wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Penjodoh Bilangan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
Beberapa _________ gigi adik telah rosak kerana dia suka makan gula-gula setiap hari.
a)
cucuk
b)
batang
c)
buah
d)
utas
2.
Mak Limah menyarung se________ cincin ke jarinya sebelum keluar rumah. 
a)
hiris
b)
gulung
c)
bentuk
d)
helai
3.
Pak Mat bercucuk tanam di atas se________ tanah. 
a)
bidang
b)
cebis
c)
buah
d)
genggam
4.
Se________ keris tersemat kemas pada pinggang Hang Tuah. 
a)
buku
b)
ikat
c)
bilah
d)
gumpal
5.
Saiful membeli se_______ anggur di pasar raya itu. 
a)
gugus
b)
genggam
c)
gelas
d)
ekor
6.
Ayah membelikan adik se________ kasut baru sempena hari jadinya. 
a)
longgok
b)
kuntum
c)
laras
d)
pasang
7.
Pak Samad menembak burung merpati itu dengan menggunakan se________ senapang. 
a)
tangkal
b)
pucuk
c)
laras
d)
rangkap
8.
Raihana mengirim se_______ surat kepada keluarganya di kampung.
a)
suap
b)
utas
c)
ulas
d)
pucuk
9.
Beberapa ________ ddarah menitis daripada jari tangannya yang luka. 
a)
urat
b)
senduk
c)
titik
d)
rangkai
10.
Pelancong itu sedang membaca se________ surat khabar di kafe Coffee Bean & Tea Leaf. 
a)
naskhah
b)
helai
c)
pasang
d)
biji