wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemahaman1(kata ganda/katamajmuk)SK(1) Selayang Baru

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
 Mereka _________ di Air Terjun Jeram Lenang.   A  mandi-manda B  C  D 
a)
mandi-manda
b)
mandi
c)
 gundah-gulana
d)
mundar-mandir
2.
 Cikgu mengarahkan kami beratur ………………… sebelum masuk ke dalam dewan. 
a)
berdua-dua
b)
kedua-dua
c)
berdua
d)
kedua
3.
  Walaupun soalan yang diajukan ……………….. kepadanya namun dia dapat menjawabnya dengan tenang. 
a)
berderet-deret
b)
berbaris-baris
c)
berturut-turut
d)
bertalu-talu
4.
  Anggota bomba dan penyelamat ________ memadam kebakaran.   
a)
berkejar-kejar
b)
bersusah-susah
c)
berlumba-lumba
d)
bertungkus-lumus
5.
  Orang ramai _________ datang ke pasar raya yang baru dibuka itu. 
a)
berbalas-balas
b)
bersorak-sorak 
c)
berduyun-duyun
d)
 bercahaya-cahaya 
6.
  Keadaan menjadi ___________ apabila rumah yang tebakar itu tiba-tiba meletup.   
a)
kelam-kabut 
b)
hiruk-pikuk 
c)
kacau-bilau
d)
huru-hara
7.
  Sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi sedang mendengar taklimat daripada pensyarah di ________________. 
a)
bilik kuliah 
b)
bilik bacaan
c)
bilik gerakan
d)
bilik mesyuarat
8.
  Emak berasa bimbang ________________ ayah terlibat dalam kemalangan kerana ayah masih belum pulang walaupun hari sudah lewat malam.   
a)
 takut-takut
b)
 tidak-tidak
c)
 kalau-kalau
d)
hampir-hampir
9.
  Saya terkejut apabila melihat keadaan kakak yang ________________ ketika dia masuk ke dalam rumah.   
a)
lintang-pukang 
b)
porak-peranda
c)
 kusut-masai 
d)
kucar-kacir
10.
  ________________ anak pokok pisang yang ditanam oleh abang telah dimusnahkan oleh gajah liar. 
a)
Masing-masing
b)
Pelbagai
c)
 Semua 
d)
 Para
11.
  Mak Cik Tipah menjemur ________________ untuk dibuat bantal.   
a)
 dedaun 
b)
kekabu 
c)
pepohon
d)
 kekacang
12.
  Cikgu Salina sedang menyiapkan ________________ yang diminta oleh ketuanya.   
a)
cita rasa
b)
garis pusat
c)
reka bentuk
d)
kertas kerja
13.
  Keadaan di kampung itu menjadi ________________ akibat dilanda gempa bumi.   
a)
huru-hara 
b)
kusut-masai
c)
kering-kontang
d)
kontang-kanting 
14.
  Longgokan sampah sarap di kawasan kami akan dikutip pada ________________ hari Selasa, Khamis dan Sabtu.   
a)
masing-masing
b)
segala
c)
setiap
d)
para
15.
  Mak Cik Milah mengetahui berita tentang kemalangan yang ngeri itu melalui__________. 
a)
surat akuan
b)
surat khabar
c)
surat takziah
d)
 surat berdaftar
16.
   “Saya tidak ada rancangan untuk pergi ke __________ pada hari Ahad nanti,” kata Jaidin kepada Azlan.   
a)
mana-mana
b)
siapa-siapa
c)
apa-apa 
d)
bila-bila
17.
  __________ beras yang diseludup dari negara jiran dirampas oleh pihak kastam.   
a)
Berlonggok-longgok
b)
Berpinggan-pinggan
c)
Bercupak-cupak
d)
Berguni-guni
18.
  Kerosakan pada __________ telinga boleh menyebabkan seseorang itu hilang pendengaran.   
a)
 gegendang
b)
rerambut
c)
bebuli 
d)
cecair
19.
  Nadira sungguh ________________ apabila terpegang seekor katak. 
a)
gilang-gemilang
b)
lemah-gemalai
c)
 lemah-lembut 
d)
geli-geleman
20.
  Fatihah kelihatan __________ kerana dia baru sahaja belajar memandu kereta. 
a)
marah-marah 
b)
 takut-takut 
c)
  malu-malu 
d)
suka-suka
21.
  Pak Leman hanya menjemput __________ terdekat ke majlis pertunangan anak sulungnya.   
a)
ipar-duai
b)
cucu-cicit 
c)
anak-pinak
d)
saudara-mara 
22.
  __________ tetamu yang hadir diminta duduk di tempat __________ kerana majlis perasmian dewan sekolah itu akan diadakan sebentar lagi.   
a)
Semua ... tiap-tiap
b)
 Setengah ... setiap 
c)
Beberapa ... segala
d)
Para ... masing-masing