wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KOMSAS (NOVEL JALAN KE PUNCAK)- 2RK2 -PKPB

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Berikan nama teks novel yang dipelajari oleh pelajar Tingkatan 2 di negeri Perak?

a)

Menuju Puncak

b)

Jalan Ke Puncak

c)

Jalan Menuju Ke Puncak

d)

Menuju Jalan Ke Puncak

2.

Siapakah nama penulis teks novel Jalan Ke Puncak?

a)

Jari Durabi

b)

Jeri Darabi

c)

Juri Durubi

d)

Juri Durabi

3.

Berapakah jumlah bab yang terdapat dalam novel Jalan Ke Puncak?

a)

11 bab

b)

10 bab

c)

15 bab

d)

16 bab

4.

______________ ialah tokoh rekaan atau pelaku yang memegang peranan dalam sesuatu cereka.

a)

Watak

b)

Perwatakan

c)

Pewatak

d)

Watakan

5.

_______________ ialah perkara-perkara yang mendedahkan perlakuan watak.

a)

Watak

b)

Perwatakan

c)

Perwatak

d)

Watakan

6.

Namakan watak utama yang terdapat dalam novel Jalan Ke Puncak?

a)

Leman

b)

Leiman

c)

Laiman

d)

Sulaiman

7.

Namakan dua watak sampingan yang terdapat dalam novel Jalan Ke Puncak.

a)

Milan dan Pak Kiassim

b)

Milan dan Pak Sahak

c)

Soniah dan Laiman

d)

Laiman dan Muluk

8.

Laiman adalah pemuda yang berasal dari negeri .............

a)

Sarawak

b)

Kelantan

c)

Johor

d)

Sabah

9.

Laiman merupakan siswazah yang berkelulusan dalam bidang ________________

a)

kejururawatan

b)

kejuruteraan

c)

perniagaan

d)

ekonomi

10.

Laiman telah dihantar ke sebuah .......................................... di Sarawak untuk menjalani latihan industri.

a)

jabatan kerajaan

b)

stesen minyak

c)

syarikat minyak

d)

tangki minyak

11.

Siapakah gadis yang akrab dengan Laiman sewaktu dia menjalani latihan industri?

a)

Sonia

b)

Saniah

c)

Soniah

d)

Somiah

12.

Ketika Laiman berada di Kuching, tangki minyak yang telah diselenggara oleh Laiman telah terbakar.

a)

Betul

b)

Tidak

13.

Setelah Laiman tamat belajar, dia telah pulang ke kampungnya di ....................

a)

Kota Kinabalu, Sabah

b)

Kusilad, Sabah

c)

Kusilud, Sabah

d)

Tawau, Sabah

14.

Apakah projek yang difikirkan oleh Laiman sebaik sahaja menamatkan pelajarannya .

a)

Projek tanaman sayur sayuran dan buah-buahan

b)

Projek ternakan lebah madu dan ternakan air tawar

c)

Projek ternakan lembu dan ternakan ikan

d)

Projek ternakan ikan lampam dan tanaman tembikai

15.

Siapakah Kedek dan Muali?

a)

Sepupu Laiman yang mengerjakan ladang tembikai.

b)

Saudara Milan yang mengumpulkan hasil pertanian orang kampung untuk dijual di pasar.

c)

Orang kampung yang mendapat kepercayaan Laiman untuk menjalani kursus projek ternakan ikan air tawar.

d)

Orang kampung yang turut bersama-sama berkongsi idea membangunkan projek ternakan ikan air tawar.

16.

Siapakah Muluk?

a)

Orang yang bekerja di syarikat minyak di Sarawak dan orang yang bertanggungjawab menjadi penyelia Laiman ketika Laiman menjalani latihan industri di syarikat tersebut.

b)

Orang yang cemburu kerana Laiman berbaik-baik dengan Soniah dan orang yang telah mensabotaj Laiman dengan membakar tangki minyak yang telah diselenggara oleh Laiman.

c)

Orang yang melaporkan kebakaran di tangki minyak dan orang yang bertanggungjawab terhadap syarikat minyak tersebut.

d)

Orang yang sentiasa mengambil berat akan kebajikan Laiman, Soniah dan rakan-rakannya.

17.

Apakah tema bagi novel Jalan Ke Puncak?

a)

Kesungguhan dan kegigihan pelajar dan bercita-cita untuk menjadi usahawan ternakan yang berjaya.

b)

Kesungguhan dan kegigihan anak muda kelulusan kejuruteraan dan berhasrat untuk bekerja dengan syarikat swasta.

c)

Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya.

d)

Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang berkelulusan universiti bercita-cita untuk menjadi usahawan muda.

18.

Jawapan di bawah adalah merujuk persoalan yang terdapat dalam novel Jalan Ke Puncak kecuali ...........

a)

Persoalan kasih sayang dalam keluarga.

b)

Persoalan kepentingan pelajaran.

c)

Persoalan keadilan dalam masyarakat.

d)

Persoalan pengorbanan untuk keluarga.

19.

Laiman mempunyai adik dan abang. Siapakah nama mereka?

a)

Jariah dan Milan

b)

Jariah dan Mail

c)

Kedek dan Muali

d)

Soniah dan Muluk

20.

Milan merupakan .......................................................

a)

Sepupu Laiman dan Mail.

b)

Sepupu Kedek dan Muali.

c)

Anak Pak Kiassim.

d)

Anak saudara Pak Sahok.

