Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IBADAH PT3

Total questions: 25

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.
Apakah maksud solat ketika sakit?
a)
menunaikan ibadah mengikut keupayaan
b)
menunaikan ibadah mengikut rela hati
c)
menunaikan ibadah mengikut suka hati
d)
menunaikan ibadah mengikut kemahuan
2.
Apakah makna Rukhsah solat?
a)
Ia adalah tanggungjawab bagi setiap muslim
b)
Ia adalah kemudahan yang diberikan oleh Allah dalam ibadah
c)
Ia adalah salah satu rukun daripada rukun-rukun Solat
d)
Ia adalah solat jamak dan qasar
3.
Nyatakan hukum bagi waktu mengeluarkan zakat : Sepanjang bulan Ramadhan
a)
Wajib
b)
Sunat 
c)
Harus
d)
Makruh
4.
Apakah maksud Al-gharimin?
a)
Orang fakir miskin yang tidak berkeupayaan
b)
Orang yang berhutang untuk keperluan asasi
c)
Orang yang bermusafir
d)
Orang yang berjuang di jalan Allah
5.
Berikut adalah Asnaf/ Golongan yang berhak menerima zakat, kecuali?
a)
Fakir
b)
Amil
c)
Miskin
d)
Pemiutang
6.
Berapakah kadar zakat fitrah bagi makanan asasi seperi beras?
a)
2.5 kg
b)
2.3 kg
c)
2.7 kg
d)
2.9 kg
7.
Berapakah bilangan rakaat bagi Solat sunat Rawatib?
a)
2 atau 6 rakaat sahaja
b)
1 atau 3 rakaat sahaja
c)
4 atau 8 rakaat sahaja
d)
2 atau 4 rakaat sahaja
8.
 Apakah akibat orang yang tidak mengeluarkan zakat?
a)
Dicampakkan ke neraka
b)
Menjadi orang munafik
c)
Doanya tidak dimakbulkan Allah
d)
Hati menjadi keras
9.
Apakah hikmah Solat Aidilfitri bagi seseorang individu?
a)
mengukuhkan perasaan kasih sayang
b)
menzahirkan kesyukuran dan meningkatkan keimanan
c)
memantapkan akidah
d)
menzahirkan syiar agama Islam
10.
 Kaifiat Solat Jenazah : Bagaimanakah kedudukan jenazah lelaki?
a)
imam berdiri bersetentang dengan pinggang jenazah
b)
imam berdiri di belakang jenazah
c)
imam berdiri bersetentang dengan kepala jenazah
d)
imam berdiri di sebelah kanan jenazah
11.
Sabda Rasul saw " Sebaik-baik solat selepas solat wajib ialah solat malam" Apakah solat yang dimaksudkan itu?
a)
Solat Hajat
b)
Solat Jenazah
c)
Solat Taubat
d)
Solat Tahajjud
12.
Apakah pengertian zakat? 
a)
halal dan berkat
b)
suci dan murni
c)
selamat dan suci
d)
bersih dan suci
13.
Golongan manakah yang wajib membayar fidyah puasa?
a)
Musafir
b)
Orang tua yang tidak berdaya untuk berpuasa
c)
Perempuan yang haid nifas dan wiladah
d)
Perempuan mengandung
14.
 Mengapakah mayat perlu dikebumikan?
a)
Supaya mayat tidak bangun semula
b)
supaya tidak menghantui penduduk
c)
supaya tidak berbau dan tidak dikorek binatang buas
d)
menjadi pengajaran bagi orang beriman
15.
Berapakah kadar yang diwajibkan zakat bagi setiap 40 ekor lembu?
a)
1 ekor lembu betina > 2 tahun
b)
1 ekor lembu betina >1 tahun
c)
1 ekor lembu jantan > 2tahun
d)
1 ekor lembu betina < 2 tahun
16.
Apakah hukum membayar cukai?
a)
Wajib
b)
Sunat di sisi undang-undang
c)
Harus di sisi undang-undang
d)
Tanggungjawab di sisi undang-undang
17.
Apakah perlu memandikan jenazah yang mati syahid?
a)
harus
b)
tidak perlu
c)
perlu
d)
perlu seperti jenazah biasa yang lain
18.
Berikut adalah amalan sebelum solat aidilfitri, KECUALI...
a)
memakai pakaian baru dan wangi
b)
membayar zakat
c)
bersarapan
d)
bergotong royong
19.
Bagaimanakah kaifiat melakukan solat mengikut isyarat kelopak mata?
a)
badan mengiring atas rusuk kanan
b)
kepala ditinggikan supaya muka menghadap kiblat
c)
menelentang dalam keadaan kaki lurus menghadap kiblat
d)
rukuk dan sujud dengan menggunakan isyarat kepala
20.
Adakah wajib zakat bagi bayi yang lahir setelah terbenam matahari pada akhir Ramadhan?
a)
Wajib
b)
Sunat
c)
Tidak Wajib
d)
Harus
21.
SIRAH : Dimanakah Sayyidatina Fatimah Az-zahra lahir?
a)
Madinah
b)
Mekah
c)
Yaman
d)
Yathrib
22.
Mengapakah Sayyidatina Aisyah diberi gelaran Al-Humaira'?
a)
kerana sifat dermawannya
b)
kerana keilmuannya
c)
kerana kulitnya putih kemerah-merahan
d)
kerana pakar dalam bab fiqh
23.
siapakah suami kepada Sayyidatina Fatimah Az-zahra?
a)
Saidina Abu Bakar
b)
Saidina Usman
c)
Saidina Umar
d)
Saidina Ali
24.
Mengapakah Sayyidatina Fatimah Az-zahra diberi gelaran  Ummu Abiha?
a)
kerana beliau taat pada ayahnya
b)
kerana beliau tidak bangga menjadi anak Rasulullah s.a.w
c)
kerana beliau menjaga makan minum dan pakaian ayahandanya 
d)
kerana beliau tidak ingkar kepada ayahnya
25.
Peperangan manakah yang Khalid Al-Walid sertai dalam memerangi Rom di Jordan?
a)
Perang Siffin
b)
Perang Khandak
c)
Perang Badar
d)
Perang Yarmuk