wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Analisis Kesalahan Bahasa

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.
Baru-baru ini, kes rompakan paling terbesar telah ditumpaskan oleh pihak polis melibatkan warga asing tanpa izin.
a)
paling terbesar - terbesar paling
b)
paling terbesar - paling besar
c)
paling terbesar - besar
2.
Di dalam pergaduhan itu, Aaronlah yang bersalah.
a)
pergaduhan - pertengkaran
b)
Aaronlah - Aaron
c)
Di dalam - Dalam
3.
Kebanyakan warung-warung di tepi jalan itu telah disita oleh Majlis Perbandaran Sepang.
a)
Kebanyakan - Kebanyakkan
b)
Kebanyakan warung-warung - Kebanyakan warung
c)
disita - dihapuskan
4.
Beberapa orang setia usaha sedang berbincang mengenai pelbagai isu syarikat.
a)
pelbagai - berbagai
b)
setia usaha - setiausaha
c)
Beberapa orang - Beberapa
5.
Barang-barang kemas yang ditemukan dalam serbuan di rumah ketua gangster itu dipercayai bukan emas tulin.
a)
ditemukan - ditemui
b)
dalam - di dalam
c)
tulin - tulen
6.
Bahagian bonet kereta mewah itu kemek teruk akibat terperosok di bawah lori muatan tanah.
a)
kemek - kemik
b)
di bawah - bawah
c)
bonet - kabinet
7.
Ibu melihat kalender untuk mengetahui tarikh konvokesyen abang di universiti terulung Malaysia itu.
a)
melihat - menjenguk
b)
di universiti terulung Malaysia - di Universiti Terulung Malaysia
c)
kalender - kalendar
8.
Pada cuti persekolahan yang lepas, Thirshen dan keluarganya akan pergi melawat ke Taman Negara Sabah.
a)
akan - telah
b)
Taman Negara Sabah - taman negara
c)
melawat - melancong
9.
Di dalam pergaduhan itu, Ruben yang bersalah kerana sengaja menimbulkan kemarahan Vasandi.
a)
kemarahan - kesukaan
b)
pergaduhan - perkelahian
c)
Di dalam - Dalam
10.
Kuih itu disediakan daripada Fazura sebagai juadah pencuci mulut.
a)
daripada - oleh
b)
juadah - jua
c)
pencuci - penyegar
11.
Joedy, Kazim atau Syahmi selalu pergi ke kantin bersama-sama.
a)
ke - di
b)
atau - dan
c)
bersama-sama - bersama