wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa - KOMSAS

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Watak sampingan bermaksud ...

a)

kompleks sifatnya; terlihat amat berbeza daripada sifat watak lain.

b)

watak pembantu; lebih kecil peranannya daripada peranan watak utama

c)

mempunyai satu sifat/ fikiran; tidak berkembang dan tiada kompleks

d)

berkembang dan berubah dari segi aksi, emosi dan fikiran

2.

Berikut merupakan puisi tradisional KECUALI

a)

Pantun

b)

Seloka

c)

Cerita berbingkai

d)

Gurindam

3.

Komponen manakah BUKAN komponen latar dalam sesebuah prosa

a)

Masa

b)

Tempat

c)

Masyarakat

d)

Peristiwa

4.

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema

Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba

Dia tidak lagi mampu menobat takhta

Mengorak telapak di tanah menghijau


Rima akhir rangkap pertama Sajak Kijang yang Lelah karya Wan Marzuki Wan Ramli ialah

a)

aabc

b)

aaab

c)

abba

d)

aabb

5.

Watak utama dalam Novel Justeru Impan di Jaring karya Zaid Akhtar ialah ...

a)

Engku Aiman

b)

Azmie

c)

Syahir

d)

Syed Amiri

6.

Berikut merupakan perwatakan watak utama dalam Novel Justeru Impan di Jaring karya Zaid Akhtar KECUALI

a)

Suka menyindir

b)

Penyabar

c)

Penyayang

d)

Bijak menyimpan rahsia

7.

Latar tempat manakah yang merujuk kepada Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin?

a)

Sekolah Menengah Perempuan Temenggung Ibrahim

b)

Hospital Taman Bahagia

c)

Kampung Sentosa

d)

Balai Raya Kampung Parit Haji Lias

8.

Apakah plot permulaan cerita Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin?

a)

Lili bercuti di kampung datuknya atas kehendak ibunya

b)

Datuk mengusahakan ubat-ubatan herba tradisional

c)

Kubah surau telah hilang

d)

Lili bertemu Geetha dan Danel di dalam bas

9.

Berikut merupakan perwatakan watak Seman dalam Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin KECUALI

a)

Pemarah

b)

Pencuri

c)

Bersikap kasar

d)

Suami kepada Cik Jah

10.

Persoalan yang terdapat dalam Novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip KECUALI

a)

Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga. Sebagai contoh, Dahlia sangat menyayangi ibunya iaitu Saleha.

b)

Persoalan sikap mementingkan diri dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, Nek Kiah sanggup menjual tanah yang diduduki oleh Dahlia sekeluarga.

c)

Persoalan sikap bangsa asing yang prihatin kerana Tauke Lim menunjukkan sikap prihatin terhadap orang Melayu.

d)

Persoalan kepercayaan kepada perkara tahyul. Sebagai contoh, Nek Kiah percaya nasib malang yang menimpa keluarga Embong kerana mereka pembawa sial.

11.

Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam Novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip KECUALI

a)

Nilai kerjasama

b)

Nilai gigih

c)

Nilai keberanian

d)

Nilai kesabaran

12.

Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam Novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip KECUALI

a)

Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan

b)

Kita haruslah berusaha untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi

c)

Kita janganlah melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama

d)

Kita sewajarnya insaf akan kesalahan yang kita lakukan

13.

Siapakah antara yang berikut bukan anak Embong dalam novel Songket Berbenang Emas?

a)

Kiambang

b)

Anggerik

c)

Melur

d)

Mawar

14.

Watak pendidik yang berikut merupakan guru kepada Dahlia di dalam novel Songket Berbenang Emas KECUALI

a)

Cikgu Salwani

b)

Cikgu Zalina

c)

Cikgu Daim

d)

Cikgu Hisyam

15.

Gaya bahasa yang berikut ialah gaya bahasa repetisi KECUALI

a)

Responsi

b)

Asonansi

c)

Anafora

d)

Epifora