wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TEST SEJARAH F4

Total questions: 60

Worksheet time: 1hrs 3mins

Name
Class
Date
1.
Ibn Khaldun telah memberikan pandangan tentang ciri ketamadunan sesebuah masyarakat. Apakah ciri ketamadunan mengikut sarjana tersebut?
I  Kehidupan di bandar
II Pencapaian tatasusila
III Kemunculan kepercayaan 
IV Peningkatan teknologi
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
2.
Gambar di atas berkaitan dengan simbol Ying dan Yang yang diamalkan dalam Tamadun China.
Apakah maksud simbol tersebut?
a)
Kemunculan agama
b)
Kekuasaan pemerintah
c)
Keharmonian dengan alam
d)
Keseimbangan antara dua kuasa
3.
"Pemerintahan yang zalim yang memperlihatkan kekuasaan digunakan sewenang-wenangnya"
Apakah bentuk pemerintahan tersebut?
a)
Tirani
b)
Oligarki
c)
Republik
d)
Aristokrasi
4.
Archimedes merupakan ahli sains yang terkenal dalam Tamadun Yunani. Apakah sumbangan teori tersebut?
I Graviti
II Astronomi
III Perubatan
IV Isi padu air
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
5.
Bahasa Melayu sebagai lingua franca oleh masyarakat maritim kerajaan awal Asia Tenggara. 
Mengapakah berlaku keadaan demikian?
a)
Galakan daripada golongan pemerintah
b)
Orang Melayu merupakan peneroka laut
c)
Syarat untuk mendapatkan kebenaran berdagang
d)
Kepulauan Melayu maju dalam bidang pendidikan
6.
Kerajaan Maritim :
Srivijaya
Majapahit
Mengapakah kerajaan tersebut berjaya meneroka dunia luar?
a)
Pertambahan penduduk
b)
Hasil pertanian meningkat
c)
Bantuan kuasa asing
d)
Mahir dalam pembinaan kapal
7.
Kawasan berikut memberikan sumbangan terhadap kerajaan awal Asia Tenggara.
- Sungai Mekong
- Tasik Tonle Sap
Apakah sumbangan tersebut?
a)
Pengutipan cukai
b)
Pertahanan negara
c)
Perkembangan perdagangan 
d)
Pembinaan sistem pengairan
8.
Candi Angkor Wat
Candi Borobudur
Apakah fungsi binaan tersebut?
a)
Merupakan pusat penterjemahan karya
b)
Menyimpan abu jenazah raja
c)
Memperkukuhkan kedudukan pembesar
d)
Menjadi pusat perkembangan ilmu
9.
Apakah kesan daripada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah berikut?
- berasaskan kelompok tersendiri
- terikat dengan peraturan
- suasana tempat tinggal
a)
Kedudukan wanita rendah
b)
Keharmonian hidup rakyat
c)
Kemunculan semangat assabiah
d)
Kewujudan sistem kepercayaan
10.
"Zaman Jahiliah berlaku dari tahun 300 Masihi hingga 610 Masihi."
Bagaimanakah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?
a)
Mementingkan unsur rohaniah
b)
Mengamalkan semangat kesukuan
c)
Mengabaikan kegiatan perdagangan
d)
Melaksanakan peraturan perkahwinan
11.
Penghijrahan orang Islam ke Habsyah dari Makkah merupakan Hijrah yang pertama.
Mengapakah Nabi Muhammad SAW membenarkan penghijrahan tersebut?
a)
Menyebarkan agama Islam
b)
Mendapatkan perlindungan 
c)
Menjalankan kegiatan perdagangan
d)
Memenuhi jemputan penduduk setempat
12.
"Pada tahun 630 Masihi, orang Quraisy mencabuli Perjanjian Hudaibiyah dengan memberi sokongan kepada Bani Bakar"
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
a)
Pembukaan semula Kota Makkah
b)
Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
c)
Pembentukan kerajaan Islam Madinah
d)
Pengisytiharan sumah setia "Baiah al-Ridwan"
13.
Hubungan luar antara

- Tamadun Mesir Purba
- Tamadun Mesopotamia
- Tamadun Indus

Apakah kesan pengamalan sifat keterbukaan tersebut?
a)
Pertukaran teknologi
b)
Perkembangan kesenian
c)
Perluasan pengaruh agama
d)
Peningkatan kegiatan pertanian
14.
Apakah makna tamadun mengikut pandangan Syed Naquib al-attas?
a)
Kebebasan berpolitik
b)
Kemajuan perundangan 
c)
Kemakmuran masyarakat
d)
Ketinggian tatasusila
15.
Senarai artifak berikut dijumpai di Lembah Bujang.
- Manik
- Tembikar
- Pelita tembaga

Apakah yang dapat dibuktikan dengan penemuan artifak tersebut?
a)
kestabilan politik
b)
kemajuan pertanian
c)
kemahiran masyarakat
d)
kewujudan pelabuhan entrepot
16.
Pada zaman Srivijaya, Datu meminum air yang disiram pada batu tersebut.

