NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 5 BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Persidangan Damai Paris menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Apakah kesan deklarasi tersebut terhadap Eropah?T5 B3 ms 68 [ P1 B1-B11 ]
Sistem beraja dipulihkan
Kuasa gereja diperkukuh
Negara bangsa baharu muncul
Pakatan tentera serantau dibentuk
Jadual tersebut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18. Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah ? T5 B3 ms 67 [ P3 B1 ]
Sistem sosialis tamat
Ideologi komunis meluas
Kuasa rakyat bawahan terjejas
Negara berasaskan bangsa dibentuk
Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang melibatkan negara Jerman. Mengapakah peperangan tersebut berlaku ? T5 B3 ms 70 [ RAJAH ]
Serangan balas
Penyatuan negara
Penguasaan ekonomi
Kediktatoran pemerintah
Itali dan Jerman adalah dua buah negara bangsa moden di Eropah pada abad ke 19. Apakah kaedah yang digunakan untuk memajukan negara tersebut? T5 B3 ms 68 [ P2 B8 ]
Realpolitik
Perjanjian
Perundingan damai
Kuat kuasa undang-undang
Mengapakah Otto Eduard von Bismarck menyerang negara tersebut pada abad ke-19? T5 B3 ms 69 [ P1 B8 ]
Menyekat kuasa asing
Menyatukan negara bangsa
Menentang fahaman sosialis
Memulihkan sistem monarki
Deklarasi tersebut telah diisytiharkan selepas Perang Dunia Pertama. Apakah perkara yang dicadangkan dalam deklarasi tersebut? T5 B3 ms 68 [ P1 B5-B6 ]
Pemulihan sistem monarki
Pengharaman amalan realpolitik
Penyatuan rakyat melalui agama
Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa
Negara berikut muncul di Eropah pada awal abad ke-20. Kemunculan negara-negara tersebut adalah berdasarkan
T5 B3 ms 68 [ P1 B9 ].
lokasi strategik
kumpulan etnik
sistem perundangan
kekayaan hasil bumi
Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19.
Apakah persamaan pembentukan kedua-dua negara bangsa tersebut?
T5 B3 ms 68 [ P2 B8 ] ms 69 [ P1 B2 ]
Mengekalkan sistem monarki
Menggunakan kaedah realpolitik
Mengamalkan prinsip demokrasi
Menguatkuasakan falsafah legalisme
Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut? T5 B3 ms 68 [ P1 B5-B6 ]
Sistem monarki dipulihkan
Amalan realpolitik diharamkan
Rakyat disatukan berdasarkan agama
Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa
Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad ke-19. Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut? T5 B3 ms 68 [ P2 B8 ] ms 69 [ P1 B2 ].
Mengenepikan perbezaan warna kulit
Menyatukan masyarakat majmuk
Menggunakan kaedah realpolitik
Membina empayar yang luas
Tokoh tersebut telah membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang. Bagaimanakah beliau berjaya membangkitkan semangat tersebut? T5 B3 ms 69 [ P1 B12 ]
Membebaskan golongan hamba
Menyingkirkan golongan kapitalis
Menyemai sikap antikuasa asing
Menghapuskan pemerintahan diktator
Tokoh tersebut mengamalkan konsep realpolitik serta politik darah dan besi semasa memerintah Jerman pada abad ke-19. Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut? T5 B3 ms 69 [ P1 B3 ]
Menyatukan negara
Melicinkan pentadbiran
Menghapuskan sistem beraja
Menggubal perlembagaan moden
Mengapakah Count Camillo Benso di Cavour menyanjung amalan realpolitik? T5 B3 ms 68 [ P2 B9 ]
Kestabilan politik terjamin
Kejayaan menyatukan Itali
Kerjasama dengan negara lain
Kemakmuran ekonomi negara
Senarai tersebut menunjukkan peperangan yang melibatkan negara Jerman. Mengapakah peperangan tersebut berlaku? T5 B3 ms 69 [ P1 B3 ]
Serangan balas
Penyatuan negara
Penguasaan ekonomi
Kediktatoran pemerintah
Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional ditentukan? T5 B3 ms 65 [ P1 B10 ]
Kesetiaan rakyat
Kegiatan ekonomi
Konsep ketuhanan
