Worksheetsbm tuisyen 1
Total questions: 50
Worksheet time: 42mins
Name
Class
Date
1.
Jiran saya Encik Shahir. ____________ bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia.
a)
Dia
b)
Beliau
c)
Kalian
d)
Baginda
2.
“____________ perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh 6A dalam UPSR”. Kata Cikgu Masyitah kepada murid tahun 6.
a)
Awak
b)
Beliau
c)
Kalian
d)
Engkau
3.
__________ hujan turun dengan lebat, paras air sungai akan naik dan kawasan sekitarnya banjir.
a)
Apabila
b)
Kerana
c)
Andai
d)
Agar
4.
Umat Islam akan saling __________ dan __________ dengan ibu bapa serta sanak-saudara pada hari raya.
a)
hadir…menghormati
b)
mengunjungi…bermaafan
c)
menghormati…mencintai
d)
mengasihi…bekerjasama
5.
Penggunaan lampu yang __________ ketika membaca boleh menyebabkan kerosakan mata.
a)
silau
b)
malap
c)
jernih
d)
terang
6.
Emak __________ buah tembikai untuk dihidangkan kepada tetamu.
a)
menebuk
b)
mengerat
c)
memotong
d)
memasak
7.
Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang betul.
a)
pemaju
b)
memaju
c)
kemajuan
d)
memajukan
8.
Plastik __________ akan memudahkan kita untuk melihat barangan yang ada di dalamnya.
a)
lutsinar
b)
kalis air
c)
kedap sinar
d)
kedap udara
9.
Pak Bahar sedang memasang __________ kawat mata punai di sekeliling reban.
a)
secebis
b)
selembar
c)
segelung
d)
serawan
10.
__________ tingkap rumah itu dipasang jeriji keselamatan, pencuri itu berjaya memecah masuk juga.
a)
Walaubagaimanapun
b)
Kendatipun
c)
Lantaran
d)
Jikalau
11.
Muhaimin meletakkan beberapa jenis batu yang cantik ke _________ akauariumnya itu.
a)
sisi
b)
sudut
c)
dalam
d)
pinggir
12.
Pasukan penari zapin sekolah perlu berlatih dengan gigih sekiranya __________ memenangi pertandingan tarian itu.
a)
ingin
b)
masih
c)
dapat
d)
perlu
13.
Dedaun kering itu __________ ditiup angin. pertandingan tarian itu.
a)
berpusar
b)
berserakan
c)
berguguran
d)
berterbangan
14.
Masih terdapat __________ penduduk Manjung Point yang tidak ambil peduli akan usaha gotong-royong memerangi nyamuk Aedes.
a)
semua
b)
separuh
c)
-
d)
setengah
15.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang.
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang.
a)
Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang pada hari kemudian.
b)
Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari.
c)
Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari.
d)
Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang.
16.
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
a)
tengik amat
b)
busuk sekali
c)
hapak sungguh
d)
hanyir sekali
17.
"Bilik tidur abang kamu ________," kata Raj kepada Thanush.
a)
sungguh selerak
b)
sungguh teramat selerak
c)
paling selerak
d)
paling sungguh selerak
18.
Alat-alat sukan yang dijual di kedai itu _______.
a)
agak murah
b)
paling murah sekali
c)
murah teramat
d)
murah-murah sekali
19.
Ammar merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.
a)
paling amat lewat
b)
paling-paling lewat
c)
paling lewat
d)
paling teramat lewat sekali
20.
Adif _______ apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat pertama.
a)
terlalu gembira
b)
terlalu amat gembira
c)
terlalu paling gembira
d)
paling gembira sekali
21.
Pemandangan di kawasan sawah itu ______ pada waktu pagi.
a)
nian indah
b)
indah nian
c)
sungguh indah nian
d)
sungguh indah sekali
22.
________ anyaman bakul rotan yang dihasilkan oleh gadis itu.
a)
Lembut sekali
b)
Halus sekali
c)
Mesra sekali
d)
Rapat sekali
23.
Gadis berbaju kebaya itu kelihatan _______.
a)
amat tampan
b)
amat kacak
c)
amat manis
d)
amat segar
24.
Izzamie _______ dengan cucunya itu.
a)
sungguh amat sayang
b)
paling amat sayang
c)
sungguh sayang
d)
teramat sayang sekali
25.
Mak Munah __________ apabila melihat anaknya puloang dari Kuala Lumpur.
a)
sedih benar
b)
rindu benar
c)
gembira benar
d)
risau benar
26.
