wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM

Total questions: 40

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.
Farah dan Puspa berjalan kaki. _______ hendak pergi ke perpustakaan desa.
a)
Saya
b)
Kami
c)
Mereka
d)
Dia
2.
"Boleh _____ keluar berjumpa dengan Cikgu Razak?" kata Amir dan Danial.
a)
saya
b)
kami
c)
mereka
d)
dia
3.
Faridah ________ baju di jemuran kerana cuaca agak cerah.
a)
membasuh
b)
menyimpan
c)
mengangkat
d)
menyidai
4.
Bahagian hadapan kereta itu remuk kerana _______ tiang lampu.
a)
terikat
b)
terlanggar
c)
terpasang
d)
tertendang
5.
Ayah Fara membawa joran untuk ______ di tepi tasik.
a)
memasak
b)
memanggil
c)
menonton
d)
memancing
6.
Jasmin muntah-muntah setelah termakan nasi lemak ______.
a)
basi
b)
gelojoh
c)
tajam
d)
garang
7.
Puan Faizah menegur anaknya kerana makan dengan ________.
a)
tajam
b)
basi
c)
cermat
d)
gelojoh
8.
Faruk _____ adiknya bermain gasing di halaman rumah.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
9.
Puan Halimah menggubah bunga ________ mendengar radio.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
10.
Yuna membuka buku latihan ______ menulis sebuah karangan.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
11.
Kamu hendak pergi ke perpustakaan _______ makmal komputer?
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
12.
Gasing yang dijual oleh lelaki itu diperbuat ______ kayu.
a)
dari
b)
oleh
c)
akan
d)
daripada
13.
Kejohanan sukan di sekolah itu akan diadakan _______ hari Sabtu.
a)
pada
b)
dari
c)
hingga
d)
daripada
14.
"Bilakah bas itu akan bertolak _________ Sungai Petani?" tanya Amir.
a)
hingga
b)
ke
c)
pada
d)
daripada
15.
Ramlah cuba menangkap _______ itu dengan jaring.
a)
gula-gula
b)
daun-daun
c)
rama-rama
d)
anai-anai
16.
_________ tidak digalakkan makan banyak gula-gula.
a)
Anai-Anai
b)
Rama-rama
c)
Kanak-kanak
d)
Baju-Baju
17.
Tangga rumah itu telah reput dimakan _________.
a)
anai-anai
b)
rama-rama
c)
kanak-kanak
d)
baju-baju
18.
Pengawas itu menaikkan ____________ ketika murid-murid menyanyi lagu kebangsaan.
a)
Jalur Gemilang
b)
Jalur Cemerlang
c)
Jalur Harapan
d)
Jalur Wawasan
19.
________ ditugaskan merawat pesakit di hospital.
a)
Inspektor Shafiei
b)
Doktor Shafik
c)
Cikgu Sakinah
d)
Datuk Murad
20.
"Tolong sampaikan surat ini ______ ayah kamu," kata Encik Rusdi kepada Arif.
a)
pada
b)
dari
c)
kepada
d)
daripada
21.
"__________melintas jalan raya, semua murid mestilah melihat ke kiri dan ke kanan dahulu,"kata Cikgu Ramli.
a)
Tatkala
b)
Selepas
c)
Sebelum
d)
Semenjak
22.
Mulut Tok Bomoh Mali_______membaca jampi serapah.
a)
ramah-tamah
b)
kumat-kamit
c)
serbah-serbih
d)
kacau-bilau
23.
Bandar raya Kuala Lumpur___________pada waktu malam kerana dihiasi lampu yang berwarna-warni.
a)
huru-hara
b)
calar-balar
c)
kucar-kacir
d)
terang-benderang
24.
Kakak mencuba baju kurung yang baru siap________oleh tukang jahit yang berpengalaman itu.
a)
dijahit
b)
terjahit
c)
penjahit
d)
menjahit
25.
Aiman seorang murid yang pintar dalam Matematik,___________Siva pula bijak dalam Sains.
a)
dan
b)
sekiranya
c)
sambil
d)
manakala
26.
Tuan Haji Sulaiman dan beberapa orang kawannya sedang berbincang tentang aktiviti yang akan diadakan sempena Hari Keluarga. ________berbincang di ruang tamu rumah.
a)
Mereka
b)
Kalian
c)
Kamu
d)
Dia
27.
"Parameswara ialah Sultan Melaka yang pertama. __________sangat terkenal pada ketika itu,"cerita datuk kepada kami.
a)
Beta
b)
Beliau
c)
Tuanku
d)
Baginda
28.
Angin yang bertiup dengan________telah mengakibatkan atap beberapa rumah di kampung itu rosak.
a)
laju
b)
kuat
c)
lemah
d)
kencang
29.
Pokok mangga yang ditanam oleh ayah di belakang rumah berbuah dengan ________pada tahun ini.
a)
kuat
b)
lebat
c)
sedikit
d)
banyak
30.
Adik tidur _____kerana keletihan setelah mendaki Bukit Broga bersama-sama dengan abang pagi tadi.
a)
sedap
b)
senyap
c)
nyaman
d)
nyenyak
31.
Emak __________ buah tembikai untuk dihidangkan kepada tetamu. 
a)
menebuk 
b)
mengerat
c)
memotong
d)
memasak
32.
Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang betul. 
a)
pemaju
b)
memaju
c)
kemajuan
d)
memajukan
33.
Plastik __________ akan memudahkan kita untuk melihat barangan yang ada di dalamnya. 
a)
lutsinar
b)
kalis air
c)
kedap sinar
d)
kedap udara
34.
Penggunaan lampu yang __________ ketika membaca boleh menyebabkan kerosakan mata. 
a)
silau
b)
malap
c)
jernih
d)
terang
35.
Jiran saya Encik Shahir. ____________ bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia.
a)
Dia
b)
Beliau
c)
Kalian
d)
Baginda
36.
“____________ perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh 6A dalam UPSR”. Kata Cikgu Masyitah kepada murid tahun 6.
a)
Awak
b)
Beliau
c)
Kalian
d)
Engkau
37.
__________ hujan turun dengan lebat, paras air sungai akan naik dan kawasan sekitarnya banjir. 
a)
Apabila
b)
Kerana
c)
Andai
d)
Agar
38.
Umat Islam akan saling __________ dan __________ dengan ibu bapa serta sanak-saudara pada hari raya. 
a)
hadir…menghormati 
b)
mengunjungi…bermaafan 
c)
menghormati…mencintai  
d)
mengasihi…bekerjasama 
39.
Penggunaan lampu yang __________ ketika membaca boleh menyebabkan kerosakan mata. 
a)
silau
b)
malap
c)
jernih
d)
terang
40.
Puan Rohaya menguli adunan tepung itu sehingga_______untuk membuat biskut raya.
a)
keras
b)
lembut
c)
lembab
d)
kembang