NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsBM TH4 - TATABAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Name
Class
Date
1.
Rambut abang yang _____________ itu telah dipotong oleh ayah dengan menggunakan gunting.
a)
panjang
b)
tinggi
c)
labuh
d)
lanjut
2.
Cikgu Mokhtar menutup hidungnya dengan tangan semasa melalui tandas murid yang berbau ____________.
a)
hancing
b)
hanyir
c)
hapak
d)
hamis
3.
Buku terbaharu Syarikat Bestari akan __________ pada bulan depan.
a)
terbit
b)
muncul
c)
tampil
d)
timbul
4.
Pemuda yang berbaju belang itu bertubuh sasa dan memiliki wajah yang ____________.
a)
indah
b)
tampan
c)
indah
d)
ayu
5.
Ayah semakin risau apabila melihat perutnya yang semakin ___________ itu.
a)
buncit
b)
kempis
c)
kembung
d)
nipis
6.
Walaupun telah berkali-kali diberi amaran, Amin dan kawan-kawannya tetap mandi di sungai yang ________ itu.
a)
dalam
b)
cetek
c)
tenang
d)
jernih
7.
Pemain lawan tidak dapat mengawal pergerakan Radhi kerana dia sangat ___________.
a)
lincah
b)
gopoh
c)
deras
d)
ligat
8.
"Kita mestilah berusaha kerana yang ___________ tidak akan datang menggolek, yang ____________ tidak akan datang melayang," kata Cikgu Adi kepada murid-murid tahun empat.
a)
bulat ........... pipih
b)
lonjong ............ nipis
c)
cembung ........... leper
d)
buncit ............ lurus
9.
Zuraimi berasa _____________ kerana mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun.
a)
kecewa
b)
segan
c)
gembira
d)
rindu
10.
Profesor Madya Irezan ______________ menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Jerman, bahasa Belanda, dan bahasa Portugis.
a)
petah
b)
cekap
c)
fasih
d)
terang
11.
Beruang kutub yang sering diburu oleh pemburu haram mungkin akan ____________.
a)
pupus
b)
hilang
c)
tenggelam
d)
binasa
12.
Penoreh getah itu berasa ____________ apabila terjumpa kesan tapak kaki harimau.
a)
risau
b)
pahit
c)
kesal
d)
goyang
13.
Sampah sarap itu berbau _____________ kerana sudah seminggu tidak dikutip oleh lori sampah.
a)
hapak
b)
hanyir
c)
hamis
d)
tengik
14.
Peristiwa ____________ yang telah menimpa keluarganya masih dikenangnya walaupun sudah hampir 15 tahun.
a)
kenang
b)
hitam
c)
kisah
d)
semalam
15.
Pertandingan ______________ burung telah diadakan oleh penduduk di Kampung Parit.
a)
memikat
b)
memelihara
c)
menangkap
d)
menjerat
Reset
