wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAT 2017, ting. 4

Total questions: 40

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.
Apakah makna tamadun mengikut pandangan Syed Naquib al-attas?
a)
Kebebasan berpolitik
b)
Kemajuan perundangan 
c)
Kemakmuran masyarakat
d)
Ketinggian tatasusila
2.
Maklumat berikut berkaitan dengan Tamadun Mesir Purba
- Perkembangan ilmu matematik
- Pengetahuan bidang astronomi
Apakah sumbangan kemajuan tersebut?
a)
Mencipta kincir air
b)
Membina bandar terancang
c)
Memperkenalkan sistem kalendar
d)
Menggunakan penanaman secara bergilir
3.
Hubungan luar antara

- Tamadun Mesir Purba
- Tamadun Mesopotamia
- Tamadun Indus

Apakah kesan pengamalan sifat keterbukaan tersebut?
a)
Pertukaran teknologi
b)
Perkembangan kesenian
c)
Perluasan pengaruh agama
d)
Peningkatan kegiatan pertanian
4.
Raja Sargon yang mengasaskan kerajaan Akkad telah memberi sumbangan terhadap Tamadun Mesopotamia.
 

Apakah sumbangan tersebut?
a)
Pembinaan empayar
b)
Penciptaan sistem tulisan 
c)
Penggubalan undang-undang
d)
Pembangunan sektor pertanian
5.
Shih Huang Ti telah membentuk Dinasti Chin dalam Tamadun China.
Apakah kesan pembentukan empayar tersebut?
a)
pemantapan hubungan luar
b)
penghapusan kuasa bangsawan
c)
perubahan struktur masyarakat
d)
penguasaan golongan agama
6.
Gambar di atas menunjukkan Acropolis di negara kota Athens dalam Tamadun Yunani.
Apakah fungsi binaan tersebut?
a)
kediaman raja
b)
keagamaan
c)
ketenteraan
d)
kegiatan perdagangan
7.
Pemerintahan Rom telah mewujudkan Majlis Pembandaran di setiap bandar.
Apakah kesan kewujudan perbandaran tersebut?
a)
mengukuhkan keselamatan
b)
melicinkan pungutan cukai
c)
menjamin keselesaan hidup
d)
meningkatkan kesetiaan rakyat
8.
Maklumat berikut menunjukkan perubahan pentadbiran dalam Tamadun Yunani.
"TIRANI kepada DEMOKRASI"

Bagaimanakah perubahan tersebut berlaku?
a)
kebangkitan rakyat
b)
ancaman kuasa asing
c)
perkembangan sistem pendidikan 
d)
penentangan golongan aristokrasi
9.
Senarai artifak berikut dijumpai di Lembah Bujang.
- Manik
- Tembikar
- Pelita tembaga

Apakah yang dapat dibuktikan dengan penemuan artifak tersebut?
a)
kestabilan politik
b)
kemajuan pertanian
c)
kemahiran masyarakat
d)
kewujudan pelabuhan entrepot
10.
Sresthin merupakan persatuan perdagangan dan perusahaan dalam Tamadun India.
Apakah matlamat penubuhannya?
a)
mengawal harga barang
b)
menjamin kebajikan pekerja
c)
mengurangkan barangan import
d)
memelihara keselamatan tempat bekerja
11.
Undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius telah diamalkan pada Zaman dinasti Han dalam Tamadun China.

Apakah tanggungjawab raja mengikut ajaran tersebut?
a)
melakukan perluasan kuasa
b)
meluaskan mobiliti sosial
c)
menjaga keharmonian rakyat
d)
memelihara keindahan alam
12.
Pada zaman Srivijaya, Datu meminum air yang disiram pada batu tersebut.

Apakah tujuan upacara tersebut diamalkan?
a)
mewujudkan penghormatan terhadap pembesar
b)
memperkuatkan kedudukan pembesar
c)
menguji kepimpinan pembesar
d)
menjamin kesetiaan pembesar
13.
Peristiwa "X" merupakan tanda pemisah Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.

Apakah peristiwa "X"?
a)
keruntuhan empangan Maarib
b)
penurunan surah al-Alaq
c)
perletakan semula Hajar Aswad
d)
perjanjian Hudaibiyah termeterai
14.
Mengapakah Nabi Muhammad SAW sering bertahannuth di Gua Hirak?
a)
mencari cara mengubah kehidupan masyarakat
b)
mempelajari ilmu perdagangan
c)
menyusun strategi peperangan
d)
menjauhi ancaman musuh
15.
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq merupakan khalifah pertama memerintah Khulafa' al-Rasyidin.

