wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz bm

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.
Harith____________minat bermain badminton__________gemar memancing ikan. 
a)
bukan sahaja...tetapi juga
b)
tidak sahaja...tetapi
c)
kendatipun...tetapi juga
d)
walaupun...namun
2.
Pokok yang ditanam oleh ibu menjadi__________kerana kekurangan baja. 
a)
pendek
b)
bantut
c)
kurus
d)
kerdil
3.
1  Dato’ Shahidan  telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. ________________ mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dalam  pertandingan itu . 
a)
baginda
b)
patik
c)
beliau
d)
tuanku
4.
_______________ pendapat saya , Ramli  patut dipilih sebagai ketua pasukan bola      sepak sekolah ini . 
a)
Kepada
b)
Pada
c)
Di
d)
Dengan
5.
Encik Abu  menggunakan ___________kawat berduri untuk memagari kebun di tepi rumah . 
a)
segelung
b)
selembar
c)
seuntai
d)
serawan
6.
 Kerja –kerja _________________ sungai itu dilakukan segera bagi  mengelakkan berlakunya kejadian banjir .
a)
mendalami
b)
memperdalam
c)
merperdalami
d)
memperdalamkan
7.
Harapan Adibah  untuk menjejakkan kaki ke menara gading tinggi ______________.
a)
membukit
b)
melangit
c)
membusut
d)
meandai
8.
Cikgu Melati  memasang kunci tambahan ______________keselamatan rumahnya.
a)
ialah
b)
kerana
c)
supaya
d)
untuk
9.
Semua ibu bapa __________________ sebagai tanda setuju  dengan cadangan Yang Dipertua PIBG itu .
a)
mencebik-cebik
b)
mengangguk – angguk
c)
menggeleng – geleng
d)
membongkok – bongkok
10.
Anuar masih lagi bermain di tepi longkang itu……………telah beberapa kali ibu     menegahnya .
a)
lagipun 
b)
sementara 
c)
tetapi
d)
walhal   
11.
Rizal  menggunakan____________untuk menjawab soalan-soalan Matematik yang diberikan oleh gurunya.
a)
dekak-dekak
b)
kuda-kuda
c)
epok-epok 
d)
buli-buli   
12.
Pihak polis sedang melancarkan gerakan ___________ perompak yang telah merompak kedai emas di Subang Jaya semalam .
a)
memburu
b)
menjejak
c)
memantau
d)
melawat
13.
Budak lelaki itu berasa __________________ ketika melalui jambatan gantung ke kampung  seberang. 
a)
gayat
b)
gugup
c)
seram
d)
cemas
14.
Pilih ayat yang sama maksud.
Murid sekolah itu gembira kerana pasukan sekolah mereka menjadi juara dalam  pertandingan  hoki.
a)
Pertandingan hoki berjaya membuatkan murid sekolah itu gembira 
b)
Kemenangan pasukan hoki sekolah itu membuatkan murid-murid sekolah itu  gembira. 
c)
Murid-murid sekolah itu berjaya dalam pertandingan hoki yang disertai oleh   pasukan  sekolah.
d)
Pasukan hoki sekolah mereka gembira setelah murid-murid menjuarai  pertandingan itu.
15.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan  perkataan bergaris dengan betul .  
I   Mata parang itu diasah hingga  tajam.  
II  Kejadian  itu sedang dipantau oleh mata.
 
III  Haikal mengutip mata yang tertinggi.
 
IV   Gadis manis itu ialah mata hatinya.
   
a)
I dan II sahaja
b)
II dan IV sahaja
c)
 I dan III sahaja 
d)
II dan III sahaja
16.
Pilih ayat yang betul.  
I    Ahmad mengirim sesetengah gaji kepada  isterinya di kampung.
II    Sebahagian daripada kek itu dimakan oleh adik.  
III    Berita itu menggemparkan seluruh penduduk – penduduk kampung.
 
IV    Wanita itu memberi  Aminah  sepotong kuih.
 
a)
I dan II sahaja 
b)
 II dan III sahaja
c)
I dan IV sahaja 
d)
II dan IV sahaja 
17.
Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan yang berikut.  
 
Sabtu,3 September 2005     Kami, 25 orang semuanya berhimpun di Dewan Jubli Intan Muar. Dalam majlis pelancaran itu ,Pegawai Daerah Muar berharap agar ekspedisi kami selamat dan dapat menimba sebanyak mungkin pengalaman.  
Apakah tujuan mereka berkumpul di Dewan Jubli Intan Muar? 
a)
Untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Inas 
b)
Untuk mendengar ucapan Pegawai Daerah Muar.   
c)
Untuk menimba pengalaman sebelum ekspedisi 
d)
Untuk majlis pelancaran ekspedisi bermotosikal
18.
Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan yang berikut.
Ahad, 4 September 2005    
Selepas sarapan kami menyambung perjalanan. Sebelum itu, kami membersihkan kawasan perkhemahan. Sampah sarap kami tanam. Perjalanan kami ini lebih mencabar. Kami terpaksa menyeberangi sebatang anak sungai. Kami meletakkan sebatang kayu pada jejari roda depan dan belakang motosikal, kemudian mengusung beramai-ramai. Setelah empat jam bertungkus-lumus barulah semua motosikal itu berjaya dibawa ke seberang.
Sebab utama perjalanan mereka lambat pada hari kedua ialah ................
a)
kerana mereka terpaksa mengemas kawasan perkhemahan  
b)
kerana terpaksa menuruni gaung yang dalam 
c)
kerana keadaan lorong yang dilalui licin   
d)
kerana terpaksa mengusung motosikal
19.
Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan yang berikut.
Sekali lagi kami bermalam di tengah rimba. Ketika mencari tempat untuk memasang khemah,kami temui kesan-kesan tapak kaki gajah dan harimau. Kecut hatiku apabila melihat kesan tapak kaki harimau sepanjang sejengkal itu. Kami pun segera menghidupkan unggun api. Malam itu aku tidur awal kerana amat letih .
Bacaimanakah cara mereka mengelak diri daripada ancaman binatang liar? 
a)
Dengan tidur lebih awal    
b)
Dengan menghidupkan unggun api    
c)
Dengan memasang khemah besar
d)
Dengan berkawal sepanjang malam
20.
Dia tidak suka ................................... perasaan orang lain .
a)
dipermainkan
b)
memainkan
c)
memaini
d)
mempermainkan