NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsKUIZ BAB 7 TINGKATAN 3 : KEELEKTRIKAN
Total questions: 18
Worksheet time: 14mins
Name
Class
Date
1.
Rajah di bawah menunjukkan satu litar elektrik.
Apabila rintangan bagi perintang boleh laras ditambah,
Apabila rintangan bagi perintang boleh laras ditambah,
a)
Bacaan ammeter bertambah
b)
Bacaan voltmeter bertambah
c)
Bacaan ammeter berkurang
d)
Tiada perubahan bacaan bagi kedua-dua meter
2.
Beza keupayaan di antara dua titik ditakrifkan sebagai
a)
Arus 1 ampere yang mengalir apabila 1 volt dikenakan merantasi dua titik itu
b)
Tenaga yang dibebaskan di antara dua titik itu apabila 1 coulomb cas mengalir
c)
Kuasa yang dibebaskan di antara dua titik itu apabila 1 coulomb cas mengalir
d)
Tenaga yang dibebaskan di antara dua titik itu apabila 1 ampere arus mengalir melalui dua titik itu
3.
Rintangan seutas dawai logam boleh dikurangkan dengan
a)
Tambahkan panjang dawai
b)
Tambahkan diameter dawai
c)
Tambahkan kerintangan dawai
d)
Tambahkan suhu dawai
4.
Rajah di bawah menunjukkan sebuah litar elektrik.
Berapakah bacaan ammeter itu?
Berapakah bacaan ammeter itu?
a)
0.6 A
b)
1.0 A
c)
1.5 A
d)
2.5 A
5.
Apabila cerek elektrik dengan kadaran voltan 220 V disambung kepada bekalan kuasa 220 V, air di dalam cerek itu mendidih dalam masa 10 minit. Berapakah masa yang diambil untuk air itu mendidih jika cerek elektrik itu disambung kepada bekalan kuasa 200 V?
a)
10 minit
b)
kurang 10 minit
c)
lebih 10 minit
6.
Pernyataan yang manakah berikut adalah benar mengenai medan elektrik.
a)
Medan elektrik adalah kawasan di mana jasad neutral akan ditindakkan oleh daya elektrik
b)
Garis-garis medan elektrik boleh bersilang antara satu sama lain
c)
Medan elekrtik mempunyai magnitud dan arah
d)
Garis-garis medan elektrik bermula dari cas negatif dan tamat pada cas positif
7.
Suatu komponen elektrik berlabel 12V , 2A. Berapakah rintangan komponen elektrik itu?
a)
0.67 Ω
b)
6.0 Ω
c)
4.0 Ω
d)
24.0 Ω
8.
Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan suatu konduktor logam kecuali
a)
panjang dawai
b)
ketebalan dawai
c)
arus melalui konduktor
d)
jenis logam konduktor itu
9.
Rintangan suatu konduktor logam bertambah apabila
a)
Ketebalannya dikurangkan
b)
Panjangnya dikurangkan
c)
Suhunya dikurangkan
10.
Seekor helang sedang menghinggap pada kabel elektrik bervoltan tinggi tetapi ia tidak mengalami renjatan elektrik Burung helang tidak mengalami renjatan elektrik kerana
a)
rintangan kabel adalah tinggi
b)
voltan merentasi kakinya adalah rendah
c)
burung merupakan insulator elektrik yang baik
d)
kebanyakan tenaga elektrik ditukar kepada haba
11.
Empat perintang yang serupa disambung bersiri menghasilkan rintangan berkesan 20 Ω. Berapakah rintangan berkesan apabila keempat-empat perintang disambung selari?
a)
0.80 Ω
b)
1.25 Ω
c)
5.00 Ω
d)
20.00 Ω
12.
Dua perintang yang serupa menghasilkan rintangan berkesan 4 W apabila disambung selari.Berapakah rintangan berkesan apabila disambung sesiri?
a)
2 Ω
b)
4 Ω
c)
8 Ω
d)
16 Ω
13.
Antara kuantiti fizik berikut yang manakah mempunyai unit yang sama dengan daya gerak elektrik?
a)
Arus
b)
Beza keupayaan
c)
Tenaga
d)
Rintangan
14.
15 J tenaga haba dihasilkan apabila arus 1.0 A mengalir melalui sebuah mentol lampu suluh selama 10 s. Beza keupayaan merentasi lampu suluh itu adalah,
a)
0.5 V
b)
1.5 V
c)
3.0 V
d)
4.5 V
15.
Sebuah lampu elektrik berlabel 240 V, 60 W. Arus menerusi filamennya dan rintangan filamennya ialah
a)
0.25 A, 60Ω
b)
4.0 A , 60 Ω
c)
0.25 A,960Ω
d)
4.0 A, 960 Ω
16.
Arus 2 A mengalir melalui sebuah lampu yang filamennya berintangan 5Ω. Kuasa yang dijanakan oleh lampu adalah
a)
20 W
b)
10 W
c)
5 W
d)
2.5 W
17.
ANTARA BAHAGIAN MOTOR YANG BERIKUT, YANG MANAKAH AKAN MENJADI ELEKTROMAGNET SERTA BERPUSING APABILA ARUS MENGALIR MELALUINYA?
a)
BERUS KARBON
b)
MAGNET KEKAL
c)
PENUKAR TERTIB
d)
GEGELUNG ANGKER
18.
APAKAH ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYUKAT JUMLAH TENAGA ELEKTRIK YANG DIGUNAKAN DI RUMAH DAN PREMIS PENGGUNA?
a)
METER OHM
b)
VOLTMETER
c)
METER KILOWATT JAM
d)
METER PELBAGAI
Reset
