wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SAINS

Total questions: 18

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan organisma multisel?
a)
Hidra
b)
Euglena
c)
Ameba
d)
Klamidomonas
2.
Bahagian ini berfungsi sebagai pusat pengawalan semua aktiviti sel. Apakah bahagian ini?
a)
Dinding sel
b)
Nukleus
c)
Sitoplasma
d)
Kloroplas
3.
Apakah larutan yang digunkan untuk mewarnakan nukleus sel pipi manusia?
a)
Larutan garam
b)
Larutan metilena biru
c)
Larutan asid
d)
Larutan iodin
4.
Apakah bahan yang terdapat di dalam vakuol sel tumbuhan?
a)
Ampaian sel
b)
Larutan sel
c)
Sap sel
d)
Dinding sel
5.
Antara yang berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk memerhatikan kloroplas di bawah mikroskop?
a)
Tisu gabus
b)
Epidermis bawang
c)
Daun tumbuhan hijau
d)
Pencungkil gigi
6.
Kumpulan manakah yang terdiri daripada mikroorganisma sahaja?
a)
Euglena, bakteria, paramesium
b)
Bakteria, semut, klamidomonas
c)
Ameba, paramesium, jejentik
d)
Lalat, paramesium, bakteria
7.
Antara berikut, yang manakh bukan dibina daripada zarah?
a)
Cahaya
b)
Air
c)
Besi 
d)
Udara
8.
Mengapakah udara dianggap sebagai jirim?
a)
Udara mempunyai jisim dan bentuk
b)
Udara tidak mempunyai hjisim dan bentuk
c)
Udara mempunyai jisim dan memenuhi ruang
d)
Udara tidak mempunyai jisim dan memenuhi ruang
9.
Nyatakan kesimpulan berdasarkan pernyataan di bawah:
Ais timbul di permukaan air
a)
Ais lebih ringan daripada air
b)
Ais kurang tumpat daripada air
c)
Jisim ais kurang daripada air
d)
Ais tidak bercampur dengan air
10.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan?

a)

Proses penyahtinjaan dari badan

b)

Proses penyingkiran bahan buangan dari badan

c)

Proses penghadaman makanan oleh badan

d)

Proses mengeluarkan bahan toksik dari badan

11.
Rajah menunjukkan suatu acara larian yang diadakan pada hari sukan sekolah.
Antara berikut, yang manakah boleh digunakan untuk mengukur masa yang paling tepat bagi aktiviti pada rajah tersebut?
a)
Jam dinding
b)
Jam tangan
c)
Jam randik
d)
Jam loceng
12.
Rajah menunjukkan satu situasi. Antara berikut yang manakah kesan situasi itu?
a)
Menyebabkan demam
b)
Menyebabkan obesiti
c)
Menyebabkan mabuk
d)
Menyebabkan batuk
13.
Antara aktiviti berikut, yang manakah menyebabkan kadar pernafasan menjadi lebih tinggi?
a)
Membaca
b)
Mendengar radio
c)
Menulis
d)
Berenang
14.
Rajah menunjukkan sejenis haiwan.
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan organ pernafasan haiwan itu?
a)
Kulit
b)
Spirakel
c)
Peparu
d)
Insang
15.
Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai organ pernafasan yang sama seperti manusia?
a)
Rama-rama
b)
Udang
c)
Kambing
d)
Cacing
16.
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang belalang tidak mati walaupun kepalanya direndam ke dalam air selama beberapa minit?
a)
Belalang boleh menahan nafas
b)
Belalang ialah hidupan di dalam air
c)
Belalang menggunakan insang untuk bernafas
d)
Belalang bernafas melalui spirakel
17.
Apakah unit yang sesuai digunakan untuk mengukur jarak perjalanan bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Johor Baharu?
a)
Milimeter
b)
Sentimeter
c)
Meter
d)
Kilometer
18.
Rajah menunjukkan alat untuk menyukat masa.
Apakah ciri alat ini yang membolehkannya digunakan untuk menyukat masa?
a)
Ia berayun dengan seragam
b)
Ia mempunyai unit piawai yang standard
c)
Air menitis dengan seragam
d)
Ia menyukat masa dengan tepat