wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Akidah f5

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.
Berikut adalah Imam2 yang telah memasyhurkan Mazhab Ahli Sunnah Wa Jamaah Kecuali
a)
Imam Abu Hasan al-Asy’ari 
b)
Abu Mansur al-Maturidi
c)
Imam Abu Musa al-Asy’ari 
2.
(1) _______ bermaksud mereka berkumpul di atas kebenaran dan bersatu untuk berjihad, melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Menghidupkan sunnah dan menentang bidaah.
(2) _______bermaksud mereka menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah.
a)
(1) Ahli Sunnah (2) al Jamaah
b)
(1) al Jamaah (2) Ahli Sunnah
3.
Ahli sunnah meyakini bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat ________.
a)
Qadim 
b)
Hadis 
4.
Ahli sunnah meyakini bahawa pelaku dosa besar dikira sebagai _______.
a)
Mukmin yang fasik
b)
Kafir
5.
Ahli sunnah yakin al-Quran adalah kalam Allah dan __________ iaitu bukan baharu.
a)
bukan makhluk
b)
makhluk
6.
Ahli sunnah beriktikad bahawa iman seseorang ___________.
a)
boleh bertambah dan berkurang
b)
sentiasa bertambah 
c)
sentiasa berkurang
d)
tetap
7.
Berikut adalah kepentingan berpegang dengan aqidah ahli sunnah KECUALI
a)
Asas kepada penerimaan
sesuatu amalan
b)
Dapat membersihkan aqidah daripada
sebarang kekeliruan dan kesesatan.
c)
Orang yang berpegang dengan aqidah ahli sunnah akan mendapat keredhaan Allah 
d)
Amalan yang bersandarkan aqidah ini akan ditolak oleh Allah
8.
Berikut adalah nama2 lain bagi  Ahlu Sunnah wa jamaah KECUALI
a)
salafussoleh
b)
ahlul hadith
c)
al-Jamaah
d)
al Jamaah al Quran
9.
Pengertian ______ialah Ajaran atau amalan didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah.
a)
Ajaran Sesat
b)
Ajaran Syiah
c)
Ajaran Khawarij
10.
Pengertian ______ialah berasa gembira dalam melakukan ibadat kepada Allah dan sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah.
a)
Halawatul Iman
b)
Iman
11.
Pengertian ____ ialah golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali RA sebagai khalifah Rasulullah SAW. Mereka berpendapat bahawa hanya Saidina Ali RA sahaja yang layak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah.
a)
Syiah
b)
Khawarij
c)
Muktazilah
12.
Al Salafussoleh (السلف الصَّالح) ialah para ulama yang memiliki ciri-ciri berikut iaitu:
i.  Hidup sebelum kurun ke 2
ii  Para Sahabat
iii Tabien
iv Atba' al Tabien
a)
i & ii
b)
i, ii & iii
c)
ii, iii & iv
d)
ii & iii
13.
Kumpulan ini dinamakan _________ kerana mereka berpendapat jawatan pemimpin umat Islam hanya layak di sandang oleh Ahli al Bait (اهل البيت) sahaja.
a)
Syiah Imamiyah
b)
Syiah Zaidiyyah
c)
Syiah al Batiniyah
d)
Khawarij
14.
- Kumpulan ini tidak menerima Majlis Tahkim.
- Beri'tikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir.
Membataskan sumber hukum hanya kepada al Quran sahaja.
Kenyataan berikut merujuk kepada Golongan ______.
a)
Syiah Imamiyah
b)
Syiah Zaidiyyah
c)
Syiah al Batiniyah
d)
Khawarij
15.
- Beriktikad kedudukan pelaku dosa besar berada di antara keimanan dan kekufuran
- Beriktikad perbuatan manusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah
- Menolak beramal dengan taqiyyah
Kenyataan berikut merujuk kepada Golongan ______.
a)
Syiah Imamiyah
b)
Syiah Zaidiyyah
c)
Syiah al Batiniyah
d)
Khawarij
16.
- Kumpulan ini beri'tikad bahawa Saidina Ali RA dan Imam-imam mereka sebagai tuhan.
- Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.
Kenyataan berikut merujuk kepada Golongan ______.
a)
Syiah Imamiyah
b)
Syiah Zaidiyyah
c)
Syiah al Batiniyah
d)
Khawarij
17.
Puak syiah yang dianggap paling radikal dan sesat ialah
a)
Syiah Imamiyah
b)
Syiah Zaidiyyah
c)
Syiah al Batiniyah
d)
Khawarij
18.
Salah satu pegangan Syiah Imamiyyah ialah TAQIYYAH. Apakah yang dimaksudkan dengan TAQIYYAH (تقيَّة) ?
a)
Menyembunyikan i'tikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berbeza i'tikad dengan mereka.
b)
Nikah kontrak
c)
Beriktikad bahawa jawatan Imam adalah jawatan yang dianugerah Allah seperti kenabian.
19.
Di antara yang berikut yang manakah langkah-langkah yang digariskan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk memelihara akidah?  
I  Mempelajari ilmu daripada guru yang muktabar
II  Menjauhkan diri daripada pengamal ajaran sesat
III  Membataskan sumber syariah kepada fahaman Qadiyani
IV  Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahlul Bait
a)
i & ii
b)
ii & iii
c)
i & iv
d)
iii & iv
20.
