wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz alam bahan

Total questions: 74

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.
Ibu Ali telah memasak air dalam cerek. Ali dapat melihat stim keluar daripada penutup cerek. Apakah proses yang berlaku dan menyebabkan stim terbentuk?
a)
Kondensasi
b)
Penyejatan
c)
Pendidihan
d)
Peleburan
2.
Ramalkan nama proses yang menyebabkan air bertakung di tepi jalan hilang selepas beberapa jam.
a)
Penyejatan
b)
Pendidihan
c)
Penghilangan
d)
Penambahan
3.
Ramalkan proses yang terlibat jika terdapat titisan air di permukaan cawan yang mengandungi air sejuk.
 
a)
Kondensasi
b)
Pendidihan
c)
Penyejatan
d)
Pembekuan
4.
Gambar menunjukkan steamboat. Ramalkan proses perubahan keadaan jirim yang terlibat dalam steamboat. 
a)
Pendidihan, kondensasi
b)
Penyejatan, kondensasi
c)
Pendidihan, pembekuan
d)
Kondensasi, peleburan
5.
Pernyataan di bawah manakah yang betul tentang proses pembekuan?
a)
Cecair telah menyerap haba dan menjadi gas.
b)
Zarah menjadi berselerak dan sentiasa bergerak.
c)
Zarah menghilangkan haba dan disusun dengan ketat
d)
Keadaan jirim tidak berubah
6.
Sebuah gelas telah telangkupkan di atas sebuah gelas yang berisi air panas. Ramalkan  apa yang berlaku di dalam gelas yang telangkup di atas.
a)
Terdapat banyak gas yang terperangkap di dalam gelas itu.
b)
Gelas itu akan pecah
c)
Gelas itu mempunyai zarah yang bergerak secara asing 
d)
Terdapat titisan air pada gelas itu
7.
Farah menjalankan satu eksperimen dengan mengisikan mangkuk yang permukaannya luas dan botol air yang permukaannya sempit dengan air mineral. Kedua-dua mangkuk dan botol air dibiarkan secara terbuka di bawah Matahari selama 20 minit. Selepas 20 minit, Farah telah memperhatikan isipadu air dalam mangkuk kurang daripada air botol. Ramalkan inferens yang betul terhadap perbezaan isipadu air.
a)
Mangkuk menyejat airnya lebih cepat berbanding dengan botol air kerana permukaan yang luas membolehkan banyak air tersejat.
b)
Air telah mengalir keluar daripada mangkuk.
c)
Air menerima haba dengan cepat dan mendidih dari permukaan mangkuk.
d)
Botol air yang kecil menyebabkan proses penyejatan air menjadi lebih cepat. 
8.
Hashim telah memanaskan air yang terdapat di dalam bikar. Selepas beberapa minit, Hashim dapat memerhati stim keluar daripada bikar. Seterusnya, Hashim meletak sekeping kaca di atas bikar untuk menutup bikar tersebut. Ramalkan keadaan yang dapat diperhatikan oleh Hashim.
a)
Kepingan kaca itu pecah
b)
Kepingan kaca itu mempunyai titisan air
c)
Stim keluar dari kepingan kaca
d)
Bikar telah pecah
9.
Alif melakukan satu eksperimen dengan menjemurkan sehelai baju di bawah cahaya Matahari yang terik. 
Pada masa 30 minit, jisim baju itu ialah 850 g. Pada masa 60 minit, jisim baju ialah 750 g.
Pada masa 120 minit, jisim baju ialah 400 g. Manakah inferens di bawah berdasarkan kepada corak perubahan jisim baju adalah betul?
a)
Baju itu telah menjadi nipis disebabkan oleh cahaya Matahari yang terik
b)
Air telah tersejat dari baju dan menyebabkan jisim baju berkurang
c)
Air telah terdidih dari baju dan menyebabkan jisim baju berkurang
d)
Zarah-zarah dalam baju melebur dan menjadi cecair. 
10.
Apakah proses yang terlibat semasa pembentukan embun pada waktu pagi?
a)
Peleburan
b)
Penyejatan
c)
Pendidihan
d)
Kondensasi
11.
Antara yang berikut, yang manakah melibatkan proses perubahan keadaan jirim X?

a)
Mendidihkan air
b)
Memanaskan coklat
c)
Pembentukan kabus
d)
Menjemur baju basah
12.
Proses penyejatan ialah proses perubahan keadaan bahan daripada cecair kepada gas.
Apakah faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan itu?