Kekayaan hasil bumi
Senarai tersebut adalah ciri-ciri sesuatu bangsa. Apakah X? T5 B3 ms 73 [ P4 B3 ]
Persamaan pandangan dunia
Persamaan bahasa pertuturan
Persamaan sistem kepercayaan
Persamaan dasar pemerintahan
Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi T5 B3 ms 73 [ P4 B3 ]
I agama
II bahas
III adat resam
IV kegiatan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah tersebut berkaitan dengan ciri sesuatu bangsa. Apakah X? T5 B3 ms 73 [ P4 B3 ]
Persamaan falsafah hidup
Persamaan warna kulit
Persamaan adat resam
Persamaan kepercayaan
Apakah kepentingan sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka? T5 B3 ms 78 [ P2 B13-B14 ]
Memastikan adat istiadat dipatuhi
Memastikan sistem warisan terpelihara
Menjamin keutuhan sistem pemerintahan beraja
Mempertahan sistem perundangan tempatan
Antara yang berikut, yang manakah ciri kenegaraan dalam Kesultanan Melayu Melaka? T5 B3 ms 75 [ P1 B6-B7 ]
I Rakyat
II Harta
III Pembesar
IV Kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Badan berikut ditubuhkan di negeri Johor pada abad ke-19. Berdasarkan Undang - undang Tubuh Negeri Johor 1895, apakah syarat untuk menjadi ahli badan tersebut? T5 B3 ms 82 [ P1 B4-B12 ]
I Kerabat raja yang memerintah
II Keturunan bangsawan
III Beragama islam
IV Bangsa Melayu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar berikut adalah pemerintah Johor yang berusaha menghalang campur tangan British. Bagaimanakah baginda bertindak menghalang British daripada menguasai
negeri Johor ? T5 B3 ms 82 [ P3 B4-B7 ]
Menyatupadukan pelbagai kaum
Menggubal perlembagaan bertulis
Menyekat kemasukan buruh asing
Mendapatkan bantuan kerajaan berjiran
Apakah persamaan kandungan undang-undang tubuh kerajaan Melayu tersebut? T5 B3 ms 80 [ P5 B7 ] ms 85 [ P2 B3-B4 ]
Peranan mufti
Pewaris sultan
Tugas penasihat
Keselamatan sultan
Maklumat berikut merujuk kepada perlembagaan kerajaan Melayu . Apakah persamaan kandungan kedua-dua perlembagaan tersebut? T5 B3 ms 81 [ P1 B2-B3 ] ms 85 [ P1 B3 & P2 B2-B3 ]
I Raja dipilih melalui sistem giliran
II Cukai tanah dikuatkuasakan
III Islam sebagai agama rasmi
IV Raja mesti berbangsa Melayu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Senarai tersebut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu. Mengapakah undang-undang tersebut digubal ?
T5 B3 ms 84 [ P1 B9-B10 ] ms 86 [ P2 B7 ]
Meningkatkan kecekapan pemerintah
Membentuk pentadbiran demokratik
Memperkukuhkan sistem pertahanan
Mengekalkan kedaulatan negeri
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa. Apakah buktinya? T5 B3 ms 80 [ P5 B3-B4 ]
Pemerintahan raja berkuasa mutlak
Perlembagaan bertulis yang lengkap
Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum
Persamaan dengan hukum Kanun Melaka
Berikut adalah Jemaah Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II ( 1836-1886). Apakah fungsi Jemaah Menteri tersebut ? T5 B3 ms 84 [ JADUAL ]
Menguruskan pembangunan
Menjaga hal ehwal luar
Mengurus kewangan
Menjaga keamanan
Rajah tersebut berkaitan dengan fasal yang terkandung dalam perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu. Mengapakah perlembagaan atau undang-undang tubuh tersebut diperkenalkan? T5 B3 ms 84 [ P1 B8- B11 ]
Menghalang perluasan kuasa asing
Menyekat penghijrahan penduduk
Melindungi hak penduduk tempatan
Menyeragamkan sistem kutipan cukai
Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu. Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan? T5 B3 ms 84 [ P1 B9-B10 ]
Meluaskan wilayah pengaruh
Mengekalkan kedaulatan negeri
Membentuk kerajaan demokrasi
Mengukuhkan hubungan dengan Siam
Kata perbilangan adat tersebut diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang masyarakat tersebut?
