wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sains upsr

Total questions: 29

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
Apakah yang akan berlaku jika pokok kayu bakau dan nipah  ditebang secara berterusan?
 I Memperlahankan aliran air
 II Memusnahkan hidupan akuatik
 III Menghasilkan bahan kimia bertoksid
IV Menambahkan hakisan tanah pada tebing sungai
a)
I dan II 
b)
I dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
2.
Tiram , daging Ayam dan telur

Makanan di atas menunjukkan beberapa jenis makanan. Mengapakah makanan di bawah penting kepada manusia?

a)
Untuk menjaga kesihatan
b)
Untuk mendapatkan tenaga
c)
Untuk membantu tumbesaran
d)
Untuk melancarkan peredaran darah 
3.
Antara individu berikut, siapakah yang mempunyai kadar pernafasan yang paling tinggi?
a)
tidur
b)
berlari
c)
membaca
d)
menonton tv
4.
Seorang ahli keluarga anda mengalami selesema dan batuk. Apakah cara terbaik yang dilakukan untuk menghalang penyakit itu daripada berjangkit kepada ahli keluarga yang lain?
a)
memakai penutup kepala
b)
memakai topeng penutup mulut
c)
melupuskan barangan peribadi
d)
berkurung di dalam rumah sehingga sihat
5.
Sesebuah binaan yang kukuh tidak mudah retak, patah atau runtuh. Pernyataan manakah yang betul tentang faktor yang mempengaruhi kekuatan struktur?
 I Bentuk binaan
 II Jenis bahan yang digunakan
 III Luas tapak struktur
IV Ketinggian
a)
I dan II
b)
I dan III 
c)
II dan IV
d)
III dan IV
6.
Seorang murid yang tidak dapat mengingati nombor telefon. Apakah yang boleh dia lakukan untuk mengatasi had keupayaan ingatannya?
a)
B Susun nombor-nombor itu mengikut urutan
b)
Dail nombor-nombor itu setiap hari
c)
Simpan nombor-nombor itu ke dalam komputer
d)
Hafal nombor-nombor itu satu per satu
7.
Apakah yang dimaksudkan dengan mesin ringkas?
a)
Satu cara untuk melakukan kerja dengan lebih mudah
b)
Alatan yang membolehkan kita menggunakan daya yang sedikit bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja
c)
Alatan yang digunakan untuk menggerakkan kotak yang berat
d)
Radas yang digunakan untuk mengangkat beban yang berat
8.
Pernyataan di bawah merujuk kepada situasi pada suatu malam. Malam yang gelap kelihatan terang benderang seperti siang. Bulan kelihatan bulat dan bersinar . Apakah peringkat fasa Bulan pada malam tersebut?
a)
Bulan sabit
b)
Anak bulan
c)
Bulan separa
d)
Bulan purnama
9.
Bahan-bahan manakah yang boleh digunakan untuk membuat objek ini tanpa mengubah sifat bahan-bahan itu?
a)
Pembaris besi dan penutup tin
b)
Pembaris besi dan kadbod
c)
Pembaris besi dan kadbod
d)
Pembaris kayu dan kadbod
10.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan bahan buangan terbiodegradasi?
a)
Botol kaca
b)
Besi
c)
Beg pastik 
d)
Sisa makanan 
11.
Rahman menjalankan penyiasatan untuk membuktikan sifat gas. Dia menarik omboh picagari yang kosong. Dia menutup rapat hujung picagari dengan tangan. Pada masa yang sama dia menekan omboh picagari sehingga satu tahap omboh terhenti. Apabila dia melepaskan jari yang menekan, omboh tersebut kembali kedudukan asal. Apakah sifat gas yang ingin dibuktikan?
a)
Udara mempunyai isipadu.
b)
Udara boleh dimampatkan.
c)
Udara mempunyai jisim.
d)
Udara memenuhi ruang.
12.
Dua orang lelaki cuba untuk menggerakkan sebuah perahu ke pantai. Apakah cara terbaik untuk memudahkan kerja itu?
a)
Letakkan penggolek di bawah perahu itu
b)
Tolak perahu itu dengan bantuan seorang lelaki lain
c)
Tarik perahu itu dengan tali
d)
Gunakan troli untuk membawa perahu itu
13.
Sesebuah binaan yang kukuh tidak mudah retak, patah atau runtuh. Pernyataan manakah yang betul tentang faktor yang mempengaruhi kekuatan struktur?
 I Bentuk binaan
 II Jenis bahan yang digunakan
 III Luas tapak struktur
IV Ketinggian
a)
I dan II 
b)
I dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
14.
Apabila Hasri hendak menguji serbuk penaik dengan menggunakan kertas litmus merah, ia kekal berwarna merah.Apakah yang patut Hasri lakukan?
a)
Uji menggunakan kertas litmus biru
b)
Basahkan kertas litmus sebelum uji kaji dilakukan
c)
Ujian ini perlu dilakukan di bawah cahaya matahari
d)
Panaskan serbuk penaik sebelum diuji dengan kertas litmus
15.
Susun bahan buangan tersebut dari yang mudah mengurai kepada yang susah mengurai.
w= surat khabar 
x = tulang ikan 
y= baju
z= botol 
a)
X, Y, Z, W 
b)
W, Z, X, Y 
c)
W, X, Y, Z
d)
X, W, Y, Z
16.
Pengawetan makanan iaitu pengeringan. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan prinsip bagi aktiviti itu?
a)
Menjadikan makanan lebih ringan
b)
Menyingkirkan udara daripada makanan
c)
Menyahkan kelembapan daripada makanan
d)
Menjadikan makanan lebih sedap
17.
Apakah yang dimaksudkan dengan pembiasan cahaya?
a)
Cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang lain.
b)
Cahaya dipantulkan apabila melalui objek lut cahaya.
c)
Cahaya dibiaskan apabila melalui objek legap.
d)
Cahaya bergerak lurus apabila melalui objek lut sinar.
18.
Berikut adalah kesan daya kecuali
a)
Mengubah tempat
b)
Mengubah arah
c)
Mengubah bentuk
d)
Menghentikan objek
19.
Mengapakan pokok bunga kertas mempunyai akar yang panjang.
a)
Untuk lebih kukuh
b)
Mudah mendapatkan air
c)
Agar susah untuk dipindahkan
d)
untuk kelihatan cantik
20.
Namakan planet P dan Q
a)
Utarid dan Neptun
b)
Zuhrah dan Bumi
c)
Utarid dan Bumi
d)
Zuhrah dan Neptun
21.
Planet apa yang ada hidupan?
a)
planet ultra
b)
planet bumi
c)
planet marikh
d)
planet hitam
22.
Apakah tujuan penyiasatan ini
a)
untuk menyiasat hubungan antara lembu dengan jentera
b)
untuk menyiasat hubungan antara kaedah membanjak dengan masa diambil
c)
untuk menyiasat hubungan antara 1 hari dengan 2 jam
d)
untuk menyiasat hubungan antara kaki lembu dengan roda
23.