I. Luas permukaan yang terdedah
II. Keadaan yang berangin
III.Kelembapan yang tinggi
IV.Suhu yang rendah
a)
I dan II
b)
I dan IIII 
I dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
13.
 Antara yang berikut, yang manakah merupakan sifat-sifat cecair?

I.Tidak boleh dimampatkan
II.Mempunyai bentuk yang tetap
III. Cecair mengambil bentuk bekas yang diisi
IV.Mempunyai isi padu yang tetap
a)
I dan II
b)
I dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
14.
Apakah kesimpulan bagi perubahan ais itu?
a)
Ais kehilangan haba
b)
Suhu ais menurun
c)
Ais menerima haba
d)
Suhu persekitaran yang lebih rendah
15.
Antara bahan makanan berikut, pasangan yang manakah mempunyai sifat kimia yang betul?
a)
P
b)
Q
c)
R
d)
S
16.
Apakah sifat kimia bahan P?
a)
Asid
b)
Alkali
c)
Manis
d)
Neutral
17.
Antara makanan berikut, yang manakah bersifat alkali?

I. Peria
II. Ubat
III. Asam jawa
IV. Limau purut
a)
I dan II
b)
I dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
18.
Antara bahan berikut, yang manakah menukar warna kertas litmus biru kepada merah?
a)
I dan III
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
II dan IV
19.
Antara makanan berikut, yang manakah bersifat asid?

