wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F4 SPM

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan dalam Tamadun Mesir Purba.
→ Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi
Apakah sistem tulisan tersebut?
a)
Hieroglif
b)
Ideogram
c)
Cuneiform
d)
Piktograf
2.
Apakah kesan pengamalan sifat terbuka dalam masyarakat Indus?
a)
Perluasan kuasa
b)
pertukaran teknologi
c)
penyebaran agama Hindu
d)
perkembangan bidang penulisan
3.
Penganut agama Hindu berusaha untuk mencapai Moksya. Mereka berbuat demikian supaya ...
a)
dilahirkan semula
b)
diberi pengampunan
c)
dimasukkan ke syurga
d)
disatukan dengan tuhan
4.
Sejak tahun 100 masihi, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang. Apakah kepentingan Alam Melayu kepada India pada masa itu?
a)
pusat keagamaan
b)
pusat kesusasteraan
c)
pembekal tenaga buruh
d)
pembekal rempah ratus
5.
Bagaimanakah kerajaan Funan berubah daripada kerajaan agraria kepada kerajaan Maritim? 
a)
pertahanan laut kuat
b)
pelabuhan strategik
c)
persaingan antara kerajaan
d)
kemerosotan hasil pertanian
6.
Peperangan al-Basus yang berlaku pada Zaman Jahiliah menunjukkan masyarakat Arab mementingkan
a)
agama
b)
darjat
c)
puak
d)
kawasan
7.
Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama iaitu surah al-Alaq, ayat 1 - 5 pada 6 Ogos  Masihi. 
Apakah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menerusi surah tersebut?
a)
mengekalkan persamaan taraf sesama manusia
b)
penyatuan umat di bawah satu akidah
c)
pembelaan terhadap agama
d)
membaca untuk meningkatkan ilmu
8.
Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas perang Badar berakhir.
→ Mengampunkan tawanan perang
→ Membebaskan tawanan wanita
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
a)
suku yang bertelagah berdamai
b)
Islam diterima dengan kerelaan
c)
kebebasan beragama diamalkan
d)
pengukuhan pentadbiran kerajaan Islam
9.
Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura.
Apakah kebaikan sistem tersebut?
a)
menjamin kesinambungan pemerintahan
b)
meneruskan tradisi masyarakat arab
c)
mendapat sokongan orang bukan Islam
d)
Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan
10.
Menurut catatan China, perkampungan Ta Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun  masihi.
Kewujudan perkampungan tersebut membuktikan ..
a)
kewujudan pusat pendidikan Islam
b)
peranan pedagang menyebarkan Islam
c)
kemunculan sebuah kerajaan Islam
d)
perkembangan kesusasteraan Islam
11.
Senarai berikut merujuk kepada undang-undang bertulis dalam kerajaan Melayu tradisional.
→ Undang-undang Pahang
→ Undang-undang Perak
→ Undang-undang Kedah
Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut?
a)
melicinkan sistem pentadbiran
b)
menyekat pengaruh asing
c)
memantapkan sistem pendidikan
d)
mengeratkan hubungan diplomatik
12.
Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu.
→ terdapat sukatan pelajaran
→ dilaksanakan secara kelas
→ pengajaran mengikut tahap
Maklumat tersebut berkaitan dengan 
a)
sekolah pondok
b)
sistem madrasah
c)
pembelajaran di masjid
d)
pengajaran di istana
13.
Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang pelbagai bentuk.
Apakah kepentingan pintu gerbang dalam tamadun tersebut?
a)
lambang kekayaan
b)
panduan laluan kapal
c)
sempadan empayar
d)
simbol keagamaan
14.
Apakah sumbangan Imhotep terhadap tamadun Mesir Purba?
a)
memperkenalkan teknik pembinaan bangunan
b)
memajukan teknologi bidang pertanian
c)
menggubal undang-undang
d)
mencipta sistem tulisan
15.
Pada tahun 509 masihi, Rom mengamalkan sistem pemerintahan republik yang ditadbir oleh dua orang konsul. 
Mengapakah dua orang konsul tersebut dilantik?
a)
memudahkan perluasan kuasa
b)
mengukuhkan hubungan luar
c)
menghalang pemusatan kuasa
d)
memilih pemimpin berwibawa
16.
Negara berikut mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang diwarisi daripada tamadun Yunani.
→ Malaysia
→ Indonesia
→ Amerika Syarikat
Apakah ciri demokrasi yang diamalkan oleh negara tersebut?
a)
Perdana Menteri mengetuai negara
b)
Rakyat diberi hak memilih pemimpin
c)
Dewan Senat meluluskan undang-undang
d)
Ahli Dewan Perhimpunan dilantik oleh ketua negara
17.