Mengapakah tokoh tersebut digelar Penyelamat Umat Islam?
a)
menamatkan perang saudara
b)
memantapkan sistem perundangan
c)
mengatasi perpecahan masyarakat
d)
menyatukan wilayah-wilayah kecil
16.
Perang Khandak berlaku antara orang Islam Madinah dengan orang Arab Quraisy Makkah.
Apakah strategi orang Islam dalam perang tersebut?
a)
mengepung kota
b)
menggali parit
c)
mendapat bantuan luar
d)
menggunakan serang hendap
17.
Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW semasa Perang Badar.
- Mengampunkan tawanan Arab Quraisy
- Membebaskan tawanan wanita dan kanak-kanak
- Membebaskan tawanan lelaki yang berjaya mengajar kanak-kanak Islam

Apakah kesan daripada tindakan baginda tersebut selepas perang.
a)
pembukaan semula Kota Makkah
b)
bilangan penganut Islam bertambah
c)
pembentukan pusat pentadbiran Islam
d)
amalan masyarakat Arab Jahiliah dihapuskan
18.
Mengapakah kemasukan Islam ke Sepanyol dikatakan membawa kepada kemunculan kebudayaan baru?
I  Penggunaan bahasa Arab
II Kemuncuan golongan Mozarab
III Penghijrahan beramai-ramai
IV Kemajuan kegaiatan penterjemahan
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
III dan IV
d)
I dan IV
19.
Setelah kedatangan Islam di Asia tenggara, Syahbandar memainkan peranan sebagai pentadbir pelabuhan dan ...
a)
mengetuai angkatan tentera
b)
menyeragamkan mata wang
c)
menentukan kemajuan perdagangan 
d)
menggubal Undang-undang Laut
20.
Senarai berikut merujuk kepada karya kesusasteraan yang dihasilkan di Melaka. 

- Hikayat Amir Hamzah
- Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Apakah kepentingan karya tersebut?
a)
mencatatkan pengislaman pemerintah
b)
menjadi panduan mentadbir kerajaan
c)
mendorong penubuhan institusi agama
d)
meningkatkan semangat untuk menentang musuh
21.
- Abdul Rauf Singkel
- Syeikh Nurudin al-Raniri
- Syed Daud al-Pattani
Senarai di atas merujuk kepada pengarang kitab agama Islam dalam kerajaan Islam di Asia Tenggara.

Apakah persoalan yang dimuatkan dalam karya mereka?
a)
kewajipan berjihad
b)
kecekapan pemerintah
c)
kebebasan wanita
d)
kesetiaan rakyat
22.
John Crawford berpendapat Islam berkembang ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab. Apakah buktinya?
a)
persamaan seni bina
b)
pembinaan perkampungan
c)
perjumpaan batu marmar
d)
perpindahan beramai-ramai pedagang
23.
Di Jawa, cara Wali Songo (Wali Sembilan) berdakwah telah berjaya mengislamkan ramai masyarakat tempatan. Apakah cara tersebut?
a)
menyediakan kemudahan pelabuhan
b)
mengeratkan hubungan luar
c)
menanam semangat beramal
d)
memupuk perkahwinan sahsiah
24.
- Demak
- Mataram
- Samudera Pasai
Bagaimanakah kerajaan Islam di atas menyebarkan Islam di Asia Tenggara?
a)
perkahwinan sahsiah
b)
perluasan jajahan takluk
c)
perkembangan karya kesusteraan
d)
pemberian bantuan ketenteraan
25.
Institusi Baitulmal telah diperkenalkan oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh.
Apakah peranan institusi tersebut?
a)
Pusat perbendaharaan negara
b)
Pusat kegiatan ekonomi
c)
Pusat kebudayaan 
d)
Pusat keilmuan
26.
Maklumat berikut merujuk kepada kitab perundangan di Negeri-negeri Melayu.
→ Undang-undang Perak
→ Undang-undang Kedah
→ Undang-undang Pahang

Mengapakah sistem perundangan diadakan?
a)
melambangkan keagongan kerajaan 
b)
memantapkan sistem pendidikan 
c)
melicinkan pemerintahan 
d)
mengeratkan hubungan luar
27.
Gelaran berikut digunakan oleh golongan pemerintah di Negeri-negeri Melayu setelah kedatangan Islam.
→ Zillullah fil-alam
→ Zillullah fil-ard