I. Sabun
II. Cuka
III. Peria
IV. Limau
a)
I dan III
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
II dan IV
20.
Bahan makanan yang manakah mempunyai sifat kimia yang sama seperti serbuk kopi?
a)
Jus oren
b)
Air gula
c)
Asam jawa
d)
Jus peria
21.
Antara yang berikut, bahan yang manakah akan menunjukkan keputusan yang sama jika penyiasatan itu diulangi?
a)
Air laut
b)
Dadih
c)
Syampu
d)
Air gula
22.
Antara yang berikut, yang manakah tidak betul tentang sifat buah mangga muda?
a)
Menukarkan kertas litmus merah menjadi biru
b)
Menukarkan kertas litmus biru menjadi merah
c)
Dapat dirasa di bahagian tepi lidah
d)
Mempunyai rasa masam
23.
Nyatakan keadaan jirim
a)
gas
b)
batu
c)
daun
d)
pensel
24.
Ciri pepejal ialah
a)
boleh mengalir
b)
boleh dimampatkan
c)
mempunyai isipadu
d)
mengikut bentuk bekas
25.
Ciri cecair ialah
a)
boleh dimampatkan
b)
mengikut bentuk bekas
c)
tidak mempunyai isipadu
26.
Ciri cecair ialah
a)
boleh dimampatkan
b)
mengikut bentuk bekas
c)
tidak mempunyai isipadu
27.
Di bawah adalah jirim kecuali
a)
Pepejal
b)
Cecair
c)
Gas
d)
Atom
28.
Sifat bagi pepejal ialah
a)
boleh dimampatkan.
b)
memenuhi ruang
c)
mempunyai jisim
d)
mengalir
29.
apakah keadaan jirim bagi objek ini?
a)
gas
b)
cecair
c)
pepejal
d)
separa pepejal
30.
Antara berikut, yang manakah merupakan sifat cecair?
a)
boleh dimampatkan
b)
jisim tidak tetap
c)
isipadu berubah- ubah
d)
memenuhi ruang
31.
Antara berikut, yang manakah merupakan sifat cecair?
a)
boleh dimampatkan
b)
jisim tidak tetap
c)
isipadu berubah- ubah
d)
memenuhi ruang
32.
Di bawah adalah jirim kecuali
a)
Pepejal
b)
Cecair
c)
Gas
d)
Atom
33.
Nyatakan perubahan keadaan jirim bagi proses kondensasi.
a)
cecair  kepada pepejal
b)
pepejal kepada cecair
c)
gas kepada cecair
d)
cecair kepada gas
34.
Pepejal kepada cecair ialah proses
a)
pembekuan
b)
peleburan
c)
pendidihan
d)
penyejatan
35.
Sifat bagi pepejal ialah
a)
boleh dimampatkan.
b)
memenuhi ruang
c)
mempunyai jisim
d)
mengalir
36.
Antara berikut yang manakah perubahan fizikal?
a)
Pengaratan paku
b)
Peleburan ais
c)
Pemanasan besi dengan sulfur
d)
Percampuran asid nitrik dengan natrium hidroksida
37.
Antara yang berikut , yang manakah contoh perubahan kimia?
a)
Penyejatan Air
b)
Pemanasan pepejal iodin
c)
Pengaratan besi
d)
Penghabluran natrium klorida
38.
Persamaan perkataan berikut merupakan satu tindak balas eksotermik yang berlaku dalam industri.
 Hidrogen + nitrogen --> ammonia
Apakah proses ini ?
a)
Proses Sentuh
b)
Proses Ostwald
c)
Peneutralan
d)
Proses Haber
39.
Pernyataan manakah menerangkan mengenai tindak balas eksotermik?
a)
Suhu persekitaran meningkat
b)
Tindak balas ini menyerap haba
c)
Hasil tindak balas mempunyai lebih banyak tenaga
d)
Tindak balas adalah berbalik
40.
Seorang murid memanaskan serbuk logam X di dalam oksigen. Logam X terbakar dengan nyalaan cerah dan menghasilkan oksida logam yang berwarna kuning semasa panas dan putih apabila sejuk. Apakah logam X?
a)
magnesium
b)
Ferum
c)
Zink
d)
Kuprum
41.
Antara logam berikut, yang manakah bertindak balas paling cergas di dalam air?
a)
kalsium
b)
Aluminium
c)
Kalium
d)
Magnesium
42.
Logam apakah yang boleh diekstrak daripada bijihnya dengan menggunakan karbon ?
a)
Kalium
b)
Aluminium
c)
Magnesium
d)
Timah
43.
Antara logam berikut yang manakah boleh diekstrak daripada bijihnya melalui elektrolisis sahaja?
a)
Zink
b)
Emas
c)
Aluminium
d)
Magnesium
44.
Rajah menunjukkan radas elektrolisis. Semasa elektrolisis apakah cas yang yang tertarik pada katod?
a)
Kation
b)
Anion
45.
Tenaga elektrik ------> Tenaga Kinetik ------> Tenaga haba + Tenaga bunyi
Maklumat di atas menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku di dalam alat X. 
Apakah alat X?
a)
Kipas meja 
b)
Pengering rambut  
c)
Seterika elektrik
d)
Televisyen
46.
Manakah bentuk tenaga yang terhasil apabila kayu dibakar?
I. Tenaga haba
II. Tenaga suria
III. Tenaga cahaya
IV. Tenaga elektrik
a)
I dan II 
b)
I dan III  
c)
II dan IV
d)
III dan IV
47.
Apakah maksud SIRATAN MAKANAN?
a)
Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain
b)
Hubungan makanan antara hidupan
c)
Keupayaan haiwan mengekalkan spesiesnya
d)
Gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat
48.
Apakah maksud PENGGUNA?
a)
Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain
b)
Hubungan makanan antara hidupan
c)
Keupayaan haiwan mengekalkan spesiesnya
d)
Pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan secara bermusim
49.
Apakah maksud PENGELUAR?
a)
Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain
b)
Hubungan makanan antara hidupan
c)
Tumbuhan hijau yang membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis
d)
Pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan secara bermusim
50.