Bunga Ros


Apakah deri yang terlibat untuk memerhatikan bunga ini?

a)

bau, lihat dan sentuh

b)

Rasa, bau dan dengar

c)

sentuh, dengar dan rasa

d)

Lihat, sentuh dan dengar

24.

Apakah jenis gigi yang terdapat pada haiwan herbivor

a)

kacip & taring

b)

kacip & geraham

c)

taring & geraham

d)

kacip, taring & geraham

25.

Cikgu Wan hendak mengantikan lantai simen di pejabatnya berukuran 20 meter panjang dan 15 meter lebar dengan kepingan jubin bersaiz 4 meter persegi setiap satu. Berapakah bilangan jubin yang dia perlukan

a)

75

b)

80

c)

300

d)

1200

26.

Didapati sering kali kemalangan berlaku di dalam bilik air. Diantara berikut yang manakah langkah terbaik mengelakkan kejadian kegelinciran di bilik air.

a)

kurangkan penggunaan sabun

b)

lap kaki sebelum memasuki bilik air

c)

gunakan alas kaki di dalam bilik air

d)

sentiasa berhati hati semasa berada di bilik air

27.

Saiz bumi adalah 4 kali lebih besar daripada saiz bulan tetapi 100 kali lebih kecil dari saiz matahari.


Diantara berikut, yang manakah akan berlaku jika saiz Bumi menjadi bertambah besar?

a)

suhu bumi menjadi lebih tinggi

b)

tempoh putaran bumi di atas paksinya bertambah

c)

kecerahan permukaan bumi di waktu siang bertambah

d)

kelajuan putaran bumi di atas paksinya menjadi bertambah laju

28.

PISANG


antara kaedah kaedah berikut, yang manakah boleh digunakan untuk mengekalkan kesegaran buah diatas.

a)

pembungkusan vakum dan penjerukan

b)

pendinginan dan pempasteuran

c)

pengasapan dan pendidihan

d)

pelilinan dan pendinginan

29.

Apakah yang patut dilakukan supaya saiz bayang-bayang menjadi lebih besar?

a)

Guna bola yang lebih besar

b)

dekatkan jarak antara bola dengan lampu suluh

c)

kurangkan jarak antara bola dengan skrin

d)

gunakan lampu suluh dengan bateri yang lebih berkuasa