sebagai ukuran
3.
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Ahmad.   Memulakan perniagaan menjual alat ganti kereta pada 1 Mac 2005. Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan.   Antara berikut, yang manakah tempoh perakaunan perniagaan Encik Ahmad?
a)
1 Mac 2005 hingga 1 Ogos 2005
b)
1 Mac 2005 hingga 31 Ogos 2005
c)
1 Mac 2005 hingga 1 September 2005
d)
1 Mac 2005 hingga 30 September 2005
4.
Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?
a)
Sistem perakaunan
b)
Konsep perakaunan
c)
Kitaran perakaunan
d)
Prinsip perakaunan
5.
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan kepunyaan Encik Johan. ‘Encik Johan merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan.’ Apakah konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi?
a)
Materialiti
b)
Pemadanan
c)
Entiti berasingan
d)
Wang sebagai ukuran
6.
Pernyataan manakah yang merupakan ciri sebuah milikan tunggal?
a)
Liabiliti pemilik terhad
b)
Modal disumbangkan oleh pemilik
c)
Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya
d)
Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan
7.
Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?
a)
Bank
b)
Pemiutang
c)
Pengurusan
d)
Pesaing perniagaan
8.
Seorang peniaga telah merekodkan belian premis bernilai RM50 000 sebagai aset dalam penyata kewangan tetapi belian sekotak pensel bernilai RM5 tidak direkodkan sebagai aset dalam penyata tersebut. Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi oleh peniaga tersebut?
a)
Ketekalan
b)
Materialiti
c)
Pemadanan
d)
Kos sejarah
9.
Pada tahun kewangan 2009, Kedai Buku Ali masih merekod komputer pejabat pada harga belian iaitu RM3 000 walaupun harga pasaran ialah RM1 800.   Apakah konsep perakaunan yang terlibat?
a)
Ketekalan
b)
Kos sejarah
c)
Tempoh perakaunan
d)
Wang sebagai ukuran
10.
Rajah 1 menunjukkan Kitaran Perakaunan yang tidak lengkap. Apakah Q?
a)
Pelarasan
b)
Imbangan Duga
c)
Penyata Kewangan
d)
Imbangan Duga Terlaras
11.
Urus niaga yang berikut berlaku dalam perniagaan Aii Lee Book Store.  
 "Pemilik telah mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri".  
Urus niaga tersebut direkodkan sebagai ambilan dalam buku perniagaannya. Apakah konsep yang digunakan?
a)
Materialiti
b)
Ketekalan
c)
Tempoh perakaunan
d)
Entiti berasingan
12.
Sistem catatan bergu  dikenali juga sebagai
a)
Kaedah Kitaran Perakaunan
b)
Kaedah perakaunan kos
c)
Kaedah simpan kira
d)
Kaedah Venice
13.
Yang berikut adalah perniagaan milikan perkongsian kecuali
a)
Sulwana Enterprise
b)
Khoo and Son
c)
Fazilatul & Rakan
d)
Li Peng Bersaudara
14.
 “ Sesuatu maklumat dapat diperoleh semasa maklumat tersebut diperlukan” 
Pernyataan di atas  merujuk kepada kepada salah satu daripada ciri kualititatif. Ciri tersebut ialah
a)
Kebolehfahaman
b)
Ketepatan Masa
c)
Relevan
d)
Kebolehbandingan
15.
Sewa bulanan bagi Fitri Enterprise ialah RM300. Tahunan kewangan Fitri Entreprise bermula 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011. Sehingga 31 Disember 2011, Imbangan Duga Fitri Entreprise menunjukkan sewa berjumlah RM3 000. Berdasarkan  pernyataan di atas, apakah asas yang digunakan untuk merekodkan sewa RM3 600.
a)
Asas Tunai
b)
Asas Akaun
c)
Asas Akruan
d)
Asas Ketekalan