wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah Tingkatan 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Siapakah pegawai SHTI yang menggunakan tipu helah untuk mendapatkan Pulau Pinang?
a)
Francis Light
b)
Stamford Raffles
c)
J.W.W. Birch
d)
J.P Rogder
2.
Mengapakah Stamford Raffles berusaha untuk mendapatkan Singapura?
a)
Singapura kaya dengan bijih timah
b)
Kedudukan Singapura yang strategik
c)
Gagal menyaingi perlabuhan Pulau Pinang
d)
Singapura terletak di utara Tanah Melayu
3.
Bagaimanakah British mendapatkan Melaka?
a)
melalui perjanjian Sulit April 1897
b)
melalui peperangan dan pertumpahan darah
c)
melalui tipu helah terhadap Sultan Melaka
d)
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
4.
Bagaimanakah Perang Larut boleh tercetus di Perak?
a)
pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San
b)
perebutan kuasa antara Sultan Abdullah dan Raja Mahadi
c)
masalah perwarisan takhta yang tidak dipatuhi oleh kerabat diraja Sungai Ujong
d)
adat perpatih yang menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan pembesar
5.
Nyatakan 2 kesan Perjanjian Pangkor 1874.
a)
Raja Ismail diiktiraf sebagai Sultan Perak dan J.W.W Birch dilantik menjadi Residen Perak
b)
Ngah Ibrahim dinaikkan pangkat menjadi Sultan Perak dan J.G. Davidson dilantik menjadi Residen British
c)
Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak dan menerima J.W.W Birch sebagai Residen
d)
Raja Ismail kekal sebagai Sultan Perak dan J.W.W. Birch menjadi Residen British di Perak
6.
Apakah peristiwa yang berlaku di Pahang yang menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa menerima J.P. Rodger sebagai Residen British?
a)
Pembunuhan Go Hui, warga British berbangsa Cina berhampiran istana Sultan Ahmad
b)
perebutan kuasa hingga tercetusnya Perang Klang
c)
Rompakan kapal dagang British di Selat Melaka
d)
Serangan rumah api di Tanjung Rachado
7.
Apakah sumbangan Temenggung Daeng Ibrahim dalam memajukan ekonomi Johor?
a)
melancarkan serangan ke atas Riau
b)
memperkenalkan Sistem Kangcu
c)
menandatangai perjanjian dengan Stamford Raffles
d)
memodenkan dan meluaskan kuasa Johor 
8.
Nyatakan 2 tindakan yang telah dilakukan oleh Pangeran Indera Mahkota hingga menyebabkan rakyat Sarawak memberontak?
a)
memaksa oarng Bajau bekerja di lombong antimoni tanpa dibayar upah dan mengenakan cukai yang tinggi
b)
mengenakan cukai yang tinggi dan memaksa orang Iban bekerja di lombong antimoni tanpa dibayar upah
c)
mengambil alih kuasa pentadbiran dan memaksa orang Bidayuh bekerja di lombong antimoni tanpa dibayar upah
d)
mengambil alih kuasa pentadbiran dan memaksa orang Kedayan bekerja di lombong antimoni tanpa dibayar upah
9.
Jika kamu adalah James Brooke, apakah yang akan kamu lakukan untuk melicinkan pentadbiran di Sarawak?
a)
mendapatkan sokongan penduduk tempatan dengan melantik penduduk tempatan menjadi Residen British
b)
mewujudkan Majlis Tertinggi dan Majlis Tempatan dan melantik orang tempatan menggangotai majlis tersebut
c)
melantik pegawai British yang cerdik pandai untuk mentadbir negeri Sarawak
d)
membahagikan Sarawak kepada lima bahagian dan menubuhkan Majlis Bahagian, Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi
10.
Siapakah yang akan mengadili kes-kes berat seperti pembunuhan dan rompakan di negeri Sabah?
a)
Pegawai Daerah
b)
Residen British
c)
Gabenor British
d)
Pegawai Anak Negeri
11.
Apakah nama lama Kota Kinabalu?
a)
Elopura
b)
Jesselton
c)
Pryers
d)
Port Weld
12.
Berikut merupakan tanaman baru di Tanah Melayu kecuali..
a)
kopi dan teh
b)
lada hitam dan gambir 
c)
tembakau dan kelapa sawit
d)
getah dan teh
13.
Mengapakah permintaan terhadap getah meningkat pada kurun ke 20?
a)
membuat tayar dan perusahaan mengetin makanan di Eropah
b)
memenuhi keperluan perusahaan membuat motokar di Eropah
c)
revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat
d)
tanaman kopi gagal maju akibat permintaan yang sedikit
14.
Nyatakan kesan kemasukan imigran Cina dan India akibat daripada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu?
a)
mewujudkan ketegangan kaum sehingga ke hari ini
b)
mewujudkan masyarakat majmuk yang berbilang kaum
c)
melahirkan generasi yang mencintai tanah air sendiri
d)
memastikan masyarakat di Tanah Melayu sentiasa hidup harmoni
15.
Jika kamu adalah anak seorang bangsawan Melayu, di manakah anda akan mendapatkan pendidikan?
a)
Sekolah Melayu
b)
Sekolah St. John
c)
Maktab Perguruan Sultan Idris
d)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
16.
Mengapakah Rentap menggunakan slogan Agi Idup Agi Ngelaban?
a)
membakar semangat juang orang Iban
b)
memastikan orang Iban bangkit berjuang menentang SBUB
c)
mengelakkan dijatuhi hukuman gantung 
d)
memastikan orang Iban sentiasa bermesyuarat
17.
Siapakah pejuang Pahang?
a)
Dato' Bahaman dan Mat Kilau
b)
Tok Gajah dan Yamtuan Antah
c)
Dato' Bahaman dan Dato' Maharajalela
d)
Tok Janggut dan Tok Gajah
18.
Mengapakah pejuangan Tok Janggut di Kelantan dianggap sebagai pejuangan jihad?
a)
memastikan rakyat Kelantan bangkit menentang pengenalan cukai baru
b)
mempertahankan kedaulatan Sultan Kelantan daripada diancam oleh British 
c)
jihad mempertahankan agama, bangsa dan tanah Kelantan daripada penjajahan British
d)
menarik minat masyarakat Cina untuk sama-sama pertahankan negeri Kelantan
19.
Apakah maksud semangat kebangsaan?
a)
perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap agama, bangsa dan tanah air
b)
perasaan kenegerian yang mendalam
c)
perasaan sayang terhadap bangsa sendiri
d)
perasaan cinta terhadap negara tanpa sanggup berkorban untuk negara
20.
Berikut merupakan saranan Al-Imam kecuali..
a)
menyeru orang Islam kembali berpegang kepada al-quran dan hadis
b)
mengenepikan adat resam dan kepercayaan karut
c)
menekankan pentingnya ilmu pengetahuan
d)
menyokong perjuangan Kaum Tua