NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
1. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung
dalam suasana ______.
A huru-hara
B hingar - bingar
C gilang - gemilang
D terang - benderang
3.Ampun tuanku, _ _____ datang mengadap,” kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka
A hamba
B patik
C tuan hamba
D saya
2.Abang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru ______.
A dia
B awak
C beliau
D saya
5.Persekitaran sekolah yang indah dapat memberikan keselesaan dan ketenangan ______ belajar.
A biarpun
B sementara
C sejak
D semasa
Ali membeli hadiah sebagai ______________ buat gurunya yang akan berpindah ke sekolah lain.
cenderamata
tanda mata
buah tangan
durian runtuh
Muthu sering ditegur oleh gurunya kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Tulisan Muthu juga sukar dibaca kerana seperti _________________.
cakar ayam
tanduk kerbau
lintah darat
kuku besi
10.Penyakit demam denggi telah menjadi wabak utama di negara kita. _______ , orang ramai masih kurang kesedaran tentang bahaya penyakit ini.
A Namun demikian
B Tambahan pula
C Dalam pada itu
D Lebih-lebih lagi
Biarlah rahsia antara kita ini tidak diketahui oleh Tukiman kerana dia seorang _______________.
berat mulut (bermaksud pendiam)
mulut tajam (bermaksud suka mengeluarkan kata yang pedas-pedas)
mulut murai (bermaksud orang yang suka bercakap banyak)
mulut tempayan (bermaksud orang yang tidak dapat menyimpan rahsia)
Setelah kedua-dua orang ibu bapanya meninggal dunia, kini Mohd Fatah Aminudin Shakir hidup ______________.
ringan tulang (Orang yang rajin)
sebatang kara (Tidak beribu bapa dan saudara mara)
nyawa-nyawa ikan (Hampir-hampir mati)
berat tulang (Orang yang malas)
Murid baru itu ____________ kepada ketua darjah 4 Arif.
ada bakat (bermaksud bermaksud ada kemahiran)
ada hati (bermaksud bermaksud menaruh perasaan kepada seseorang)
ada angin (bermaksud bermaksud berkelakuan lain daripada biasa)
ada sengat (bermaksud bermaksud ada kuasa)