Apakah tujuan upacara tersebut diamalkan?
a)
mewujudkan penghormatan terhadap pembesar
b)
memperkuatkan kedudukan pembesar
c)
menguji kepimpinan pembesar
d)
menjamin kesetiaan pembesar
17.
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq merupakan khalifah pertama memerintah Khulafa' al-Rasyidin.

Mengapakah tokoh tersebut digelar Penyelamat Umat Islam?
a)
menamatkan perang saudara
b)
memantapkan sistem perundangan
c)
mengatasi perpecahan masyarakat
d)
menyatukan wilayah-wilayah kecil
18.
Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW semasa Perang Badar.
- Mengampunkan tawanan Arab Quraisy
- Membebaskan tawanan wanita dan kanak-kanak
- Membebaskan tawanan lelaki yang berjaya mengajar kanak-kanak Islam

Apakah kesan daripada tindakan baginda tersebut selepas perang.
a)
pembukaan semula Kota Makkah
b)
bilangan penganut Islam bertambah
c)
pembentukan pusat pentadbiran Islam
d)
amalan masyarakat Arab Jahiliah dihapuskan
19.
Mengapakah kemasukan Islam ke Sepanyol dikatakan membawa kepada kemunculan kebudayaan baru?
I  Penggunaan bahasa Arab
II Kemuncuan golongan Mozarab
III Penghijrahan beramai-ramai
IV Kemajuan kegaiatan penterjemahan
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
III dan IV
d)
I dan IV
20.
Senarai berikut merujuk kepada karya kesusasteraan yang dihasilkan di Melaka. 

- Hikayat Amir Hamzah
- Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Apakah kepentingan karya tersebut?
a)
mencatatkan pengislaman pemerintah
b)
menjadi panduan mentadbir kerajaan
c)
mendorong penubuhan institusi agama
d)
meningkatkan semangat untuk menentang musuh
21.
- Abdul Rauf Singkel
- Syeikh Nurudin al-Raniri
- Syed Daud al-Pattani
Senarai di atas merujuk kepada pengarang kitab agama Islam dalam kerajaan Islam di Asia Tenggara.

