wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Homework Sains F3 CNY

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Rajah menunjukkan struktur sistem respirasi manusia. Apakah struktur X?
a)
Trakea
b)
Bronkus
c)
Bronkiol
d)
Diafragma
2.
Peresapan oksigen daripada alveolus ke dalam kapilari darah ialah suatu proses yang cekap.
Berdasarkan maklumat di atas, antara berikut yang manakah adalah benar?
a)
Dinding alveolus adalah tebal
b)
Permukaan alveolus adalah lembab dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar
c)
Sel-sel yang membentuk dinding alveolus adalah mengandungi hemoglobin
d)
Kepekatan oksigen dalam kapilari darah adalah lebih tinggi daripada yang terdapat di dalam alveolus
3.
Antara berikut, yang manakah benar tentang mekanisme pernafasan?
a)
Hembusan nafas melibatkan pengecutan trakea
b)
Tarikan nafas melibatkan perubahan tekanan udara di dalam peparu
c)
Hembusan nafas melibatkan perubahan tekanan udara di dalam peparu
d)
Tarikan nafas melibatkan pengenduran diafragma
4.
Bahagian manakah jantung manusia mempunyai dinding yang lebih tebal?
a)
Atrium kanan
b)
Ventrikel kanan
c)
Atrium kiri
d)
Ventrikel kiri
5.
Seseorang telah dipatuk oleh seekor ular berbisa. Bisa itu akan memasuki jantung melalui
a)
atrium kanan
b)
ventrikel kanan
c)
atrium kiri
d)
ventrikel kiri
6.
Maklumat berikut berkaitan dengan struktur dalam sistem pengangkutan manusia.
⋅ Dinding otot yang tebal dan kenyal
⋅ Tidak mempunyai injap
⋅ Mempunyai lumen kecil
Struktur yang dimaksudkan ialah
a)
jantung
b)
arteri
c)
vena 
d)
kapilari darah
7.
Antara berikut proses manakah yang akan menyebabkan tumbuhan layu pada hari panas?
a)
Respirasi
b)
Perkumuhan
c)
Fotosintesis
d)
Transpirasi
8.
Dalam darah manusia, oksigen diangkut oleh
a)
platlet
b)
sel darah merah
c)
sel darah putih
d)
plasma
9.
Seorang penderma daripada kumpulan daran B boleh menderma kepada penerima kumpulan darah daripada
a)
B sahaja
b)
B dan A sahaja
c)
B dan O sahaja
d)
B dan AB sahaja
10.
Rajah menunjukkan keratan rentas batang dikotiledon.
Fungsi X adalah untuk mengangkut
a)
air dari daun ke akar
b)
air dari akar ke daun
c)
glukosa dari daun ke akar
d)
glukosa dari akar ke daun