Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ulangkaji percubaan spm terengganu

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.
"Hukum haram menerima pusaka dari waris yang beragama Islam"
Pernyataan di atas menjelaskan tentang kesan bagi perbuatan _______________
a)
sihir
b)
syirik
c)
riddah
d)
khurafat
2.
Antara yang berikut yang manakah contoh perbuatan nifak?
a)
Mempercayai burung hantu yang boleh mendatangkan bala
b)
Mengistiharkan diri keluar dari agama Islam
c)
Melampaui batas apabila bertengkar
d)
Menyembah berhala
3.
"Encik Ismail melakukan pinjaman di sebuah bank dan dikenakan bayarantambahan sekiranya menangguhkan tempoh bayaran"
Pernyataan di atas merujuk kepada __________________
a)
judi
b)
gharar
c)
riba al-fadhl
d)
riba an-nasiah
4.
Berikut adalah tanggungjawab terhadap ibu bapa setelah meninggal dunia kecuali____________________ untuk mereka.
a)
mendoakan
b)
membayar hutang
c)
menjaga kebajikan
d)
menunaikan wasiat
5.
"Menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bilamasa mengikut syarat-syaratnya."
Pernyataan di atas adalah pengertian ____________________
a)
Haji
b)
Miqat
c)
Tawaf
d)
Umrah
6.
Antara yang berikut manakah bukan syarat penyewa dan pemberi sewa ?
a)
Islam
b)
Akil baligh
c)
Kemahuan sendiri
d)
Keadaan kedua-duanya tidak membazir
7.
 Suami hilang
 Suami menzalimi isteri
 Suami tidak memberi nafkah
Pernyataan di atas berkaitan dengan sebab-sebab
a)
talak
b)
khuluk
c)
fasakh
d)
nusyuz
8.
Manakah antara berikut wali paling dekat (akrab) dengan perempuan.
a)
Adik beradik lelaki sebapa
b)
Bapa saudara seibu sebapa
c)
Sepupu daripada bapa saudara seibu sebapa
d)
Anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki sebapa
9.
Berikut ialah pernyataan yang benar mengenai akikah kecuali
a)
afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi
b)
bertujuan untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT.
c)
bagi setiap anak lelaki sebaik-baiknya disembelih dua ekor kambing
d)
sebahagian daripada dagingnya hendaklah diberi kepada fakir miskin
10.
Antara berikut manakah prinsip insurans yang diharuskan dalam Islam ?
I Melindungi di antara satu sama lain apabila ditimpa musibah.
II Bertujuan memberi keuntungan yang berbeza di kalangan ahli.
III Mempunyai unsur gharar pada bayaran sumbangan dan manfaat
IV Pemegang polisi bekerjasama bagi mengadakan manfaat bersama.
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan VI
11.
Berikut ialah perkara yang membatalkan gadaian kecuali
a)
penggadai meninggal dunia
b)
penggadai melancong ke luar negara
c)
penggadai telah membayar semua hutangnya
d)
penggadai telah menghebahkan barang tersebut kepada orang lain
12.
Antara berikut yang manakah tanggungjawab suami isteri dalam rumahtangga
I memberi nafkah zahir dan batin
II memelihara dan mendidik anak-anak
III memenuhi keperluan dan hak masing-masing menurut syarak
IV menghubungkan silatulrahim dengan keluarga kedua belah pihak
a)
I,II dan III
b)
I,II dan IV
c)
I,III dan IV
d)
II,III dan IV
13.
Pilih pernyataan yang benar mengenai sebab Ibnu Sina di nobatkan sebagai tokoh perubatan dunia
a)
Menguasai ilmu perubatan ketika berusia 16 tahun
b)
Karya perubatan beliau menjadi rujukan Universiti di Eropah
c)
 Penguasaan beliau dalam ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
d)
Pencapaian dan penemuan baru dalam bidang perubatan dan farmasi
14.
Sumbangan khalifah Abu Bakar al-Siddik radiallahuanhu semasa menjadi khalifahialah ________________ 
a)
menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran
b)
 menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
c)
memerangi golongan yang enggan membayar zakat
d)
mengisytiharkan kalendar mengikut tahun hijrah
15.
 Sufian bin Uyainah
 Ismail bin Qastantin
 Imam Malik bin Anas
Tokoh-tokoh di atas ialah guru kepada __________________.
a)
Imam Shafii rahimahullah
b)
Imam Bukhari rahimahullah
c)
Imam Abu Hanifah rahimahullah
d)
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah
16.
Antara yang berikut yang manakah pengaruh luar yang mendorong kepadakemerosotan kerajaan Bani Abbasiah?
I Turki
II Parsi
III Monggul
IV Sepanyol
a)
I dan II
b)
I dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
17.
Kitab al-Fiqh al-Akbar ialah karya __________
a)
Imam Shafii rahimahullah
b)
Imam Abu Hanifah rahimahullah
c)
 Imam Malik bin Anas rahimahullah
d)
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah
18.
 Dilahirkan di Tonto, Mesir.
 Meninggal dunia pada pada tahun 1314H.
 Pernah dilantik sebagai Mufti Kerajaan Mesir.
Pernyataan di atas merujuk kepada __________________.
a)
al-Sayid Jamaluddin al-Afghani
b)
al-Sheikh Muhammad Abduh
c)
 al-Sheikh Tahir Jalaluddin
d)
HAMKA
19.
 Mematuhi peraturan
 Menjaga kebersihan
 Memelihara flora dan fauna
Pernyataan di atas menerangkan adab _________________
a)
Bermusafir
b)
 Berekreasi
c)
Memelihara alam
d)
Menjaga kemudahan awam
20.
Perkara berikut adalah adab menjaga orang sakit dari aspek emosi kecuali
a)
mengingatkan pesakit supaya sentiasa mengingati Allah
b)
 bercakap dengan bahasa yang lembut
c)
sabar dengan tingkah laku pesakit
d)
menunjukkan muka yang manis.
21.
Di antara contoh perbuatan khurafat ialah membuang ________________ untuk menghalau hantu.
a)
ancak
b)
saka
22.
Mengambil hak orang lain secara kekerasan ialah pengertian _______________
a)
mencuri
b)
merompak
23.
Anak angkat boleh menerima harta daripada bapa angkat melalui _____________,wasiat dan hadiah.
a)
hibah
b)
pusaka
24.
Di dalam al-Quran Allah SWT telah menjelaskan bahawa perbuatan____________ lebih dahsyat dari perbuatan membunuh.
a)
memfitnah
b)
mengumpat
25.
Antara ciri ajaran sesat ialah beriktikad bahawa semua agama adalah sama dandigabungkan dalam ajaran ________________
a)
taslim
b)
bahai
26.
Ajaran _____________ mengharuskan penzinaan melalui konsep nikah batin.
a)
taslim
b)
qadyani
27.
Talak yang menyalahi peraturan syarak
a)
talak bid'i
b)
talak sunni
28.
Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat
a)
talak taklik
b)
talak raj'i
29.
Miqat makani bagi jamaah haji Malaysia yang menaiki penerbangan terus keMadinah ialah _______________________________
a)
YALAMLAM
b)
BIR ALI / ZU HULAIFAH
30.
Pusat perkembangan ilmu pada zaman kerajaan Umaiyah ialah _____________.
a)
basrah
b)
mekah
31.
Kitab al-Muwatta’Ketegasan adalah hasil karya imam __________
a)
malik
b)
syafie
32.
Membataskan bahawa sumber syariat hanya al-Quran sahaja ialah pegangan___________________
a)
muawiyah
b)
khawarij
33.
struktur kerajaan abbasiyah ialah al-khalifah, ___________ dan ad-dawawin
a)
al-jamaah
b)
al-wazir
34.
Membanyakkan membaca al-Quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan hukumnya _____________________.
a)
harus
b)
sunat
35.
Penjual dan pembeli disyaratkan ______________________, mukallaf, kemahuan sendiri dan merdeka jika menjual al-Quran dan hadis.
a)
islam
b)
cukup umur
36.
 Menjaga keselamatan
 Sentiasa bertimbang rasa
 Menggunakan mengikut peraturan
Pernyataan di atas merujuk kepada adab ________________ .
a)
MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
b)
MENJAGA ALAM SEKITAR
37.
____________________ ialah sejenis terbitan yang yang dikeluarkan olehsesebuah syarikat sebagai alat pemilikan.
a)
SAHAM
b)
INSURANS
38.
Waktu afdal melakukan korban ialah pada hari raya Aidiladha ________________gelincir matahari.
a)
SEBELUM
b)
SELEPAS
39.
Isteri yang mengelak daripada melayan suami dengan berpuasa sunat hukumnya________________________
a)
HARAM
b)
WAJIB
40.
Memasukkan buah tamar atau buah-buahan lain yang manis ke bahagian atas mulut (lelangit) bayi yang baru lahir dinamakan ______________
a)
TANHIK
b)
TAHNIK