Apakah persoalan yang dimuatkan dalam karya mereka?
a)
kewajipan berjihad
b)
kecekapan pemerintah
c)
kebebasan wanita
d)
kesetiaan rakyat
22.
Institusi Baitulmal telah diperkenalkan oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh.
Apakah peranan institusi tersebut?
a)
Pusat perbendaharaan negara
b)
Pusat kegiatan ekonomi
c)
Pusat kebudayaan 
d)
Pusat keilmuan
23.
Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.
→ Berdasarkan sukatan pelajaran
→ Pendidikan mengikut tahap
→ Dilaksanakan secara kelas
Apakah sistem pendidikan tersebut?
a)
Sekolah Pondok
b)
Sistem Madrasah
c)
Pengajian di surau
d)
Dijalankan di Istana
24.
Pergerakan Luddite merupakan gerakan pekerja di Britain pada tahun 1810. Mengapakah berlaku gerakan tersebut?
a)
menuntut kenaikan gaji pekerja
b)
membela kebajikan buruh wanita
c)
mendesak penubuhan kesatuan sekerja
d)
membantah penggunaan mesin pemidang
25.
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan dalam Tamadun Mesir Purba.
→ Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi
Apakah sistem tulisan tersebut?
a)
Hieroglif
b)
Ideogram
c)
Cuneiform
d)
Piktograf
26.
Apakah kesan pengamalan sifat terbuka dalam masyarakat Indus?
a)
Perluasan kuasa
b)
pertukaran teknologi
c)
penyebaran agama Hindu
d)
perkembangan bidang penulisan
27.
Sejak tahun 100 masihi, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang. Apakah kepentingan Alam Melayu kepada India pada masa itu?
a)
pusat keagamaan
b)
pusat kesusasteraan
c)
pembekal tenaga buruh
d)
pembekal rempah ratus
28.
Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama iaitu surah al-Alaq, ayat 1 - 5 pada 6 Ogos  Masihi. 
Apakah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menerusi surah tersebut?
a)
mengekalkan persamaan taraf sesama manusia
b)
penyatuan umat di bawah satu akidah
c)
pembelaan terhadap agama
d)
membaca untuk meningkatkan ilmu
29.
Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas perang Badar berakhir.
→ Mengampunkan tawanan perang
→ Membebaskan tawanan wanita
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
a)
suku yang bertelagah berdamai
b)
Islam diterima dengan kerelaan
c)
kebebasan beragama diamalkan
d)
pengukuhan pentadbiran kerajaan Islam
30.
Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura.
Apakah kebaikan sistem tersebut?
a)
menjamin kesinambungan pemerintahan
b)
meneruskan tradisi masyarakat arab
c)
mendapat sokongan orang bukan Islam
d)
Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan
31.
Menurut catatan China, perkampungan Ta Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun  masihi.
Kewujudan perkampungan tersebut membuktikan ..
a)
kewujudan pusat pendidikan Islam
b)
peranan pedagang menyebarkan Islam
c)
kemunculan sebuah kerajaan Islam
d)
perkembangan kesusasteraan Islam
32.
Senarai berikut merujuk kepada undang-undang bertulis dalam kerajaan Melayu tradisional.
→ Undang-undang Pahang
→ Undang-undang Perak
→ Undang-undang Kedah
Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut?
a)
melicinkan sistem pentadbiran
b)
menyekat pengaruh asing
c)
memantapkan sistem pendidikan
d)
mengeratkan hubungan diplomatik
33.
Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu.
→ terdapat sukatan pelajaran
→ dilaksanakan secara kelas
→ pengajaran mengikut tahap
Maklumat tersebut berkaitan dengan 
a)
sekolah pondok
b)
sistem madrasah
c)
pembelajaran di masjid
d)
pengajaran di istana
34.
Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pad atahun 622 masihi?
a)
memberi panduan pemerintahan negara
b)
melindungi tradisi masyarakat Arab
c)
menamatkan permusuhan dengan Rom
d)
menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah
35.
Antara berikut, yang mankah berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah?
I  Menghalalkan amalan riba
II Menjalankan pemerintahan berpusat
III Menjalinkan kerjasama antara kabilah
IV Mengamalkan perkahwinan bebas
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
36.
Dasar sosial Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam.
Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut?
a)
warisan bangsa
b)
jurai keturunan
c)
pengumpulan kekayaan
d)
kecemerlangan individu
37.
Apakah pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam sistem pemerintahan negara?
a)
menyediakan pakaian seragam tentera
b)
membentuk tentera sukarela
c)
memperkukuhkan tentera laut
d)
memperkenalkan gaji untuk tentera
38.
Apakah prinsip undang-undang dalam Kod Hammurabi?
a)
mengutamakan konsep permuafakatan
b)
berasaskan sistem kepercayaan tempatan
c)
berteraskan hak rakyat terhadap keadilan 
d)
hukuman yang smaa untuk semua golongan
39.
→ Augustus Caeser (tamadun Rom)
→ Shih Huang Ti (tamadun China)
Apakah sumbangan mereka?
a)
memperkenalkan pemerintahan demokrasi
b)
menyeragamkan undang-undang
c)
mengasaskan sistem empayar
d)
mengamalkan kepimpinan melalui teladan
40.
Raja Indarvarman 1 memerintah kerajaan Angkor mulai tahun 877 Masihi. Apakah sumbangan baginda terhadap kerajaan Angkor?
a)
menyediakan kemudahan pelabuhan
b)
