wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Jenis-jenis ayat

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Ini adalah definisi bagi?

a)

Ayat tanya

b)

Ayat penyata

c)

Ayat seru

d)

Ayat

2.

Daniel suka menonton rancangan televisyen. Apakah jenis ayat ini?

a)

Ayat penyata

b)

Ayat seru

c)

Ayat tanya

d)

Ayat perintah

3.

Ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ini adalah definisi bagi?

a)

Ayat tanya

b)

Ayat seru

c)

Ayat perintah

d)

Ayat penyata

4.

Ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya. Ini adalah definisi bagi?

a)

Ayat perintah

b)

Ayat tanya

c)

Ayat penyata

d)

Ayat seru

5.

Apakah 4 jenis ayat perintah?

a)

ayat larangan, ayat silaan, ayat permintaan, ayat perintah

b)

ayat larangan, ayat silaan, ayat permintaan, ayat beritahu

c)

Ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, ayat permintaan

d)

ayat silaan, ayat permintaan, ayat beritahu, ayat larangan

6.

Ayat "fikirkanlah sebelum bertindak" termasuk dalam jenis ayat perintah apa?

a)

Ayat permintaan

b)

Ayat larangan

c)

Ayat silaan

d)

Ayat suruhan

7.

Ayat, "tolong ambilkan saya secawan air" termasuk dalam ayat perintah jenis apa?

a)

Ayat silaan

b)

Ayat permintaan

c)

Ayat larangan

d)

Ayat suruhan

8.

Ayat apakah yang didahului oleh kata seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat seru

c)

Ayat tanya

d)

Ayat silaan

9.

Dalam bentuk tulisan, ayat jenis apakah yang perlu menerima partikel "-kah" apabila diletakkan di hadapan ayat.

a)

Ayat seru

b)

Ayat tanya

c)

Ayat perintah jenis permintaan

d)

Ayat-ayat cinta

10.

Apakah jenis ayat yang turut dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

a)

Ayat seruan

b)

Ayat tanya

c)

Ayat penyata

d)

Ayat perintah

11.

Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu?

a)

Ayat tanya dengan kata tanya, ayat tanya tanpa kata tanya

b)

Ayat tanya dengan kata tanya, ayat tanya dua kata tanya

12.

Semoga dia baik-baik sahaja.. Contoh ini termasuk dalam jenis manakah?

a)

Suruhan

b)

Larangan

c)

Doa

d)

Harapan

13.

Yang mana satu merupakan bukan ayat penyata?

a)

Aston menjadi guru

b)

Dia memberikan makanan kepada kucing itu

c)

Abdullah sedang tidur

d)

Awak siapkan kerja itu sekarang.

14.

Ayat apakah yang tidak menerima partikel -lah untuk melembutkannya.

a)

Ayat suruhan

b)

Ayat larangan

c)

Ayat silaan

d)

Ayat permintaan

15.

Dua ayat perintah manakah yang salah? (2 jawapan)

a)

Sila jangan merokok

b)

Jangan berludah

c)

Sila datang ke rumah saya

d)

Tolong jangan ambil