Mengapakah kerajaan Angkor membina candi Angkor Wat di Kemboja?
a)
sebagai pusat kegiatan perdagangan
b)
menjadi pusat pentadbiran
c)
lambang penguasan alam semesta
d)
memperkukuhkan sistem pertahanan negara
18.
Mengapakah Nabi Muhammad digelar sebagai Al-Amin?
a)
keturunan baginda dihormati
b)
memiliki kebijaksanaan
c)
berpengalaman luas
d)
sentiasa dipercayai
19.
Antara berikut, yang mankah berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah?
I  Menghalalkan amalan riba
II Menjalankan pemerintahan berpusat
III Menjalinkan kerjasama antara kabilah
IV Mengamalkan perkahwinan bebas
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
20.
Nabi Muhammad SAW berjaya membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 masihi bersamaan tahun 8 hijrah.
Apakah peristiwa yang mempercepatkan pembukaan semula kota tersebut?
a)
perluasan kegiatan tentera Quraisy
b)
penguasaan ekonomi oleh Rom
c)
penawanan kafilah perdagangan Parsi
d)
pembunuhan seorang anggota Bani Khuzaah
21.
Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pad atahun 622 masihi?
a)
memberi panduan pemerintahan negara
b)
melindungi tradisi masyarakat Arab
c)
menamatkan permusuhan dengan Rom
d)
menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah
22.
Dasar sosial Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam.
Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut?
a)
warisan bangsa
b)
jurai keturunan
c)
pengumpulan kekayaan
d)
kecemerlangan individu
23.
Apakah pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam sistem pemerintahan negara?
a)
menyediakan pakaian seragam tentera
b)
membentuk tentera sukarela
c)
memperkukuhkan tentera laut
d)
memperkenalkan gaji untuk tentera
24.
Ajaran Islam disebarkan dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara secara aman dan tertib.
Keadaan tersebut berlaku kerana masyarakat Asia Tenggara ...
a)
sedia menghadapi perubahan
b)
tabah menghadapi cabaran
c)
bersepakat dalam perjuangan
d)
bekerjasama dalam kesejahteraan
25.
Sekolah pondok merupakan institusi pendidikan penting di Tanah Melayu pada abad ke-17.
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan institusi tersebut?
a)
Peperiksaan secara berpusat
b)
waktu pembelajaran tidak terbatas
c)
mufti mengawal sukatan pelajaran
d)
bangunan dibina oleh pemerintah
26.
→ Tuk Pulau Condong (kelantan)
→ Tuk Ku Pulau Manis (terengganu)
Apakah peranan tokoh ulama di atas?
a)
menasihati sultan
b)
mengawal adat istiadat
c)
menguatkuasakan undang-undang
d)
mengetuai pentadbiran wilayah
27.
Apakah prinsip undang-undang dalam Kod Hammurabi?
a)
mengutamakan konsep permuafakatan
b)
berasaskan sistem kepercayaan tempatan
c)
berteraskan hak rakyat terhadap keadilan 
d)
hukuman yang smaa untuk semua golongan
28.
→ Augustus Caeser (tamadun Rom)
→ Shih Huang Ti (tamadun China)
Apakah sumbangan mereka?
a)
memperkenalkan pemerintahan demokrasi
b)
menyeragamkan undang-undang
c)
mengasaskan sistem empayar
d)
mengamalkan kepimpinan melalui teladan
29.
Abdullah bin Arqat membantu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.
Apakah bentuk bantuan yang diberikan?
a)
mengawal keselamatan
b)
menjadi penunjuk jalan
c)
menyiasat pergerakan musuh
d)
membekal barang keperluan
30.
Apakah maksud simbol Ying dan Yang?
a)
mandat dari syurga
b)
pemujaan roh nenek moyang
c)
unsur alam yang saling melengkapi
d)
ramalan peristiwa yang akan berlaku
31.
Raja Indarvarman 1 memerintah kerajaan Angkor mulai tahun 877 Masihi. Apakah sumbangan baginda terhadap kerajaan Angkor?
a)
menyediakan kemudahan pelabuhan
b)
memajukan perusahaan perkapalan
c)
menghapuskan cukai tanaman
d)
membina takungan air
32.
Dalam kerajaan awal Asia Tenggara, rakyat biasa takut untuk menderhakai kepada raja.
Mengapakah mereka bersikap demikian?
a)
raja menguasai empayar
b)
raja menjadi ketua pendeta
c)
raja adalah bayangan tuhan
d)
raja memiliki kekuatan tentera
33.
Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam?
a)
semangat jihad dipupuk
b)
armada laut diperkukuhkan
c)
perkahwinan politik digalakkan
d)
perjanjian dengan pemimpin tempatan dimeterai
34.
Pedagang Islam berjaya menarik minat penduduk tempatan Asia Tenggara untuk mendalami Islam.
