wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Kimia 6.3 Elektrolisis Larutan Akueus

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
Apakah ion-ion yang terdapat di dalam larutan akueus natrium sulfat?
   I. ion natrium
  II. ion hidrogen
 III. ion sulfat
 IV. ion hidroksida
a)
I dan III sahaja
b)
II dan IV sahaja
c)
I, II dan III sahaja
d)
I, II, III dan IV
2.
Rajah menunjukkan susunan radas untuk elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat dengan kepekatan 0.1 mol/ dm3. Ramalkan pemerhatian yang akan diperoleh di katod.
a)
gelembung-gelembung gas tidak berwarna terbebas
b)
pepejal perang terenap
c)
pepejal kelabu berkilat terenap
d)
gelembung-gelembung gas kuning kehijauan terbebas
3.
Antara faktor-faktor berikut, yang manakah mempengaruhi hasil elektrolisis larutan akueus?
   I. kepekatan ion dalam elektrolit
  II. kehadiran bendasing dalam elektrolit
 III. Jenis elektrod yang digunakan
 IV. Jarak antara elektrod apabila diletakkan dalam elektrolit
a)
I dan III sahaja
b)
I dan IV sahaja
c)
II dan III sahaja
d)
II dan IV sahaja
4.
Rajah menunjukkan elektrolisis larutan argentum nitrat 1.0 mol dm-3 dengan menggunakan elektrod argentum. Setengah persamaan yang  manakah mewakili tindak balas yang berlaku di anod?
a)
Ag+ + e→ Ag
b)
Ag → Ag+ + e
c)
4OH- → O2   +   2H2O   +  4e-
d)
2H+   +   2e-  →   H2
5.
Rajah menunjukkan elektrolisis larutan akueus magnesium sulfat, MgSO4. Apakah hasil elektrolisis di elektrod A dan B?
a)
A. sulfur    B. gas hidrogen
b)
A. sulfur dioksida   B. magnesium
c)
A. gas oksigen    B. gas hidrogen
d)
A. gas hidrogen   B. gas oksigen
6.
Larutan kuprum(II) sulfat dielektrolisiskan menggunakan elektrod kuprum. Apakah yang diperhatikan pada anod dan katod selepas 30 minit?
a)
Anod :
plat kuprum menipis
Katod :
plat kuprum menebal
b)
Anod :
Plat kuprum menipis
Katod :
gelembung gas terbebas
c)
Anod :
Plat kuprum menebal
Katod :
Plat kuprum menipis
d)
Anod : 
Gelembung gas terbebas
Katod :
Plat kuprum menebal
7.
Elektrolisis larutan Y, 1.0 mol dm-3 dijalankan menggunakan elektrod karbon. Selepas 10 minit, suatu gas kuning kehijauan yang menukarkan kertas litmus biru ke merah kemudian putih dibebaskan di anod. Antara berikut, yang manakah paling mungkin larutan Y?
a)
natrium bromida
b)
natrium klorida
c)
kalium iodida
d)
kalium hidroksida
8.
Logam X berada di atas hidrogen dalam siri elektrokimia. Apabila larutan X klorida cair dielektrolisiskan dengan menggunakan elektrod platinum, apakah pemerhatian yang boleh dibuat di katod?
a)
pepejal X terenap
b)
gas yang menyalakan semula kayu uji berbara terbebas
c)
gas kuning kehijauan dengan bau sengit terbebas
d)
gas yang menghasilkan bunyi "pop" apabila diuji dengan kayu uji bernyala terbebas
9.
Rajah menunjukkan elektrolisis bagi kalium iodida 1.0 mol dm-3. Antara berikut, yang manakah hasil yang terbentuk pada elektrod karbon X dan elektrod karbon Y?
a)
X- oksigen, Y-hidrogen
b)
X-iodin, Y-hidrogen
c)
X-hidrogen, Y-oksigen
d)
X-iodin, Y-kalium
10.
Rajah menunjukkan elektrolisis bagi larutan kuprum(II) nitrat dengan menggunakan elektrod-elektrod kuprum. Antara setengah persamaan berikut, yang manakah mewakili tindak balas yang berlaku di anod dan di katod?
a)
Anod :
4OH- → O2 + 2H2O + 4e-
Katod:
2H+ + 2e- → H2
b)
Anod :
Cu → Cu2+ + 2e-
Katod :
Cu2+ + 2e- → Cu
c)
Anod : 
4OH- → O2 + 2H2O + 4e-
Katod: 
Cu2+ + 2e- → Cu
d)
Anod :
Cu → Cu2+ + 2e-
Katod :
2H+ + 2e- → H2