memajukan perusahaan perkapalan
c)
menghapuskan cukai tanaman
d)
membina takungan air
41.
Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam?
a)
semangat jihad dipupuk
b)
armada laut diperkukuhkan
c)
perkahwinan politik digalakkan
d)
perjanjian dengan pemimpin tempatan dimeterai
42.
Anda sebagai seorang anak petani di China pada zaman Dinasti Han.
Bagaimanakah anda dapat mengubah status sosial anda?
a)
memajukan perniagaan
b)
memiliki tanah yang luas
c)
menyertai pasukan tentera tetap
d)
meningkatkan pencapaian pendidikan
43.
Athens merupakan sebuah negara kota dalam Tamadun Yunani.
Apakah matlamat pendidikan di negara kota tersebut?
a)
melahirkan pegawai kerajaan yang berpendidikan
b)
mewujudkan masyarakat yang celik huruf
c)
membentuk warganegara yang taat
d)
melahirkan manusia yang seimbang
44.
Masyarakat Athens mementingkan sukan, seni berpidato dan kesusasteraan dalam sistem pendidikan.
Mengapakah bidang tersebut penting?
a)
memudahkan mobiliti sosial
b)
membina watak kepimpinan
c)
melahirkan rakyat yang seimbang
d)
memperkukuhkan jati diri masyarakat
45.
Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan haba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepad ajaran Islam.
Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?
a)
mempertahankan prinsip kesamarataan
b)
mendapat galakan daripada keluarga
c)
diberikan jaminan keselamatan
d)
peka terhadap perubahan
46.
Apakah sumbangan tokoh di bawah terhadap pendidikan formal di Tanah Melayu sebelum penjajah Barat?
→ Tuk Pulai Condong
→ Tok Ku Paloh
a)
melancarkan sistem madrasah
b)
menyeragamkan sukatan pelajaran
c)
memperkukuhkan sistem pendidikan pondok
d)
mengasaskan pendidikan untuk kaum wanita
47.
Mengapakah Martin Luther menentang amalan penganut Kristian tentang penjualan Sijil Indulgence?
a)
ajaran agama diseleweng
b)
kadar jenayah meningkat
c)
rakyat jelata ditindas
d)
kuasa raja tercabar
48.
Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pad atahun 630 masihi. 
Mengapakah kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah?
a)
pembebasan golongan hamba
b)
pemulauan keluarga Bani Hashim
c)
pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
d)
pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj
49.
Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal.
Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut?
a)
pelantikan ketua adat
b)
keturunan sebelah bapa
c)
perkahwinan sesama suku
d)
anak perempuan mewarisi harta
50.
Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadunan menurut pandangan cendekiawan Islam?
a)
kebebasan mengamalkan sebarang agama
b)
kemajuan pesat dalam bidang ekonomi
c)
kesejahteraan semua lapisan rakyat
d)
ketinggian tatasusila masyarakat
51.
Golongan raja di Asia Tenggara menggunakan gelaran berikut setelah kedatangan Islam.
→ Zillullah fil-alam
→ Zillullah fil-ard
Mengapakah gelaran tersebut digunakan?
a)
melambangkan kemakmuran kerajaan
b)
mengekalkan warisan tradisi
c)
mengesahkan kewibawaan
d)
memelihara hak penduduk
52.
Pada tahun 630 masihi, orng Arab Quraisy melanggar syarat perjanjian Hudaibiyah. Apakah kesan peristiwa tersebut?
a)
Kota Makkah dikuasai Islam
b)
Sistem kabilah dimansuhkan
c)
Urusan perdagangan terjejas
d)
Penduduk Madinah berhijrah
53.
Adat Temenggung mengamalkan hukum faraid dalam Islam. Siapakah yang diutamakan dalam pembahagian harta dalam adat tersebut? 
a)
Anak tiri
b)
Anak yatim
c)
Anak lelaki
d)
Anak perempuan
54.
Antara berikut, negeri yang manakah mengamalkan Adat Perpatih?
a)
Johor
b)
Kelantan
c)
Selangor
d)
Negeri Sembilan
55.
Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar ialah kehidupan bertamadun. Apakah ciri kehidupan bandar tersebut?
a)
kemajuan sosial
b)
ketinggian moral
c)
kestabilan politik
d)
kemakmuran ekonomi
56.
Pada peringkat awal penyebaran Islam, kebanyakan penganutnya terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba. Mengapakah mereka tertarik untuk memeluk Islam. 
a)
layanan yang sama rata
b)
keinginan merasai kebebasan
c)
larangan menyembah berhala
d)
keazaman mengubah kehidupan
57.
Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, pelantikan calon diperkukuhkan dengan baiah. Apakah maksud baiah?
a)
Permuafakatan antara pemimpin
b)
Pemantapan sistem perundangan 
c)
Perakuan sumpah taat setia
d)
Perpaduan ummah
58.
Adat Temenggung berasaskan sistem patrilineal. Apakah ciri sistem tersebut ?
a)
Memilih ketua daripada peringkat bawah
b)
Membenar perkahwinan sesama suku
c)
Mengamalkan proses permuafakatan
d)
Mementingkan jurai keturunan bapa
59.
Pada zaman Raja Indravarman 1, kerajaan Angkor berjaya menghasilkan beras yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat. Apakah faktor kejayaan tersebut
a)
Pembinaan Barray
b)
Kemasukkan buruh luar
c)
Penerokaan tanah baru
d)
Pengenalan kaedah penggiliran tanaman
60.
Matlamat akhir penganut agama Hindu ialah mencapai Moksya atau kebebasan mutlak. Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai
a)
berpendidikan tinggi
b)
berbuat baik
c)
rajin bertapa
d)
hormat pemerintah