NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsBab 2 Nutrisi
Total questions: 17
Worksheet time: 9mins
Name
Class
Date
1.
Nasi, ubi kentang dan roti adalah antara makanan yang mengandungi banyak sumber .....
a)
Protein
b)
Mineral
c)
Karbohidrat
d)
Lemak
2.
Ikan dan daging mengandungi sumber Protein. Apakah fungsi utama Protein?
a)
membekalkan tenaga
b)
mengekalkan badan yang sihat
c)
membina sel baharu untuk pertumbuhan
d)
sebagai penebat untuk mengekalkan haba badan
3.
Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi sumber Mineral dan Vitamin. Apakah fungsi Mineral dan Vitamin?
a)
membekalkan tenaga
b)
mengekalkan badan yang sihat
c)
membina sel baharu untuk pertumbuhan
d)
sebagai penebat untuk mengekalkan haba badan
4.
Mentega, marjerin dan minyak perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana ia mengandungi sumber Lemak. Apakah fungsi Lemak?
a)
membekalkan tenaga
b)
mengekalkan badan yang sihat
c)
membina sel baharu untuk pertumbuhan
d)
sebagai penebat untuk mengekalkan haba badan
5.
Karbohidrat berfungsi untuk ....
a)
membekalkan tenaga
b)
mengekalkan badan yang sihat
c)
membina sel baharu untuk pertumbuhan
d)
sebagai penebat untuk mengekalkan haba badan
6.
Bitumen mengalami kesukaran untuk membuang tinja akibat sembelit. Atas nasihat doktor, beliau perlu banyak mengambil ______________ untuk melicinkan pergerakan makanan di sepanjang salur pencernaan.
a)
pelawas atau serat
b)
karbohidrat
c)
protein
d)
lemak
7.
______________________ ialah hidangan makanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul.
a)
Piramid nombor
b)
Gizi seimbang
c)
Kalori makanan
d)
Sistem pencernaa
8.
Makanan yang telah tercerna mudah diserap ke dalam sistem peredaran darah. Dimanakah proses penyerapan makanan tercerna berlaku?
a)
Usus besar
b)
Perut
c)
Mulut
d)
Usus kecil.
9.
Sistem pencernaan manusia terdiri daripada ...
a)
salur pencernaan sahaja
b)
salur pencernaan dan organ
c)
salur pencernaan,organ dan kelenjar
d)
salur pencernaan,organ,kelenjar dan reseptor
10.
Hasil akhir pencernaan karbohidrat, protein dan lemak masing-masing ialah .....
a)
glukosa, asid amino, asid lemak dan gliserol
b)
gliserol, glukosa, asid amino, asid lemak
c)
asid lemak, asid amino, glukosa, gliserol
d)
glukosa, asid lemak,asid amino dan gliserol
11.
Proses pencernaan ialah .......
a)
proses yang menyerap semula air, vitamin dan mineral terlarut
b)
proses penyerapan makanan tercerna ke dalam sistem peredaran darah
c)
proses pengangkutan nutrien ke hati kemudian ke jantung untuk dihantar ke seluruh bahagian badan
d)
proses penguraian molekul makanan besar kepada molekul kecil yang boleh larut & diserap ke dalam darah
12.
Apakah kelas makanan yang paling banyak diambil dalam sajian makanan?
a)
Lemak
b)
Karbohidarat
c)
Protein
d)
Air
13.
Apakah nama tindakan pada esofagus yang menggerakkan makanan dari mulut ke perut?
a)
Penyahtinjaan
b)
Peristalsis
c)
Osmosis
d)
Simbiosis
14.
Tenaga dalam makanan disukat dalam unit .......
a)
Newton (N)
b)
Watt (W)
c)
Joule (J)
d)
Pascal (Pa)
15.
Kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar memerlukan lebih protein dan tenaga untuk tumbesaran. Nyatakan faktor-faktor lain yang mempengaruhi gizi seimbang seseorang?
a)
Jantina dan saiz badan
b)
jenis pekerjaan, iklim
c)
keadaan kesihatan seseorang
d)
semua pilihan jawapan
16.
Apakah penyakit yang disebabkan oleh tabiat pengambilan makanan berkalori tinggi?
a)
Goiter
b)
Obesiti
c)
Skurvi
d)
Kwasyiorkor
17.
Aliran makanan di dalam salur pencernaan
a)
mulut - esofagus - perut - duodenum - usus kecil - usus besar - dubur
b)
mulut - perut - esofagus - usus kecil - duodenum - usus besar - dubur
c)
mulut - esofagus - perut- usus besar - usus kecil - dubur
d)
mulut - esofagus - perut - usus besar- dubur- usus kecil
Reset
