NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsPENJODOH BILANGAN
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Name
Class
Date
1.
Afifah terpaksa menelan dua ___________ ubat untuk melegakan kesakitan pada lututnya.
a)
pil
b)
das
c)
biji
d)
bentuk
2.
Ramli Salleh memakai ____________ kasut sukan semasa bermain bola tampar.
a)
sebelah
b)
sebentuk
c)
sepotong
d)
sepasang
3.
Haji Karim membelikan anaknya ___________ kereta antik.
a)
selaras
b)
sebutir
c)
sebuah
d)
sebentuk
4.
Pihak forensik menemukan ___________ rambut di penjuru katil.
a)
seutas
b)
selembar
c)
selingkar
d)
serangkai
5.
Beberapa ______ jagung direbus oleh ibu sebentar tadi.
a)
batang
b)
tandan
c)
tangkai
d)
tongkol
6.
Hang Lekir meletakkan ____________ lembing di pahanya sebelum mengasah mata lembing itu.
a)
selaras
b)
sebilah
c)
sepucuk
d)
sebatang
7.
Pertempuran antara pihak polis dengan _________ lanun berlaku di perairan Malaysia- Indonesia.
a)
sekawan
b)
sepasukan
c)
sekelompok
d)
segerombolan
8.
Fasha menjual ________ pantun kepada kumpulan lawan dalam pertandingan pantun itu.
a)
sebuah
b)
sebaris
c)
sekerat
d)
serangkap
9.
Ashril membeli ____________ surat khabar dari Kedai Majalah Johan.
a)
sehelai
b)
sekeping
c)
sekajang
d)
senaskah
10.
Doria membeli dua __________ bebola udang di pasar malam.
a)
lidi
b)
cucuk
c)
batang
d)
tangkai
11.
Beberapa _____________ cendawan kelihatan tumbuh di tepi sungai.
a)
kaki
b)
buah
c)
batang
d)
puntung
12.
Pemburu dari Siam itu melepaskan dua ________ tembakan ke arah harimau.
a)
das
b)
biji
c)
laras
d)
pucuk
13.
Rajeswari memasukkan dua _________ garam ke dalam periuk sebelum memasukkan serbuk kari dan daging.
a)
titik
b)
cubit
c)
kepal
d)
genggam
14.
Nenek suka menyuruh adik mencabut beberapa ____________ uban di kepalanya.
a)
urat
b)
utas
c)
untai
d)
lembar
15.
Apabila tiba di London, kami terpaksa memakai tiga _________ baju kerana cuaca yang amat sejuk.
a)
lapis
b)
helai
c)
bidang
d)
persalinan
Reset