T5 B3 ms 88 [ P4 B6-B7 ]
Mendukung prinsip raja berkuasa mutlak
Mementingkan kecemerlangan individu
Mengutamakan semangat bermuafakat
Melaksanakan undang - undang yang ketat
Apakah bukti yang menunjukkan Adat Perpatih menepati ciri-ciri demokrasi? T5 B3 ms 87 [ P3 B2 ] ms 88 [ P1 B5-B6 ]
I Masalah diselesaikan secara musyawarah
II Perkongsian kuasa pemerintahan diamalkan
III Wanita terlibat dalam sistem pentadbiran
IV Ketua dipilih dari peringkat bawah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan? T5 B3 ms 88 [ P2 B4 ]
Memilih Undang
Menjadi ketua agama
Menjaga alat kebesaran
Menggubal dasar negara
Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Mengapakah perkataan bulat dalam kata perbilangan adat di atas diulang- ulang? T5 B3 ms 88 [ P4 B6 ]
Mempertahankan konsep raja berkuasa mutlak
Mengekalkan khazanah budaya bangsa
Menegakkan keadilan dalam kehidupan
Menegaskan kepentingan permuafakatan
Apakah peranan Buapak dalam sistem pemerintahan yang berasaskan Adat Perpatih di Negeri Sembilan? T5 B3 ms 88 [ P3 B1 & P2 B6-B7]
I Menasihati undang
II Memimpin suku
III Mengetuai Perut
IV Melantik Lembaga
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kata perbilangan adat tersebut berkaitan dengan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan. Perbilangan tersebut dapat dikaitkan dengan T5 ms 88 [ P4 B1 ]
Protokol istana
Upacara perkahwinan
Menyambut kelahiran
Pemilihan pemimpin
Kata perbilangan adat tersebut diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Apakah corak pentadbiran yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut?
T5 B3 ms 88 [ P4 B2 ]
Teokrasi
Demokrasi
Autokrasi
Birokrasi
Apakah pengertian kedaulatan dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka? (M/S 76)
Kekuatan kerajaan
Kebebasan mutlak
Kekuasaan tertinggi
Kepimpinan unggul
Dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pembesar berempat tersebut adalah (M/S 78)
Bendahara, Laksamana, Penghulu Bendahari dan Syahbandar
Penghulu Bendahari, Syahbandar, Laksamana dan Temenggung
Bendahara, Laksamana, Temenggung dan Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari, Syahbandar, laksamana dan Temenggung
Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, apakah yang menentukan sempadan kerajaan yang diperintah oleh seseorang raja? (M/S 65)
Kesetiaan rakyat
Keselamatan negeri
Kekuatan pemerintah
Kawasan jajahan raja
Apakah prinsip yang ditekankan dalam buku ‘The Prince’ karya Niccolo Machiavelli? (M/S 68)
mempertahankan negara daripada musuh
menghalalkan apa cara mencapai matlamat politik
membentuk negara berasaskan kekuatan tentera
memperkenalkan perlembagaan sebelum membentuk negara
Wilayah pengaruh pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka merujuk kepada (M/S 75)
kawasan yang mempunyai pemerintah
kawasan yang penduduknya serumpun
kawasan yang penduduknya memperakui pemerintahan raja
Kawasan yang rakyatnya mengumpul hasil bumi untuk pemerintah
Apakah kepentingan alat-alat kebesaran yang menjadi simbol pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka? (M/S 76)
Kehebatan sesebuah pemerintahan
Kedudukan taraf raja berbanding rakyat
Kekuasaan mutlak raja dalam kerajaan
Kedaulatan raja dalam pemerintahan
Apakah perubahan konsep kerajaan yang berlaku apabila British campur tangan di Semenanjung Tanah Melayu? (M/S 66)
Negeri
Jajahan
Wilayah
Sempadan
Apakah institusi yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar negara? (M/S 74)
Bangsa
Negara
Kerajaan
Perlembagaan
Antara berikut yang manakah prinsip yang dicadangkan dalam Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson di Paris? (M/S 68)
I Kekuatan negara berasaskan kesetiaan rakyat
II Penentuan nasib bangsa oleh rakyat sendiri
III Sempadan negara berasaskan bangsa
IV Pembentukan negara berasaskan kepada bangsa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut yang manakah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka yang masih diamalkan dalam negara kita Malaysia hari ini. (M/S 76)
I Sistem jemaah menteri
II Penggunaan cop mohor
III Sistem pemerintahan beraja
IV Penggunaan bahasa tempatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tujuan Hukum kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka diwujudkan? (M/S 77)
Memelihara keamanan negara
Mencegah kegiatan jenayah
Mengawal perlakuan pembesar-pembesar
Menjatuhkan hukuman terhadap pesalah jenayah
Mengapakah pembesar yang bergelar Nik dan Wan diberi keutamaan semasa pemerintahan Sultan Muhammad II? (M/S 86)
Mengikut sistem pewarisan istana
Kesetiaan yang tidak berbelah bagi
Hubungan yang rapat dengan pihak istana
Mempunyai kemahiran dalam pentadbiran
Apakah tanggungjawab utama ketua setiap luak di Negeri Sembilan? (M/S 88)
melantik Yang Dipertuan Besar
melaksanakan undang-undang adat
memastikan keselamatan luak di bawahnya
menjalankan hukuman terhadap kesalahan rakyat
Antara berikut yang manakah merujuk kepada pembentukan bangsa Malaysia? (M/S 67)
I Negara Merdeka
II Masyarakat majmuk
III Kebudayaan Kebangsaan
IV Bahasa Kebangsaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