Pernyataan di bawah adalah mengenai Qada' dan Qadar menurut pandangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah kecuali
a)
Allah SWT yang berkuasa mengatur segala perkara.
b)
segala yang berlaku adalah dengan kebijaksanaan Allah SWT
c)
semua perbuatan manusia ditentukan semuanya oleh Allah SWT
d)
ketentuan baik dan buruk ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi
21.
Pandangan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah seperti berikut:
i. 
Boleh melihat Allah SWT 
ii Qadak dan Qadar ditentukan Allah SWT
iii X
X ialah ____________________.
a)
pelaku dosa besar dianggap kafir
b)
menolak prinsip besar al-Salaf al-Soleh
c)
Al- Quran Al-Karim adalah makhluk
d)
iman boleh bertambah dan berkurang
22.
- Mendalami ilmu agama
- Banyak berzikir dan berfikir tentang kekuasaan Allah SWT
- Rajin beribadat sunat seperti qiamullail dan tilawah Al-Quran
Pernyataan di atas merujuk kepada
a)
ciri-ciri kewujudan iman
b)
syarat-syarat orang yang beriman
c)
ciri-ciri orang yang bertambah iman
d)
bukti iman bertambah dan berkurang
23.
- Mengubah konsep ibadat
- Menolak syariat Islam
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri2 __________.
a)
ajaran sesat
b)
amalan syirik
c)
ajaran samawi
d)
amalan taqiyah
24.
Berikut ialah ciri-ciri mukmin yang mempunyai tahap kemanisan iman KECUALI
a)
mengerjakan ibadah wajib
b)
mengasihi sesama manusia kerana Allah SWT
c)
membenci kekufuran kerana takut kepada azab neraka
d)
mencintai Allah SWT dan Rasul melebihi segala-segalanya
25.
Kesan-kesan daripada pengamalan ajaran sesat ialah
I  akidah terbatal
II  kehidupan menjadi pincang
III  sentiasa didampingi masyarakat
IV  ilmu yang diperolehi tidak berkat
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
26.
- Mengasihi sesama manusia kerana Allah
Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan ke dalam api neraka
Pernyataan di atas merujuk kepada 
a)
ciri bertambah iman
b)
mauizatul hasanah
c)
halawatul iman
d)
kesan iman
27.
Berikut adalah ciri-ciri ajaran Qadiyani kecuali
a)
memperjuangkan semangat jihad
b)
menghukum kafir selain penganut Qadiyani
c)
mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah SWT
d)
mengisytiharkan Qadiyan sebagai tanah suci tempat menunaikan haji
28.
Pilih pernyataan yang benar mengenai ajaran Qadiyani
I  Menetapkan ibadah puasa sembilan belas hari sahaja
II  Mempercayai pengasasnya ialah jelmaan Allah SWT
III  Mengisytiharkan Qadyan sebagai tempat menunaikan haji
IV  Mendakwa pengasasnya mempunyai sejuta jenis mukjizat
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
29.
- Semua agama sama · 
- alam ini kekal
· 
- Nabi Isa a.s mati disalib
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri ajaran sesat
a)
Qadiyani
b)
Taslim
c)
Bahai
d)
Anti Hadis
30.
- Solat secara niat 
- Menganggap pemimpin mereka Maksum
· 
- Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri ajaran sesat
a)
Qadiyani
b)
Taslim
c)
Bahai
d)
Anti Hadis
31.
Lahir pada tahun 1870M di Kg. Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Terkenal dengan gelaran Hj. Muhammad Matahari

Tokoh di atas ialah pengasas ajaran sesat
a)
Qadiyani
b)
Taslim
c)
Bahai
d)
Anti Hadis
32.
- Beri'tikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah.
- Memansukhkan Agama Islam.
- Puasa 19 hari
Kenyataan berikut merujuk golongan 
a)
Qadiyani
b)
Taslim
c)
Bahai
d)
Anti Hadis
33.
Siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Qadiani di Malaysia?
a)
Yan Kee Leong
b)
Haji Muhammad Matahari
c)
Hussein Ali al-Mazandarani
d)
Maulana Muhammad Sadiq bin Baraqatullah
34.
Siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Bahai di Malaysia?
a)
Yan Kee Leong
b)
Haji Muhammad Matahari
c)
Hussein Ali al-Mazandarani
d)
Maulana Muhammad Sadiq bin Baraqatullah
35.
Berikut ialah ciri-ciri ajaran Taslim.
I  Beriktikad Nabi Isa mati disalib
II  Beriktikad alam ini bersifat qadim
III  Beriktikad semua agama adalah sama
IV  Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin
a)
I & II 
b)
I & III
c)
II & IV
d)
III & IV
36.
Orang yang mengamalkan perbuatan syirik dinamakan
a)
Musyrik
b)
Kafir
c)
Mulhid
d)
Murtad
37.
Orang yang tidak beragama (Atheis) dinamakan
a)
Musyrik
b)
Kafir
c)
Mulhid
d)
Murtad
38.
Orang yang tidak taat kepada Allah & Rasulnya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil dinamakan
a)
Fasik
b)
Munafik
c)
Kafir
d)
Murtad
39.
Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran di dalam hati dinamakan
a)
Fasik
b)
Munafik
c)
Kafir
d)
Murtad
40.
Apakah yang dimaksudkan dengan dalil Qat'ei?
a)
Perkara yang diasaskan hukumannya kepada dalil yang hujjahnya tidak boleh disangkal.
b)
Perkara yang diasaskan hukumannya kepada dalil yang hujjahnya boleh dibincang kembali.