51.
Apakah maksud TENAGA?
a)
Sumber tenaga yang tidak boleh dijana kerana sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh secara berterusan
b)
Kebolehan untuk membuat kerja
c)
Tenaga daripada matahari. Menerangi bumi, memberi haba dan menghasilkan sumber elektrik
d)
Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan
52.
Apakah maksud RANTAI MAKANAN?
a)
Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain
b)
Hubungan makanan antara hidupan
c)
Keupayaan haiwan mengekalkan spesiesnya
d)
Pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan secara bermusim
53.
Apakah maksud JERUMUN?
a)
Sarang buaya yang diperbuat daripada lumpur dan tumbuhan kering
b)
Tidur yang panjang menyebabkan haiwan kurang aktif dan dapat mengurangkan rasa lapar
c)
Pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan secara bermusim
d)
Cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya
54.
Apakah maksud HIBERNASI?

55.
Apakah maksud TENAGA SURIA?
a)
Sumber tenaga yang tidak boleh dijana kerana sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh secara berterusan
b)
Kebolehan untuk membuat kerja
c)
Tenaga daripada matahari. Menerangi bumi, memberi haba dan menghasilkan sumber elektrik
d)
Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan
56.
Apakah maksud PENDIDIHAN?
a)
Perubahan keadaan Cecair kepada Gas setelah menerima haba
b)
Perubahan keadaan Cecair kepada Gas setelah menerima haba (pada permukaan)
c)
Perubahan keadaan Pepejal kepada Cecair setelah menerima haba 
d)
Perubahan keadaan Gas kepada Cecair setelah kehilangan haba
57.
Apakah maksud MIGRASI?
a)
Sarang buaya yang diperbuat daripada lumpur dan tumbuhan kering
b)
Tidur yang panjang menyebabkan haiwan kurang aktif dan dapat mengurangkan rasa lapar
c)
Pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan secara bermusim
d)
Cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya
58.
Apakah maksud ALKALI?
a)
Menukarkan warna kertas litmus biru ke merah
b)
Tidak menukarkan warna kertas litmus merah atau biru
c)
Menukarkan warna kertas litmus merah ke biru
d)
Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan
59.