Bagaimanakah mereka dapat berbuat demikian?
a)
menulis kitab agama
b)
mendirikan madrasah
c)
mengamalkan sikap jujur
d)
memuliakan kedudukan raja
35.
Anda sebagai seorang anak petani di China pada zaman Dinasti Han.
Bagaimanakah anda dapat mengubah status sosial anda?
a)
memajukan perniagaan
b)
memiliki tanah yang luas
c)
menyertai pasukan tentera tetap
d)
meningkatkan pencapaian pendidikan
36.
Athens merupakan sebuah negara kota dalam Tamadun Yunani.
Apakah matlamat pendidikan di negara kota tersebut?
a)
melahirkan pegawai kerajaan yang berpendidikan
b)
mewujudkan masyarakat yang celik huruf
c)
membentuk warganegara yang taat
d)
melahirkan manusia yang seimbang
37.
Apakah perkara yang diutamakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam mendirikan negara Islam Madinah?
a)
menyatukan wilayah
b)
menyusun perlembagaan
c)
mengadakan pengecualian cukai
d)
meminta bantuan orang Badwi
38.
Masyarakat Athens mementingkan sukan, seni berpidato dan kesusasteraan dalam sistem pendidikan.
Mengapakah bidang tersebut penting?
a)
memudahkan mobiliti sosial
b)
membina watak kepimpinan
c)
melahirkan rakyat yang seimbang
d)
memperkukuhkan jati diri masyarakat
39.
Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan haba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepad ajaran Islam.
Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?
a)
mempertahankan prinsip kesamarataan
b)
mendapat galakan daripada keluarga
c)
diberikan jaminan keselamatan
d)
peka terhadap perubahan
40.
Apakah sumbangan tokoh di bawah terhadap pendidikan formal di Tanah Melayu sebelum penjajah Barat?
→ Tuk Pulai Condong
→ Tok Ku Paloh
a)
melancarkan sistem madrasah
b)
menyeragamkan sukatan pelajaran
c)
memperkukuhkan sistem pendidikan pondok
d)
mengasaskan pendidikan untuk kaum wanita
41.
Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act) diperkenalkan di Britai pad aperingkat awal Revolusi Perindustrian. Akta tersebut menyebabkan ...
a)
buruh asing dilarang bekerja
b)
gaji pekerja tidak meningkat
c)
harga barang berkurangan
d)
wanita dilarang bekerja dikilang
42.
Mengapakah Martin Luther menentang amalan penganut Kristian tentang penjualan Sijil Indulgence?
a)
ajaran agama diseleweng
b)
kadar jenayah meningkat
c)
rakyat jelata ditindas
d)
kuasa raja tercabar
43.
Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?
a)
mengetuai upacara keagamaan
b)
menguruskan perbendaharaan
c)
menjaga keamanan
d)
mentadbr wilayah
44.
Bagaimanakah kerajaan Agraria memajukan ekonomi?
a)
memastikan tenaga buruh mencukupi
b)
mengemaskini sistem kutipan cukai
c)
menaik taraf kemudahan pelabuhan
d)
memantapkan sistem pengairan
45.
Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pad atahun 630 masihi. 
Mengapakah kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah?
a)
pembebasan golongan hamba
b)
pemulauan keluarga Bani Hashim
c)
pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
d)
pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj
46.
Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal.
Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut?
a)
pelantikan ketua adat
b)
keturunan sebelah bapa
c)
perkahwinan sesama suku
d)
anak perempuan mewarisi harta
47.
Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadunan menurut pandangan cendekiawan Islam?
a)
kebebasan mengamalkan sebarang agama
b)
kemajuan pesat dalam bidang ekonomi
c)
kesejahteraan semua lapisan rakyat
d)
ketinggian tatasusila masyarakat
48.
Golongan raja di Asia Tenggara menggunakan gelaran berikut setelah kedatangan Islam.
→ Zillullah fil-alam
→ Zillullah fil-ard
Mengapakah gelaran tersebut digunakan?
a)
melambangkan kemakmuran kerajaan
b)
mengekalkan warisan tradisi
c)
mengesahkan kewibawaan
d)
memelihara hak penduduk
49.
Pada 6 Ogos 610 masihi, bersamaan 17 Ramadhan, Nabi Muhammad menerima wahyu pertama.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
a)
Penyebaran agama Islam
b)
Kemunculan kerajaan baharu Islam
c)
Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam
d)
Pemisahan antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam
50.
Pada tahun 630 masihi, orng Arab Quraisy melanggar syarat perjanjian Hudaibiyah. Apakah kesan peristiwa tersebut?
a)
Kota Makkah dikuasai Islam
b)
Sistem kabilah dimansuhkan
c)
Urusan perdagangan terjejas
d)
Penduduk Madinah berhijrah