wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tatabahasa Tahun 5

Total questions: 40

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.
Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
a)
deras
b)
cepat
c)
kencang
2.
__________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
a)
budak-budak
b)
pelajar-pelajar
c)
lelaki-lelaki
3.
Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
a)
pelancong
b)
pendatang
c)
rakyat
4.
Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat seperti isi dengan kuku.
a)
kami
b)
mereka
c)
kita
5.
Murid-murid diminta beratur __________ menaiki bas.
a)
sementara
b)
ketika
c)
semenjak
6.
Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.
a)
bebiri
b)
kekabu
c)
bebola
7.
Anak gadis Puan Mona _________________ minuman kepada tetamu yang datang.
a)
menghidang
b)
menghidangkan
c)
dihidangkan
8.
Perbuatan suka _____________ dinding bangunan dan telefon awam patut dihentikan.
a)
melakar
b)
menconteng
c)
menulis
9.
Air Sungai Melaka _____________ deras apabila hujan turun tiak henti-henti.
a)
melalui
b)
mengikut
c)
mengalir
10.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Kemalangan jalan raya itu melibatkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta.
a)
Di manakah kemalangan jalan raya itu berlaku?
b)
Siapakah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya itu?
11.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Bilakah Rosnani menyertai pertandingan masakan?
a)
Rosnani yang menyertai pertandingan masakan.
b)
Rosnani menyertai pertandingan masakan pada bulan lepas.
12.
Polis melepaskan beberapa __________ tembakan amaran kepada perompak itu.
a)
das
b)
cucuk
c)
batang
13.
Para tetamu diminta masuk ______________ dalam dewan kerana majlis akan bermula sebentar lagi.
a)
ke
b)
di
c)
pada
14.
Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
a)
ternakan
b)
haiwan
c)
makhluk
15.
Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.
a)
tertib
b)
pantas
c)
cermat
16.

Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.

a)

tengik amat

b)

busuk sekali

c)

hapak sungguh

d)

hanyir sekali

17.
“Jika ________ ada masa lapang,  jemputlah ke rumah saya pada hujung minggu ini,” kata Aniq kepada kawan-kawannya.  
a)
dia
b)
awak
c)
beliau
d)
kalian
18.
Jika tidak ada ___________ aral, kakak saya akan melangsungkan perkahwinannya pada hujung tahun ini.   
a)
apa-apa
b)
bila-bila
c)
mana-mana
d)
siapa-siapa
19.
Haji Dasuki terpaksa mengambil tindakan  ______ supaya anaknya tidak mengulangi kesalahan itu lagi. 
a)
begitu
b)
begini
c)
sini
d)
situ
20.
 Salina yang  ringan  mulut  itu  sungguh_______________dengan  semua  orang walaupun dia baru sahaaja berpindah ke kampung itu. A sombong B marah C ramah D gembira  
a)
sombong
b)
marah
c)
ramah
d)
gembira
21.
Udara di tepi pantai Teluk Cempedak sungguh  ______________ sekali.   
a)
tenang
b)
tegang
c)
nyaman
d)
meriah
22.
Hasni menggantung gambar ayahnya ____________ dinding di ruang tamu.   
a)
di
b)
ke
c)
kepada
d)
pada
23.
Puan Suria meletakkan sekaki payung di  ___________  bilik pejabatnya sebelum memulakan tugas. 
a)
sisi
b)
penjuru
c)
puncak
d)
pangkal
24.
Ranting-ranting kayu itu _________ dengan seutas tali oleh ahli pengakap.
a)
dijerat
b)
dijerut
c)
diikat
d)
ditambat
25.
Air kopi itu _____________ oleh Puan Salmah untuk dihidangkan kepada tetamu
a)
dibancuh
b)
dijerang
c)
dimasak
d)
ditanak
26.
Farah dan Puspa berjalan kaki. _______ hendak pergi ke perpustakaan desa.
a)
Saya
b)
Kami
c)
Mereka
d)
Dia
27.
"Boleh _____ keluar berjumpa dengan Cikgu Razak?" kata Amir dan Danial.
a)
saya
b)
kami
c)
mereka
d)
dia
28.
Faridah ________ baju di jemuran kerana cuaca agak cerah.
a)
membasuh
b)
menyimpan
c)
mengangkat
d)
menyidai
29.
Bahagian hadapan kereta itu remuk kerana _______ tiang lampu.
a)
terikat
b)
terlanggar
c)
terpasang
d)
tertendang
30.
Ayah Fara membawa joran untuk ______ di tepi tasik.
a)
memasak
b)
memanggil
c)
menonton
d)
memancing
31.
Jasmin muntah-muntah setelah termakan nasi lemak ______.
a)
basi
b)
gelojoh
c)
tajam
d)
garang
32.
Puan Faizah menegur anaknya kerana makan dengan ________.
a)
tajam
b)
basi
c)
cermat
d)
gelojoh
33.
Faruk _____ adiknya bermain gasing di halaman rumah.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
34.
Puan Halimah menggubah bunga ________ mendengar radio.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
35.
Yuna membuka buku latihan ______ menulis sebuah karangan.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
36.

1. Wak Lamin meminta se____________ daun sirih sebagai pengeras untuk mengubati penyakit Pak Dol.

a)

helai

b)

rumpun

c)

cekak

d)

batang

37.
Berbekalkan _____________sekangkang kera, Ahmad bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.
a)
pasir
b)
tanah
c)
padang
d)
tasik
38.
Borhan telah berjanji kepada ____________ bahawa _______________ tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.
a)
mereka …beliau
b)
beliau …patik
c)
hamba …kita
d)
saya … dia
39.
Budak itu tiba-tiba saja __________ kain itu hingga terkoyak separuh.
a)
mengheret
b)
menghentak
c)
menarik
d)
menyentak
40.
Seluar yang berwarna __________ ini sesuai dipakai oleh Salmi yang bertubuh ________.
a)
hitam …lurus
b)
biru …langsing
c)
garang …gelap
d)
silau…panas