Pekan kecil itu _________ menjelang waktu malam.
a)
sungguh lengang
b)
sungguh diam
c)
sungguh keras
d)
sungguh seram
27.
Azzimey mendapat markah yang _______ dalam mata pelajaran Matematik.
a)
paling tertinggi
b)
paling tinggi
c)
sungguh tinggi
d)
tinggi nian
28.
"__________ masakan ibu malam ini," puji Irene kepada ibunya.
a)
Sedap benar
b)
Sungguh sedap sekali
c)
Paling sedap sekali
d)
Benar-benar sedap
29.
Banglo yang baru siap dibina di puncak bukit itu ________.
a)
nian cantik
b)
paling tercantik
c)
sungguh cantik
d)
tercantik sekali
30.
Mew Yik Sheng ________ akan datuk dan neneknya yang tinggal di kampung.
a)
sedih benar
b)
rindu benar
c)
benci benar
d)
gembira benar
31.
“Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya pada hujung minggu ini,” kata Aniq kepada kawan-kawannya.
a)
dia
b)
awak
c)
beliau
d)
kalian
32.
1. “Sebagai perajurit , _______ berikrar akan memperjuangkan ibu pertiwi sehingga titisan darah yang terakhir,” kata perajurit-perajurit itu kepada panglima angkatan tentera.
a)
kita
b)
beliau
c)
kami
d)
mereka
33.
1. “Cis, ____ tidak sangka yang ____ bersikap gunting dalam lipatan!” jerit Hang Tuah kepada Hang Jebat.
a)
patik.....hamba
b)
baginda....patik
c)
hamba....kamu
d)
hamba....tuan hamba
34.
“Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya pada hujung minggu ini,” kata Aniq kepada kawan-kawannya.
a)
dia
b)
awak
c)
beliau
d)
kalian
35.
kata kerja yang sesuai dengan gambar.
a)
menatang
b)
menjunjung
c)
menjulang
d)
menjinjing
36.
Nenek Besah sedang ___________ bawang menggunakan lesung untuk ditumis.
a)
menumbuk
b)
mengisar
c)
memukul
d)
memalu
37.
Berita tentang kejayaan anak Pak Ismail itu menjadi _____________ penduduk kampung.
a)
pencuci mulut
b)
mulut murai
c)
buah mulut
d)
mulut tempayan
38.
Mesyuarat itu berjaya mendapat ___________ untuk mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari Ahad.
a)
jalan keluar
b)
kata sepakat
c)
ada jalan
d)
kata putus
39.
Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ________________.
a)
bekas tangan
b)
tangan terbuka
c)
buah tangan
d)
panjang tangan
40.
Orang ramai ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.
a)
mata duitan
b)
rabun mata
c)
gelap mata
d)
rambang mata
41.
Kamal ____________untuk mendengar perbualan ayahnya dan ketua kampung.
a)
pasang telinga
b)
angkat kaki
c)
kacang hantu
d)
telinga lintah
42.
Setelah berbincang selama dua jam akhirnya mereka telah mendapat ___________ tentang program itu.
a)
kata dua
b)
kata sepakat
c)
hitam putih
d)
jalan keluar
43.
Halim menuntut __________ kerana barang elektrik yang baru dibelinya sudah rosak.
a)
wang pokok
b)
gaji buta
c)
ganti rugi
d)
duit kopi
44.
Alias makan dua keping kuih sebagai ________ sebelum ke sekolah.
a)
pencuci mulut
b)
mulut tempayan
c)
alas perut
d)
pemanis mulut
45.
Rachel jarang keluar rumah pada waktu tengah hari . Oleh sebab itu dia digelar ____________ oleh rakan-rakannya.
a)
puteri lilin
b)
bunga dedap
c)
pisau cukur
d)
hidung tinggi
46.
. Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan beberapa ______ cili padi di kebunnya.
a)
A ikat … ulas
b)
B cekak…biji
c)
C jemput…butir
d)
D rumpun…genggam
47.
Pengakap muda itu mencari beberapa _______ kayu untuk mendirikan khemah.
a)
A buah
b)
B ketul
c)
C batang
d)
D kaki
48.
PaK Aji melepaskan beberapa ______ tembakan untuk menghalau monyet-monyet itu
a)
A butir
b)
B biji
c)
C das
d)
D gugus
49.
Jika dilihat dari jauh, ekor arnab kelihatan seperti ______ kapas.
a)
A seketul
b)
B segumpul
c)
C selonggok
d)
D sehelai
50.
Aini membelek beberapa _______ majalah lama milik ayahnya
a)
A keping
b)
B biji
c)
C lembar
d)
D naskhah
100 %