60.
Apakah maksud BIASAN
CAHAYA?
a)
Cahaya melantun balik apabila mengena satu permukaan seperti cermin
b)
Kebolehan bagi sesuatu objek untuk tidak jatuh dengan mudah apabila ditolak atau ditarik.
c)
Pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan secara bermusim
d)
Cahaya yang membelok dari arah asal sinaran apabila melalui air
61.
Apakah maksud PANTULAN CAHAYA?
a)
Cahaya melantun balik apabila mengena satu permukaan seperti cermin
b)
Kebolehan bagi sesuatu objek untuk tidak jatuh dengan mudah apabila ditolak atau ditarik.
c)
Pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan secara bermusim
d)
Cahaya yang membelok dari arah asal sinaran apabila melalui air
62.
Apakah maksud ASID?
a)
Menukarkan warna kertas litmus biru ke merah
b)
Tidak menukarkan warna kertas litmus merah atau biru
c)
Menukarkan warna kertas litmus merah ke biru
d)
Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan
63.
Apakah maksud LITAR 
BERSIRI?
a)
Cahaya melantun balik apabila mengena satu permukaan seperti cermin
b)
Kebolehan bagi sesuatu objek untuk tidak jatuh dengan mudah apabila ditolak atau ditarik.
c)
Litar ini mempunyai dua atau lebih laluan untuk tenaga elektrik mengalir. Mentol disusun dalam laluan yang berlainan
d)
Litar ini mempunyai satu laluan untuk tenaga elektrik mengalir. Mentol disusun bersebelahan antara satu dengan lain dalam laluan yang sama
64.
Apakah maksud NEUTRAL?
a)
Biasanya rasa masam apabila dirasa dengan lidah
b)
  Biasanya rasa yang pelbagai, iaitu tawar, manis dan masin
c)
Menukarkan warna kertas litmus merah ke biru
d)
Biasanya rasa pahit apabila dirasa dengan lidah
65.
Apakah maksud JIRIM?
a)
Cahaya melantun balik apabila mengena satu permukaan seperti cermin
b)
Kebolehan bagi sesuatu objek untuk tidak jatuh dengan mudah apabila ditolak atau ditarik.
c)
Objek yang mempunyai jisim, memenuhi ruang dan boleh dilihat, disentuh atau dirasa
d)
Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan
66.
Apakah maksud ALKALI?
a)
Menukarkan warna kertas litmus biru ke merah
b)
Tidak menukarkan warna kertas litmus merah atau biru
c)
Biasanya rasa pahit apabila dirasa dengan lidah
d)
Biasanya rasa masam apabila dirasa dengan lidah
67.
Apakah maksud KEKUATAN?
a)
Kebolehan untuk membuat kerja
b)
  Kebolehan bagi sesuatu objek untuk tidak jatuh dengan mudah apabila ditolak atau ditarik
c)
Keupayaan struktur untuk Manahan daya yang bertindak ke atasnya. Struktur yang kuat dapat menampung beban yang berat dan tidak mudah retak, pecah, patah atau runtuh. Kekuatan bergantung kepada jenis bahan yang digunakan
d)
Objek yang mempunyai jisim, memenuhi ruang dan boleh dilihat, disentuh atau dirasa
68.
Apakah maksud PELEBURAN?
a)
Perubahan keadaan Cecair kepada Gas setelah menerima haba
b)
Perubahan keadaan Cecair kepada Pepejal setelah kehilangan haba
c)
Perubahan keadaan Pepejal kepada Cecair setelah menerima haba 
d)
Perubahan keadaan Gas kepada Cecair setelah kehilangan haba
69.
Apakah maksud NEUTRAL?
a)
Menukarkan warna kertas litmus biru ke merah
b)
Tidak menukarkan warna kertas litmus merah atau biru
c)
Menukarkan warna kertas litmus merah ke biru
d)
Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan
70.
Apakah maksud PEREDARAN
BUMI?
a)
Putaran Bumi adalah dari arah Barat ke Timur mengikut arah lawan jam. Tempoh yang diambil untuk satu putaran lengkap ialah 24 jam atau satu hari
b)
Tidak menukarkan warna kertas litmus merah atau biru
c)
Peredaran Bumi mengelilingi matahari adalah dari arah Barat ke Timur mengikut arah lawan jam. Tempoh yang diambil untuk satu peredaran ialah 365 1/4hari
d)
Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan
71.
Apakah maksud PEMBEKUAN?
a)
Perubahan keadaan Cecair kepada Gas setelah menerima haba
b)
Perubahan keadaan Cecair kepada Pepejal setelah kehilangan haba
c)
Perubahan keadaan Pepejal kepada Cecair setelah menerima haba 
d)
Perubahan keadaan Gas kepada Cecair setelah kehilangan haba
72.
Apakah maksud PENYEJATAN?
a)
Perubahan keadaan Cecair kepada Gas setelah menerima haba
b)
Perubahan keadaan Cecair kepada Gas setelah menerima haba (pada permukaan)
c)
Perubahan keadaan Pepejal kepada Cecair setelah menerima haba 
d)
Perubahan keadaan Gas kepada Cecair setelah kehilangan haba
73.
Apakah maksud TENAGA YANG BOLEH DIBAHARUI?
a)
Sumber tenaga yang tidak boleh dijana kerana sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh secara berterusan
b)
Kebolehan untuk membuat kerja
c)
Tenaga daripada matahari. Menerangi bumi, memberi haba dan menghasilkan sumber elektrik
d)
Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan
74.
Apakah maksud KESTABILAN?