wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bijak Tatabahasa 2018

Total questions: 40

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.
Mana satu pecahan yang betul ?
a)
dua kilogram setengah
b)
tiga setengah minit
c)
tiga suku jam
d)
dua setengah kilogram
2.
Pilih ayat pasif yang salah.
a)
Roti itu saya makan.
b)
Roti itu dimakan oleh saya. 
c)
Roti itu kamu makan.
d)
Roti itu dimakan oleh mereka.
3.
Kenal pasti tatabahasa yang salah.
a)
Jangan berbuat bising.
b)
berbuat begitu
c)
berbuat demikian
d)
membuat begitu
4.
Kenal pasti penggunaan 
antara & di  antara yang salah.
a)
Antara hobi saya ialah membaca buku.
b)
Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. 
c)
 Di antara hobi saya ialah membaca buku.
d)
Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam. 
5.
Kenal pasti penggunaan di dalam dalam yang salah.  
a)
dalam mesyuarat
b)
di dalam bilik
c)
dalam ingatannya
d)
di dalam ingatannya
6.
Kenal pasti penggunaan
 ialah  /  adalah
 
yang salah.
a)
Ramli ialah abang saya. 
b)
Mesyuarat itu  adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. 
c)
Ramli adalah abang saya. 
d)
Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak  kilang.
7.
  _________  jangan merokok.
Pilih penggunaan kata suruh yang tepat.
 
a)
Harap jangan merokok.
b)
Sila jangan merokok. 
c)
Tolong jangan merokok.
d)
Usah jangan merokok.
8.
  Kenal pasti penggunaan
men-...............-i /
 men-…..............-kan  
yang betul.
 
a)
menasihatkan Ali 
b)
menasihati Ali
c)
menghidangkan tetamu
d)
menaiki bendera
9.
(orang) di-…-i (benda)  / 
(benda) di-…-kan (orang) 
 Kenal pasti ayat yang SALAH berdasarkan
formula tatabahasa ini.  
a)
Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah.
b)
Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan. 
c)
Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. 
d)
Menteri  itu dianugerahkan pingat kebesaran. 
10.
memper......  (kata adjektif)  / 
memper-.....-kan (kata kerja)

Kenal pasti ayat yang SALAH
berdasarkan
formula tatabahasa ini.    
a)
memperdalam lubang itu
b)
memperdalamkan lubang itu
c)
mendalamkan lubang itu
d)
memperkatakan  hal itu
11.
memperisterikan (mengahwinkan orang lain) 
memperisteri  (berkahwin dengannya)
Kenal pasti ayat yang SALAH berdasarkan formula tatabahasa ini.    
a)
Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. 
b)
Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. 
c)
Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan  seorang gadis kampung.
d)
Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan  seorang pemuda kampung.
12.
meN-…-kan(orang) = buat/beli untuk orang lain  
Pilih tatabahasa yang salah.
a)
Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh.
b)
Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. 
c)
Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh.
d)
Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. 
13.
kata bilangan ‘ber’ = 2X

Kenal pasti tatabahasa
yang salah
a)
berpuluh tahun
b)
berpuluh-puluh tahun
c)
beribu-ribu penonton
d)
ribuan penonton
14.
kata bilangan ‘ke’ = 2X ,tidak perlu penjodoh bilangan

Mana satu tatabahasa yang salah?
a)
kedua-dua anaknya
b)
anaknya yang kedua
c)
kedua anaknya
d)
ketiga-tiga kucing itu
15.
Kenal pasti kata bilangan yang salah.

a)
 semua kanak-kanak
b)
para pelajar
c)
semua murid
d)
semua murid-murid
16.
Formula tatabahasa:
ramai
(meriah/seronok/manusia) 
banyak (bilangan/bukan suasana)
 

Pilih ayat yang salah tatabahasa.
a)
Ramai pelanggan di pasar raya itu.
b)
Ramai orang menonton konsert nasyid itu.
c)
Banyak  pelanggan di pasar raya itu.
d)
Orang ramai menonton  konsert nasyid itu.
17.
Formula:
MeN-…-kan (tidak perlu TENTANG)  / 
ber (ada TENTANG)
 
Pilih ayat yang salah.
a)
Cikgu Norida menceritakan  pengalamannya.
b)
Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya.
c)
Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. 
d)
Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. 
18.
Formula:
kata bantu dalam ayat pasif = telah/pernah/akan SEBELUM ORANG
 
Pilih ayat yang salah.
a)
Surat itu saya telah tulis.
b)
Wau itu akan saya buat.
c)
Orang gila itu  pernah kamu lihat?
d)
Surat itu telah saya tulis. 
19.
Formula:
1. sebab (KATA NAMA ABSTRAK) 
 
2. kerana / oleh sebab (KATA HUBUNG) /
3. oleh kerana (TIADA)
 