21.

Pak Kiassim ialah ...........................

a)

Bapa Milan

b)

Bapa Muluk

c)

Bapa Laiman

d)

Bapa Kedek dan Muali

22.

Siapakah yang memiliki tanah berhampiran dengan tanah paya yang ingin diusahakan oleh Laiman untuk projek ternakan ikan tawarnya.

a)

Pak Sahok

b)

Pak Kiassim

c)

Pak Mail

d)

Pak Sahak

23.

Siapakah yang sanggup menangguhkan perkahwinan demi membantu membiayai pengajian Laiman?

a)

Muluk

b)

Kedek

c)

Muali

d)

Mail

24.

Novel Jalan Ke Puncak menggunakan semua teknik plot di bawah kecuali ...............................

a)

Teknik monolog dalaman.

b)

Teknik dialog.

c)

Teknik monolog.

d)

Teknik imbas kembali.

e)

Teknik lintas langsung

25.

Tandakan tiga jawapan yang berkaitan dengan latar.

a)

Latar belakang

b)

Latar masa

c)

Latar setempat

d)

Latar masyarakat

e)

Latar tempat

26.

Tandakan jawapan yang betul.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Jalan Ke Puncak ialah .............................

a)

Bandar Miri

b)

Rumah sewa Laiman

c)

Rumah Laiman

d)

Gerai Pitas

e)

Rumah Muluk

27.

Tandakan jawapan yang betul.

Latar masa yang terdapat dalam novel Jalan Ke Puncak ialah ..................................

a)

Waktu siang

b)

Dua tahun

c)

Hari Ahad

d)

Tiga bulan

e)

Waktu tengah hari

28.

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Jalan Ke Puncak ialah ..........................

a)

Masyarakat yang berpelajaran tinggi

b)

Seorang yang rajin berusaha

c)

Orang yang taat akan perintah agama

d)

Kehidupan yang miskin dan sederhana

29.

Tandakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel Jalan Ke Puncak.

a)

Hiperbola

b)

Simile

c)

Personifikasi

d)

Metafora

e)

Sinkope

30.

Subtopik bagi bab 10 ialah ..............................

a)

Pujuk

b)

Tentangan

c)

Pulang

d)

Harapan

31.

Dalam novel Jalan Ke Puncak, watak yang mencemburui hubungan baik antara Laiman dan Soniah ialah ..............

a)

Milan

b)

Kedek

c)

Muluk

d)

Sukri

32.

Latar masyarakat yang berpelajaran tinggi diwakili oleh watak ..................................

a)

Kedek dan Muali

b)

Mail

c)

Milan

d)

Laiman

33.

Siapakah yang bertanggungjawab menyelia pekerjaan Laiman semasa Laiman menjadi pelatih di syarikat minyak?

a)

Mail

b)

Soniah

c)

Muluk

d)

Sukri

34.

Nilai kerjasama yang dipaparkan dalam novel Jalan Ke Puncak ialah .........................

a)

Kerjasama antara Sukri dan Laiman untuk menjayakan projek lebah madu.

b)

Kerjasama antara Milan dan Laiman untuk memastikan projek mereka berjaya.

c)

Kerjasama antara Kedek dan Muali untuk memastikan projek mereka berjaya.

d)

Kerjasama antara Pak Sahok dan Pak Kiassim untuk memastikan projek mereka berjaya.

35.

Siapakah idola Laiman yang dijadikan contoh untuk menjadi usahawan muda yang berjaya.

a)

Mail

b)

Sukri

c)

Soniah

d)

Chow Chin

36.

Dalam novel Jalan Ke Puncak, nilai kasih sayang di tunjukkan melalui perwatakan ........................... Laiman yang sanggup mengeluarkan wang simpanannya dalam jumlah yang banyak untuk membiayai pengajian Laiman.

a)

abang

b)

adik

c)

nenek

d)

bapa

37.

Tandakan teknik atau cara penulisan pengajaran yang betul.

a)

Sikap bertanggungjawab berusaha bersungguh-sungguh ketika menjalankan tugasan.

b)

Nilai kesungguhan melakukan sesuatu pekerjaan bagi mencapai kejayaan.

c)

Kita bersungguh-sungguh jika hendak mencapai kejayaan.

d)

Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.

38.

Bagi pengajaran kita tidak digalakkan bersikap khianat terhadap orang lain. Siapakah watak yang mewakili pengajaran tersebut ?

a)

Muluk

b)

Sukri

c)

Milan

d)

Mail

39.

Kita hendaklah menerima keputusan orang lain dengan hati yang terbuka. Siapakah watak yang mewakili pengajaran ini?

a)

Sukri dan Muluk

b)

Kedek dan Muali

c)

Laiman dan Pak Kiassim

d)

Milan dan Mail

40.

Laiman menghormati Pak Sahok, dan tidak menunjukkan sikap marah terhadap Pak Sahok walaupun Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman memulakan projek ikan air tawar berhampiran dengan tanahnya.

Perlakuan ini merujuk kepada pengajaran ..............

a)

Kita hendaklah memarahi orang yang tidak sependapat dengan kita.

b)

Kita disarankan supaya mengambil berat tentang orang tua.

c)

Kita wajarlah mendesak orang lain untuk memenuhi permintaan kita.

d)

Kita mestilah hormat kepada orang tua.