Apakah kepentingan gelaran tersebut kepada pemerintah?
a)
mengesahkan kewibawaan seorang raja
b)
mengukuhkan perpaduan rakyat
c)
menjamin kelangsungan ekonomi
d)
menonjolkan kemakmuran kerajaan
28.
Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.
→ Berdasarkan sukatan pelajaran
→ Pendidikan mengikut tahap
→ Dilaksanakan secara kelas
Apakah sistem pendidikan tersebut?
a)
Sekolah Pondok
b)
Sistem Madrasah
c)
Pengajian di surau
d)
Dijalankan di Istana
29.
Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang. Apakah ciri adat tersebut?
a)
menggalakkan perkahwinan sesama suku
b)
menafikan hak perempuan mewarisi harta
c)
mengutamakan jurai keturunan ibu
d)
melantik pemimpin berdasarkan warisan
30.
Gambar di Atas menunjukkan alat ciptaan Jethro Tull.
Apakah kepentingan ciptaan tersebut?
a)
Mengekalkan kesuburan tanah
b)
Mempercepatkan penanaman bijih benih
c)
Menjayakan penanaman secara bergilir
d)
Meningkatkan kualiti hasil pertanian
31.
Pergerakan Luddite merupakan gerakan pekerja di Britain pada tahun 1810. Mengapakah berlaku gerakan tersebut?
a)
menuntut kenaikan gaji pekerja
b)
membela kebajikan buruh wanita
c)
mendesak penubuhan kesatuan sekerja
d)
membantah penggunaan mesin pemidang
32.
Lord Townshend memperkenalkan kaedah penanaman bergilir di Britain. Apakah kelebihan kaedah tersebut?
a)
mencegah hakisan tanah
b)
mengelak serangan serangga
c)
meningkatkan harga tanaman
d)
mengekalkan kesuburan tanah
33.
Maklumat berikut menunjukan akta yang diluluskan oleh Parlimen Britain pada abad ke-19.
→ 1833 : Akta Kilang
→ 1842 : Akta Lombong
→ 1847 : Akta Sepuluh Jam
Apakah tujun akta tersebut?
a)
menetapkan gaji buruh
b)
mengawal kualiti barang
c)
membela kesejahteraan pekerja
d)
memajukan sektor perindustrian
34.
Pada tahun 1702, Thomas Newcomen telah mencipta enjin berkuasa wap semasa Revolusi Perindustrian di Britain.
Apakah kepentingan ciptaan tersebut?
a)
memajukan perusahaan tekstil
b)
memudahkan proses melebur besi
c)
mempercepatkan pembinaan jalan bertar
d)
meningkatkan penghasilan arang batu
35.
Andaian anda adalah seorang pemerintah kerajaan Srivijaya. Bagaimanakah anda memastikan kesetiaan datu?
a)
mengadakan ikrar angkat sumpah
b)
mewujudkan pentadbiran berpusat
c)
menetapkan penghantaraan ufti
d)
melaksanakan peperiksaan awam
36.
Kerajaan Mesir mengamalkan sistem beraja yang diterajui oleh Firaun. Apakah bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh raja tersebut?
a)
teladan
b)
kuasa mutlak
c)
ketenteraan 
d)
toleransi
37.
Dalam kerajaan awal Asia Tenggara, masyarakatnya memahat tulisan pada batu. Mengapakah tulisan tersebut tidak pecah sewaktu dipahat?
a)
kemahiran yang tinggi
b)
bimbang dihukum raja
c)
sikap bertanggungjwab
d)
keseniaan amat diutamakan
38.
Maklumat berikut berkaitan dengan penemuan perahu layar masyarakat Asia Tenggara pada abad ke-5 masihi.
"Tinggalan perahu layar yang dijumpai di Kuala Pontian, Pahang dipamerkan di Muzium Negeri Pahang."

Apakah nilai yang diserapkan kepada generasi kini melalui tinggalan tersebut?
a)
semangat meneroka
b)
keberanian
c)
keyakinan diri
d)
semagat bersaing
39.
Bagaimanakah anggota masyarakat dalam tamadun China dilantik dalam sistem pentadbiran?
a)
lulus temuduga
b)
pandai berpidato
c)
pandai bermain senjata
d)
lulus peperiksaan awam
40.
Semasa pemerintahan Pericles, banyak sekolah falsafah didirikan di negara kota Athens. Apakah kesan perkembangan tersebut?
a)
menjadikan warganegaranya gagah perkasa
b)
menanamkan semangat taat setia kepada negara
c)
melahirkan cendiakiawan pelbagai bidang
d)
meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir