WorksheetsKUIZ TATABAHASA
Total questions: 45
Worksheet time: 23mins
"Fikirlah masak-masak sebelum kamu melepaskan jawatan ini, kerana belum pasti kamu selesa di tempat baharu itu kelak yang kononnya akan menjanjikan tawaran gaji dua kali ganda daripada apa yang kamu peroleh sekarang ini. Saya khuatir kelak__________."
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Puan Maream yakin sekali bahawa pertelingkahan antara anak-anaknya itu tidak akan berpanjangan, sebaliknya mereka akan berbaik-baik seperti sediakala.
Peribahasa berikut dapat dikaitkan dengan keyakinan Puan Maream kecuali
air pun ada pasang surutnya, takkan pasangnya selalu dan surutnya senantiasa
cencang air tidak putus, pancung abu tidak akan berbekas
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
air dicencang tidak akan putus
Peribahasa ini mengingatkan bahawa orang yang berpangkat atau berdarjat tidak akan hilang darjatnya jika bergaul dengan orang bawahan.
Peribahasa yang sesuai dengan maksud diatas ialah
anak kucing menjadi harimau
jika ular menyusur akar, tiada hilang bisanya
air yang dingin juga dapat memadamkan api
kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Muaz ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran, tetapi ibunya tidak menyetujui keputusannya kerana dianggap terlalu mencabar bagi Muaz yang memperoleh keputusan SPM yang kurang cemerlang. Muaz pula berpendapat bahawa semua bidang ada cabarannya. Bak kata pepatah
tidak ada laut yang tidak berombak
alang-alang berdakwat, biar hitam
kalah jadi abu, menang jadi arang
genggam bara api, biar sampai jadi arang
Manis-manis sungguh buah-buah mangga madu yang dibeli oleh ayah di pasar.
Manis buah-buah
Manis-manis bauh-buah
Manis-manis sungguh buah
Manis-manis sungguh buah-buah
Syarikat itu akan memperluaskan lagi pasaran untuk produk-produknya di Timur Tengah.
memperluaskan pasaran
memperluas pasaran
meluaskan lagi pasaran
memperluaskan lagi pasaran
Persembahan kumpulan muzik itu adalah yang paling terburuk sekali dalam pertandingan ini.
yang terburuk
yang terburuk sekali
yang paling terburuk
yang paling terburuk sekali
Pemeriksaan enjin kenderaan ini dibuat dengan berdasarkan kepada panduan dalam buku manual tersebut.
berdasarkan panduan
berdasarkan dengan panduan
berdasarkan pada panduan
berdasarkan kepada panduan
Pihak sekolah haruslah mengambil langkah yang bijak untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum.
ambil langkah yang bijak
mengambilkan langkah bijak
mengambil akan langkah bijak
mengambil langkah yang bijak
Anda dikehendaki membawa semua dokumen-dokumen penting semasa ditemu duga.
semua dokumen terpenting
semua dokumen penting
semua dokumen-dokumen
semua dokumen-dokumen penting
baulu
bahulu
boulu
bahlu
garfu
garpu
gerafu
gerapu
roti parata
roti paratha
roti perata
roti prata
Berserah kepada takdir.
redha
reda
Bulan puasa
Ramadhan
Ramadan
Mana yang betul
kuetiau
kuey teow
bihun
mihun
beehoon
meehoon
mee
mi
sate
satay
Penduduk kampung itu menentang ________________ cadangan untuk membuka sebuah kilang kampung mereka.
bulat-bulat
rapat-rapat
bidup-hidup
dalam-dalam
"Jalan raya ini __________ kerana saban hari dilalui lori yang membawa pasir," kata salah seorang penduduk kepada pemberita.
haru-biru
bolak-balik
lekak-lekuk
lintang-pukang
Datuk mengangkat tangannya yang ____________ itu untuk mengambil tongkat yang berhampiran dengan katilnya.
tersipu-sipu
teragak-agak
terketar-ketar
terkebil-kebil
Puan Faiznur dan suaminya ______________ menjaga Encik Kamil yang sakit di hospital.
berliku-liku
bergilir-gilir
berderai-derai
berpisah-pisah
Suasana di Karnival Sukan SMA Repah __________ dengan suara orang bercakap bernyanyi dan bertepuk sorak.
kusut-masai
desas-desus
riuh-rendah
ramah-tamah
Cikgu Azmie __________ khabar ayah Ali yang masih terlantar di hospital.
ditanya
bertanya
menanya
bertanyakan
Ustaz Mazlan __________ anaknya memperkemas susunan pingat yang disimpan di dalam almari.
diperhati
perhatian
diperhatikan
memerhatikan
Kumpulan nasyid Ar-Rayyan yang tersohor di SMA Repah memperdengarkan tiga buah lagu dalam majlis perpisahan Ustaz Kamal sementara penari zapin membuat __________.
sembahan
persembahan
menyembahkan
mempersembahkan
Semua murid akan __________ lagu Negaraku dan SMA Reapah semasa perhimpunan mingguan sekolah diadakan.
menyanyikan
dinyanyikan
bernyanyi
nyanyikan
Hujah-hujah yang bernas telah ______________ oleh pemidato yang terakhir itu dengan penuh keyakinan.
sampaikan
menyampaikan
disampaikan
kesampaian
Seorang _______________ keselamatan berjaya menggagalkan cubaan untuk merompak sebuah bank
pentadbir
pengawal
pengerusi
pemimpin
Pak Mat mengukir kayu dengan menggunakan sebilah ___________________.
kapak
pahat
parang
gergaji
Pemuda itu berjaya mencipta sebuah kereta yang menggunakan ____________________ tinggi.
gajet
emosi
interaksi
teknologi
Beberapa _________________ serai dan pandan hisup subur di tepi pagar rumah Cikgu Samsida.
ruas
gugus
rumpun
lembar
"Biarlah _____________ berhadapan dengan parajurit Jawa ini," kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.
beta
anda
patik
hamba
Alya ____________ sejak ditinggalkan oleh tunang kesayangannya.
memendam rasa
menjeruk rasa
terputus asa
mengikut rasa
Zafran dipilih untuk mengacarakan majlis itu secara ____________ kerana Aidil tidak dapat hadir.
serkap jarang
bidan terjun
membuta tuli
membabi buta
Ustazah Fatimah sudah _____________ untuk berpindah ke Kelantan kerana dia akan berumah tangga bulan hadapan.
bulat hati
berat hati
besar hati
cekal hati
Dia _________________ apabila melihat mangsa kemalangan yang cedera parah itu.
cekik darah
muntah darah
mabuk darah
naik darah
Intan dan Najwa ___________________ selepas mereka bergaduh.
bertikam lidah
berpatah arang
bertegang leher
berjabat tangan
Dengan suara yang terketar-ketar, dia ____________________ daripada penjahat itu.
minta izin
minta ampun
minta nyawa
minta diri
Pokok rambutan di tepi rumah saya berbuah _________________
selalu
banyak
masak
lebat
Fattah __________ batu itu jauh-jauh.
membaling
membawa
mengheret
menendang
Aiman Syameer dijangka akan memecah rekod dalam acara lumba lari berpagar, _________________ dia gagal berbuat demikian kerana tercedera semasa latihan.
namun begitu
jika begitu
dengan demikian
lebih-lebih lagi
Saya tidak tahu __________________ yang telah meminjam buku saya.
siapa
bila
bagaimana
kenapa
Wajah Aiman ________________ Hafiz apabila dipandang dari arah sisi.
seiras
sebentuk
sepotong
seimbas