Pilih ayat yang salah penggunaan SEBAB, KERANA, OLEH SEBAB, dan OLEH KERANA.
a)
Jalil tidak datang ke sekolah kerana  demam. 
b)
Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam.
c)
0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah. 
d)
Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam.
20.
ia = ORANG  
Mana satu tatabahasa yang betul?
a)
Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel.
b)
Saya ada seekor kucing. Ia bernama Si Comel.
c)
Kamus itu sangat mahal. Ia berharga RM60.00.
d)
Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan.
21.
Aku dan Suib berjalan pulang dari sekolah. _________singgah di sebuah warung untuk membeli makanan.
a)
Dia
b)
Kita
c)
Saya
d)
Kami
22.
Setelah dieram beberapa hari,cangkerang telur burung pipit akan mula_________dan pecah.
a)
merekah
b)
memecah
c)
melubang
d)
membocor
23.
Hang Tuah ialah hulubalang Melayu yang________kerana mampu mengalahkan musuh yang ramai dengan mudah.
a)
setia
b)
kebal
c)
gagah
d)
kukuh
24.
Pak Udin menggunakan kertas pasir untuk________permukaan kulit lembu yang dijadikan muka rebana.
a)
meluaskan
b)
meratakan
c)
menipiskan
d)
mengempelas
25.
Hati Nona mulai_________dan muka pula_______sebaik sahaja melalui kawasan kemalangan itu.
a)
malu...tebal
b)
resah...sedih
c)
cemas...pucat
d)
gelisah...suram
26.
Beberapa orang murid__________mendengar ucapan dan nasihat daripada Guru Besar.
a)
teliti
b)
tekun
c)
hemat
d)
cermat
27.
Menara Kuala Lumpur merupakan_________kebanggaan rakyat Malaysia.
a)
penanda aras
b)
mercu tanda
c)
tanda mata
d)
ukur lilit
28.
Ayah akan_______kakak dengan anak kawannya yang tinggal di Kelantan pada bulan Ogos ini.
a)
disuami
b)
bersuamikan
c)
mempersuami
d)
mempersuamikan
29.
Suasana di kampung sangat tenang,tidak seperti di bandar yang_________dengan bunyi enjin kenderaan.
a)
huru-hara
b)
kacau-bilau
c)
hiruk-pikuk
d)
punuh-ranah
30.
_____________perlu menunjukkan tingkah lakuyang baik kepada pelancong asing.
a)
A. Dia
b)
b. Kita
c)
c. Kami
d)
d. Beliau
31.
Sultan Melaka berangkat ke balai penghadapan kerana ___________hendak mengumumkan pelantikan pembesar negeri.
a)
a. dia
b)
b. mereka
c)
c. baginda
d)
d. kita
32.
Puan Zaleha______________pulut kuning serta rendang ayam kepada tetamunya semasa majlis berkhatam al-Quran anak lelakinya.
a)
a. menghasilkan
b)
b. menghidangkan
c)
c. menghadiahkan
d)
d. menganugerahkan
33.
Seni kraf logam yang_____pada senjata tradisional,peralatan rumah,dan perhiasan diri itu dihasilkan oleh tukang Melayu yang berpengalaman.
a)
a. dekat
b)
b. indah
c)
c. halus
d)
d. unik
34.
Se__________penari sedang mempersembahkan tarian kuda kepang bersempena dengan Hari Kesenian dan Kebudayaan di sekolahnya.
a)
a. baris
b)
b. orang
c)
c. deretan
d)
d. kumpulan
35.
Hafiz memasang muzik yang_________untuk mengelakkannya daripada mengantuk ketika mengulang kaji pelajaran.
a)
a. panjang
b)
b. rancak
c)
c. dekat
d)
d. laju
36.
Ubi keledek itu hendaklah direbus sehingga benar-benar________sebelum dilenyek dan digaul dengan tepung.
a)
a. lemak
b)
b. lembik
c)
c. empuk
d)
d. lembut
37.
Tun Hussein Onn di gelar Bapa Perpaduan kerana __________mementingkan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat.
a)
dia
b)
kita
c)
kami
d)
beliau
38.
"________ titahkan Laksamana dan Temenggung mengurus hal ehwal perdagangan di Pelabuhan Melaka," titah Sultan Melaka.
a)
Beta
b)
Saya
c)
 Kami
d)
 Kita
39.
Puan Naimah ________ tetamunya masuk ke dalam rumahnya dengan mesra dan sopan.
a)
 mempersilakan
b)
mempertemukan
c)
mempersila
d)
memperhatikan
40.
Semua calon lelaki yang akan menghadiri temu duga itu perlu memakai kemeja - T berwarna _______ seperti murid sekolah.
a)
 merah
b)
 hitam
c)
putih
d)
 oren